Sunday 26 February 2012

berat badan hanya aku yang tahu

Masih segar di ingatan AA ketika sesi temujanji pada 13Februari  bebaru ini. Ketika itu, doktor yang memeriksa AA menyuruh AA menimbang berat badan. Sebenarnya AA sudah tahu berat badan AA dan AA rasa malas nak timbang sekali lagi. Bukan apa, timbangan tu diletakkan betul2 dekat dgn tempat menunggu pesakit di ID clinic.

AA rasa segan la pulak naik atas alat timbangan itu sebab orang2 yang menunggu giliran seolah2 memerhatikan AA dari hujung rambut ke hujung kaki. Terdetik di  fikiran AA, kenapalah dorang ni asyik tinguk aku jak. adakah kerana potongan tubuhku yang mantap? atau adakah kerana penampilanku yang mengkagumkan? hahahahaha.. apa2 jak la kan..

 TP sebab itu arahan doktor, maka AA terpaksa akur. huhuhuhu berat AA masih lagi 72kg. Pernah juga turun sampai 68.5kg. Setakat ini itulah berat yang paling rendah.

Ada jgk kwn2 yang syorkan agar AA menambah sedikit berat badan sebaik2nya 75kg ke atas sesuai dengan ketinggian AA. huhuhuhu sebelum ni, berat AA hanya dalam lingkungan 63 shj tp semenjak AA dah confirm jd plhiv, ia terus naik lebih 70kg. 

Pernah rakan peer support en christoper nampak AA makan makanan sarapan pagi sedikit sahaja. Ditegurnya AA, katanya sepatutnya kamu mesti makan lebih sikit supaya badan kamu bertenaga. huhuhuhuhu... mungkin sebab AA penat akibat keletihan memandu jarak jauh. 

ramai ahli keluarga yang kata, AA dah agak berisi berbanding dulu kurus. Alhamdulillah kalau macam tu. mungkin pada fikiran mereka, AA sudah semakin sihat dan senang hati sedangkan hanya tuhan dan AA sahaja yang tahu apa yang bergolak di hati ini.

8 comments:

  1. AA rasa segan la pulak naik atas alat timbangan itu sebab orang2 yang menunggu giliran seolah2 memerhatikan AA dari hujung rambut ke hujung kaki.

    Hahaha sebijik dengan apa yang saya alami kat hospital, lebih teruk kalau nurse yang menjaga hal ehwa pesakit hiv yang panggil untuk ditimbangkan, sesama pesakit hiv mesti perasankan. Sepatutnya time jumpa doctar dalam bilik lah ambil berat badan kan . ni depan-depan orang dah tentu kena perhati... usah salah faham AA oiiii sesiapa saja yang ke tempat timbangan terutama yang terletak depan kerusi menunggu mesti kena perhatinya.

    Agak-agak AA pakai seluar terbalik kut.....

    ReplyDelete
  2. 72kg berat yang xideal ke utk org laki?tapi AA xpnah susut mendadak kan?lpas ni AA kena mkn byk2 smpi jd chubby

    mkn ubat n do take care..

    ReplyDelete
  3. kalau tak ada penyakit diabetes, ok la. boleh makan apa saja. tapi yg penting dapatkan berat ideal (BMI) dan makan makanan seimbang utk kesihatan jangka panjang

    ReplyDelete
  4. berat badan AA mmg masih di tahap ideal lg. cuma masih boleh lagi kalau nak tambah berat badan. jgn je berat tu susut

    ReplyDelete
  5. Apa yang penting kesihatan kena jaga. Ala jangan malu kalau jadi perhatian, senyum jer

    ReplyDelete
  6. Salam semua
    boleh ke saya.naikkan berat badan spt.biasa utk makluman dulu.berat badan saya 67 tinggi 165.then asyik.sakit then operation
    lepas demam batuk & cirit birit berat drop 47 then baru.tai ada hiv
    cerita sedih mcm2 la
    boleh ke saya naikkan berat badan spt biasa ada pantang larang x

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST