Thursday 16 February 2012

Tawaran yang sia-sia

Hari ini AA menghadapi tugas seperti biasa di tempat kerja. Kegembiraan yang AA berkenaan hasil laporan kesihatan baru2 ni masih lagi terasa. Namun ia tidak menjadikan AA lupa diri. AA hanya mampu menyatakan kesyukuran tak terhingga ke hadrat Ilahi atas kurniaanNYA. 

Siapa tahu esok lusa ia berubah. AA sudah bersedia hadapi apa jua kemungkinan sama ada ia adalah menggembirakan atau sebaliknya. Sudah jadi lumrah sebagai hambaNYA, kena menerima setiap takdir dengan hati yang redha. Dunia ibarat roda la katakan.

Hari ni, AA menerima panggilan dari BSN yang mempromosikan pakej insuran. AA memang tidak berminat sama sekali kalau sebut pasal insuran ni sejak dah disahkan sebagai plhiv. sensitif sangat bila dengar pasal insuran.huhuhuhu

Bagi AA,  cukuplah pengalaman abah AA yang menjadi mangsa. Aa tak mahu ia terjadi sekali lagi. Sudahlah AA ni dah jd LHIV, dah terang2 insuran tak akan cover sebarang risiko yang berkaitan dgn HIV/AIDS.

PErnah sekali AA menerima panggilan yang sama tapi dari syarikat perbankan yang menawarkan kemudahan kad kredit. Mula2 AA dah seronok mendengar dah dah pasang niat utk join, tetiba, pegawai tu cakap " semua musibah akan dilindungi kecuali yang berkaitan dengan hiv/aids.

Bila dengar je dia ckp mcm tu, apa lagi, AA terus cakap " maaf, sya tk berminat" huhuhuhu...Bagi AA, tawaran mereka sia-sia.


5 comments:

  1. hehe AO pun tak berapa minat dan faham dengan insurans ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. AO; waktu wat promosi, janji2 manis ditabur bagai nak rak. merayu2 sampai mengejar2 ke mana kita nak pergi. bila sampai masa kita dah ditimpa musibah, mulalah alasan itu dan ini. semata2 tak nak keluarkan duit utk cover. nak untung katakan. mcm2 la syarat itu la ini lah yg tak pernah dgr sblm ni.

      Delete
  2. Ya ke... sian nya PLHIV ya termasuk lah saya...Saya pun dah lama tak da insuran ini. Saya pun dah tak faham tentang insuran ni dah hehehe...

    Aik... dah dapat result baik tentu lah gembira, sesiapa pun akan rasa hapi, ya betul mcm Azam katakan tu, jangan kita leka dengan keputusan tu, keputusan tu bukan penamat kerana sepanjang hidup kita akan menempuh pekara yang sama lagi.

    Alhamdulillah suka saya bila tahu result Azam tu naik banyak. Saya pun nak juga dapat banyak tu satu hari nanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu najmi.

      apa yg azam buat skrng nak teruskan kehidupan seperti biasa tanpa membataskan diri dengan aktiviti2 yg azam join sebelum ni. jd plhiv bukanlah penamat segala2nya malah azam nak buktikan virus yg terlalu kecil ini tak akan mmematahkan semangat azam utk terus berjuang agar kehidupan lebih bermakna.

      Delete
  3. tahniah kerana sgt positif.
    begitulah yg sepatutnya.
    diskriminasi terhadap plhiv ada di mana2, termasuklah dlm soal insuran.
    pelik betul sedangkan bersepah lagi penyakit lain yang lebih bahaya dan memerlukan kos rwtn yg lebih tinggi dia org sanggup cover.
    kalau masih berminat, try check great eastern life.
    dgr2nya dia org lebih adil. tapi sejauh mana kebenarannya, tak pasti.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST