Tuesday 14 February 2012

Temujanji 13.02.2012

Alhamdulillah, hari ini temujanji yang dirancang berjalan dengan lancar. Berita yang menggembirakan buat semua termasuk staf kat ID clinic dan AA sendiri iaitu CD4 AA naik dari 254 jd 479...Doktor memberitahu sesi rawatan HAART ditangguhkan. Syukur pada Ilahi.

Doktor Lee yang ditugaskan mengendalikan sesi temujanji AA hari ni kelihatan gembira. AA seolah2 tidak percaya dengan apa yang AA lihat dalam fail rawatan AA. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Hanya Allah sahaja yang tahu hikmahnya. 

Tapi sebelum AA tahu berita ni, doktor Lee seolah2 nak wat AA jd panik sekejap. Pandai juga doktor ni bergurau huhuhuhu...katanya, " saya mau tanya kamu, ada tak doktor timothy bagitau something? " AA jd panik... ingatkan keadaan AA teruk hasil pemeriksaan darah baru2 ni. bila dia tengok AA jd blur, doktor tu terus tersenyum..sambil berkata " wah, kamu nampaknya belum bersedia lagi ambil ubat HAART"... sambil tergamam AA melihat keputusan CD4 yg terkini.

Sebelum sesi pertemuan berakhir, AA sempat minta agar doktor berikan AA bekalan vitamin C dan B kompleks selama 2 bulan sebelum temujanji ambil darah pada 15.5.2012 dan temujanji dengan doktor pada 11.06.2012. Dos pengambilan dikurangkan dari 2x sehari jd 1x sehari jak.Menurut doktor, AA tidak perlu mengambil bacterium seperti yang diberikan sebelum ni mmdgkan cd4 AA naik dari paras 250.

Hari ini, AA juga menyelesaikan beberapa urusan di bandaraya Kota Kinabalu.

Kini AA menanti untuk sesi temujanji akan datang.




9 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah.
    anyhow,it's a gud motivation for u.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah... :)

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah.
    teruskan bersikap positif :)

    ReplyDelete
  4. wahhhhh jeles lah ni... naik banyaknya, awak masih muda sistem dalam badan kuat tu, alhamdulillah sangat-sangat, bestnya dari 254 jd 479.. Kita ni naik cikit-cikit jer tapi tak pa lah nak wat cam na...share lah kut2 ada apa-apa petua yang boleh meningkatkan cd4 tu, citer sikit aktiviti harian yang berkemungkinan menyebabkan cd4 tu naik...
    alhamdulillah...479 saya rasa kalau sihat badan saya ni ambil masa 3 tahun hehe....

    ReplyDelete
  5. terima kasih...

    takda petua khusus. banyakkan berdoa moga sentiasa kuat hadapi ujian ini. jgn anggap being a plhiv maka harus jd pasif.

    amalkan pemakanan seimbang, bersenam dan mkn vitamin C, b kompleks, multi vitamin yg d bg oleh doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sepanjang saya telan Haart tak pernah pun makan pil vitamin C atau B kompleks tu, nanti kalu senag nak mintak dari doc lah... thanks..

      Delete
  6. alhamdulillah.. glad to hear that.
    btw, masa blogwalk terjumpa blog ni dari AHP.
    lead a happy life, semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.....banyak naik nye tu......ade kemungkinsn boleh cecah 1000 by end of this year kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tu atas ketentuan yang maha esa.. sebagai hambaNYA, azam rasa hanya itu yg terbaik. Azam tak dapat jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST