Monday 23 January 2012

Kenangan Temujanji Pertama 2012

16 Januari 2012 ; hari ini adalah hari pertama AA hadir ke hospital bagi memenuhi temujanji untuk mengambil darah. Untuk hadir pada hari ini, AA terpaksa mengambil MC daripada majikan. Semuanya akan jadi mudah menurut kata doktor dan MA yang memeriksa AA pada Disember tahun lepas.

Namun, situasi yang AA hadapi tidaklah seperti yang digambarkan. Ketua jabatan ingin melihat bukti secara hitam putih tentang temujanji itu. AA cuma ada borang khas yang dikeluarkan untuk unit dalaman ID clinic yang menyatakan jenis pemeriksaan yang akan AA jalani utk sampel darah yang diambil. Tak ka lah AA nak serahkan salinan borang tersebut sedangkan terang2 tertulis di dalamnya ID Clinic.

Puas AA mencari ikhtiar dalam perkara ini. Pertama kali AA hadapi situasi ini memang agak meresahkan diri AA juga. Hal AA ada temujanji dengan doktor turut menjadi bahan perbualan rakan2. Di mana AA berada mereka akan tanya AA sakit apa. Dengan selambanya AA bagitau AA ada masalah migrain..huhuhu muslihat untuk menyelamatkan diri. Tapi sampai bil ia akan mampu bertahan.

AA tak nak fikir semua itu. AA cuma berdoa moga Allah mempermudahkan urusan AA. Pagi2 lagi AA terus bergerak ke hospital agar senang dapat tempat letak kereta. Sampai saja di sana, AA terus cari MA yang memeriksa AA pada bulan lepas iaitu encik Joseph.Syukurlah kebetulan masa itu dia berada di biliknya dan proses mengambil darah berjalan dengan lancar.

Mujurlah MA ini jenis yang memahami dan prihatin dengan nasib PLHIV seperti AA. Merasakan perkara ini melibatkan stigma, judgemental dan diskriminasi, beliau dengan rela hati sanggup menolong AA mengambil darah daripada menyerahkan sepenuhnya tugas itu kepada pihak staf makmal. Cara dia mengambil darah memang menunjukkan dia seorang yang berpengalaman. Sekejap ja dia dah temui urat darah di lengan.

Sesekali teringat pengalaman lepas kena ambil darah oleh MA yang kurang pengalaman, terkena cucukan jarum yang sangat menyakitkan terpaksa dicucuk sekali lagi sebab tak kena pada urat darah. AA tengok MA joseph ni tak pakai sarung tangan pun masa dia ambil darah AA.  Bekas parut sekejap je hilang.

AA menyuarakan pada Mr Joseph tentang surat MC yang AA perlukan untuk diberikan kepada pihak majikan. Mendengar penjelasan mr J, barulah AA dapat gambaran jelas tentang prosedur dapatkan surat mc hospital. Untuk temujanji berikutnya, AA tak perlu risau lagi. Namun ada persoalan yang Mr J tanya pada AA yang membuatkan AA agak sedikit risau. "Tidakkah encik rasa bimbang jika status encik diketahui?" AA takda jawapan untuk soalan itu.

AA terfikir, adakah bermaksud akan akan ada pihak yang langsung menghubungi Doktor unuk bertanya status kesihatan AA.Tak larat nak fikir benda ni. Biarlah, yang penting AA dapat rawatan dan kesihatan menjadi stabil. Peduli apa dengan cakap2 orang tu.

AA teringat dengan pesanan salah seorang rakan senasib. Menurutnya, jika kita telah didiagnose sebagai PLHIV dan kes telah sampai ke pengetahuan pihak hospital, kita akan dihubungi oleh staf dari pihak KKM untuk berbincang untuk mengadakan pertemuan.  Difahamkan juga, staf KKM yang terlibat menemui PLHIV terdiri daripada staf Inspektor Kesihatan yang khusus untuk bidang Kawalan Penyakit Berjangkit.


AA memang telah maklum tentang hal tersebut dan kini AA sedang menanti2 panggilan daripada pihak hospital berkenaan pertemuan tersebut. Manalah tahu ada dari kalangan staf tu yang single mingle kan boleh la di tackle. hahahahaha...ada hati jugak ye, layak ke? huhuhuhu... apapun nantikan saja. Mesti banyak persoalan yang akan ditanya kat AA nanti. Tahan jak la..

AA sempat bertemu dengan Christoper dan sarapan pagi sama2 sebelum AA bertolak balik. Sebelum memulakan perjalanan, AA menuju ke unit farmasi untuk mendapatkan beberapa bekalan vitamin yang telah habis dimakan.

Sepanjang perjalanan pulang,AA sempat mengambil view2 yang menarik di sepanjang pergunungan. Sepanjang hari AA memandu, tiada pun hujan turun. Alhamdulillah AA selamat sampai ke rumah pukul 8:30 malam. start memandu pukul 11 pagi..huhuhu..penat tak terkata..sempat juga kerja keesokan harinya. 


p/s ; jangan mengambil gambar semasa memandu, berbahaya... hu hu hu pesanan utk diri sendiri jugak.....

Siap nampak kotak tisu lagi huhuhu













10 comments:

  1. tu puncak kinabalu ker???
    Eh ni baru ambil darah kan, nanti kena temujanji dengan doc kena cuti lagi kan.... ish ish harap-harap awak di permudahkan segala-galanya nanti ya...

    ReplyDelete
  2. sgt memahami keadaan azam bila terpaksa berdepan dengan situasi tersebut. ya, dalam menjalani rawatan sedikit sebanyak kita tetap terpaksa berdepan dengan masalah. itulah yg dimaksudkan, masalah utama kita bukanlah tentang rawatan & peluang hidup sihat tetapi karenah manusia.

    apa2pun syukurlah, di sebalik semua perkongsian ini, kelihatan jelas kekuatan dalaman/ pendirian azam yang baru. tahniah!

    ReplyDelete
  3. yaaaa... tu puncak gunung kinabalu. biasanya ia hanya kelihatan d waktu pagi atau petang. kalau hmpir2 waktu tengah hari memang sentiasa diselubungi kabus tebal. tapi masa otw balik,tetiba ia muncul seolah2 menghadiahkan senyuman bermakna buat AA. hilang sikit kepenaTAN memandu beratus2 kilometer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu pulak dengan puncak gunung tu....heheh...kenangan ku disan x pernah ku lupakan..AA bila nak belanja???heheh

      Delete
    2. huhuhu marilah dtg sabah...kita daki gunung tu nak?

      Delete
  4. nak2..tapi azam belanja boleh?????heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bah....huhuhuhu bg no ic?hehehehe dtg sini nanti leh la kan huhuhuhu tetttttttttttttttttttttt

      Delete
    2. Tahniah abang percaya Azam tetap azam , seorang yang kuat dan tabah malah bercita2 juga.

      Lain kali berunding aje dgn doktor mcmmana nak mengelak prasangka dlm menangani masalah MC Azam tu. Terus terang pada doktor kerana kebanyakannya memahami masalah manusia seperti kita.

      Mari kita terus berdoa adikku.

      Delete
    3. ok abg fareez..terima kasih. u r the greatest..cayalah bro

      Delete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST