Saturday 14 January 2012

Temujanji Pertama Tahun 2012

Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan AA kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Kali ini AA akan menghadapi saat2 yang penting dalam kehidupanku sebagai PLHIV iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Merujuk pada borang yang diberikan oleh staf klinik ID,keadaan fizikal AA seperti buah pinggang, hati dan beberapa bahagian tubuh lain akan dianalisis tahap kesihatannya. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

AA sebenarnya ada satu rahsia yang sukar nak disembunyikan. AA takut bila tengok jarum dan darah.  AA akan memejamkan mata bila darah diambil. Tak tahulah kenapa AA begitu takut dengan dua benda tu.

Sepanjang perjalanan AA semalam tidak ada insiden yang tidak baik berlaku. Semuanya agak lancar dan selamat. Tempoh perjalanan yang agak panjang juga hampir 10 jam. Alhamdulillah AA masih mampu untuk memandu sejauh itu sama seperti sebelum ini walaupun AA sekarang ni adalah PLHIV tp AA rasa diri AA tak sakit pun huhuhu...

 1. Semasa dalam perjalanan

 2. Jalan yang berliku dan merentasi hutan rimba

 3. Jalan yang rosak

Ada 2 hari lagi sebelum AA pergi ke hospital. Dalam tempoh 2 hari ini, AA akan habiskan masa untuk bersiar2 sambil menenangkan fikiran. AA rasa dengan menghabiskan masa melihat keindahan pantai di waktu senja dapat menenangkan diri AA. AA suka tengok laut. Macam2 idea boleh datang kalau fikiran tenang.

Buat rakan2 komuniti yang banyak beri semangat dan dorongan AA ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Pada mulanya AA tidak tahu apa persediaan yang perlu AA buat untuk temujanji kali pertama ini. Namun atas nasihat mereka,AA sudah ada sesuatu yang akan dipanjangkan kepada staf dan doktor terlibat.

Moga urusan kali ini dipermudahkan. Aminnnn...



8 comments:

  1. Alhamdulilah hehe :D

    Alhamdulilah senang baca hehe XD thank azam

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya berjalan lancar.
    sikap yg positif. like!
    cantiknya pemandangan jln.
    suka dirive di jalan2 begitu, bermesra dgn alam. sangat-sangat menenangkan.

    takut jarum?
    saya dulu pun begitu. sampai ke satu tahap, dah tak larat saya nak fikir. hehehe

    ReplyDelete
  3. tempuhi saja dengan cool dan selamba

    ReplyDelete
  4. Haha saya pun seriau dengan jarum hehe....memang tiap kali ambil darah hati berdebar2.....Opppssss apa keputusan doctor? harap semua baik-baik aje ya

    ReplyDelete
  5. Naj Mi ; 13 februari ni baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. result saya pada 4 Feb hehe..kalau tak silap nanti nak check balik tapi memang awal feb... moga semua ok-ok ya

      Delete
    2. ya, sama2 lah kita berdoa ya Naj Mi... 13hb temujanji sy dgn doktor. masa itulah sy akan tahu berapa jumlah cd4 sy yg terkini n beberapa pkra ttg tahap kesihatan sy. masa tu jgk sy akan mulakan HAART.

      sy tak pasti la keadaan yg akan berlaku selepas itu huhuhu

      Delete
    3. insyaallah semuanya ok nanti...

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST