Terlebih dahulu, AA nak ucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada blog AHP yang sebelum ini pernah memuatkan tajuk entri ini. Di kesempatan ini AA ingin mengimbas kembali maklumat berkaitan panduan pengurusan jenazah bagi pembawa HIV dan pesakit AIDS dalam blog AA pula.
Kematian suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah sampai masanya, seseorang tak kira pangkat, tua, muda, miskin dan kaya semua akan mengalami mati. Pelbagai cara kematian telah diatur olehNYA.
Mesti ada yang terfikir kenapa AA tiba2 plak menyebut perkataan mati? Adakah AA ni dah putus asa untuk meneruskan kehidupan lantaran dirinya sudah menjadi golongan PLHIV? Jawapannya tidak. Tujuan AA sekadar untuk mengingati saat2 kematian agar diri AA sentiasa beringat dan mengambil pengajaran.
Semenjak AA menjadi PLHIV antara perkara yang menakutkan AA ( di saat mula2 mengetahuinya) adalah jenazah dimandikan dengan air bercampur klorox. Pertama kali AA tahu, AA seakan2 rasa tertekan dan tidak dapat menerima hakikat kerana ini adalah soal maruah dan melibatkan keluarga juga. mesti orang lain akan kehairanan sebab air mandian jenazah dicampur dengan klorox sedangkan sudah menjadi kelaziman ia hanya digunakan untuk tujuan membasmi kuman.
Lama juga AA berperang dengan perasaan lantaran perkara ini adalah hakikat yang mesti AA tempuh. Sebagai seorang manusia yang lemah, emosi itu tidak dapat AA sembunyikan. Macam2 perkara yang AA fikir hingga sampai tahap AA nak terjun laut dan macam2 lagi. Biar tak siapa yang dapat mengesan jenazah AA. Biar ia hancur dimakan oleh hidupan laut daripada berdepan dengan keadaan yang digambarkan apabila jenazah AA dimandikan dengan klorox.
Namun sekarang AA sudah menerima hakikat tersebut. bak kata AHP "Kematian boleh berlaku dengan pelbagai cara dan dengan pelbagai
penghinaan. Apa gunanya jika mati dengan penghormatan negara tetapi jiwa
kosong tanpa iman."
AA hanya mampu berdoa dan bertawakkal apabila memikirkan soal kematian. Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya. AA perlu teruskan sisa-sisa kehidupan yang ada dengan hati yang sabar.....
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN
PESAKIT AIDS
Oleh: Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian
Kesihatan Malaysia
Sumber : Dari Blog Aku Hiv Positif
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM
Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang
hidup ke atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat
perkara berikut iaitu:
·
Memandikan
·
Mengkafankan
·
Menyembahyangkan
·
Mengkebumikan
Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit
termasuk pembawa virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan
ianya menjadi tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital / Pejabat
Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah.
PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
KEMATIAN DI HOSPITAL
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah
diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada keluarga simati dan -
notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Sekiranya keluarga simati
gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh diminta tetapi status
HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.
KEMATIAN DI RUMAH
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah
menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan
Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan
pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat
Kesihatan Daerah berkenaan.
AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 –
Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana
terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama
dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap
yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan
di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan
segera.
PENYELIAAN JENAZAH
Setelah notifikasi / pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian
pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan
jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta
pemindahan jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut
iaitu (i) Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki, (ii) Jururawat Kesihatan
ke atas jenazah perempuan
PERINGATAN
Kakitangan
Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan
menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta kaum keluarganya.
PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah
yang diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan
pengendali jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:
1) Pengendali
jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin, sebaik-baiknya tidak
melebihi 4 orang.
2) Pengendali
jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya simati dan petugas
/ pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan
pesakit AIDS.
3) Memastikan
setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di permukaan
tubuh terutama di bahagian tangan.
PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH
PERALATAN
NOTA
1) Apron
plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan "mask" disediakan
berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
2) Semua
pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan
sarung tangan.
3) Bancuhan
kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air
biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks
dibancuh dengan 9 bahagian air)
KEGUNAAN BALDI DAN BESIN
Baldi 3 buah
·
1 buah
untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
· 1 buah
untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
·
1 buah
untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan
Besin 1 buah
Besin 1 buah
·
Untuk
merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10
MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan
jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital
sebelum dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk
menguruskan jenazah di rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke
rumah haruslah diawasi oleh kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah
yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil
perhatian.
PERSEDIAAN
TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali
parit atau lubang untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut
tidak terdapat longkang atau parit bersimen. Inspektor Kesihatan
bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan tersebut.
PERSEDIAAN
TEMPAT MANDI JENAZAH
Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang
tidak berkenaan. Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk
memandikan jenazah. Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian
mayat) pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk
supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang /
lubang).
CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah
yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing
atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (sekiranya
ada). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian jenazah
pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti
virus AIDS.
Pengendali
jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
a) Apron plastik /
baju hujan
b) 2 lapisan sarung
tangan getah
c) Pelindung mulut dan
hidung (mask)
d) Kasut but getah
Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah
seperti berikut:
1) Bancuhan
kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah
besin.
2) Kapas
yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks (1 : 10).
3) Pakaian
jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks (1 : 10) selama
sekurang-kurangnya 30 minit.
4) Jenazah
diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat
khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan
larutan kloroks 1 : 10.
5) Rongga
mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang
telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang
telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya
terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut
setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).
6) Jenazah
kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1 : 10.
7) Semasa
memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan kapas yang
telah direndam dengan larutan kloroks (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat
dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.
8) Jenazah
kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.
9) Sekiranya
rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan
semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan
klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat
dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.
10) Jenazah
kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu
cendana.
11) Jenazah
dibilas dengan air larutan kloroks (1:100 pada bilasan terakhir).
MENGKAFANKAN JENAZAH
Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah
berpandukan kepada panduan yang diterbitkan:
1) Plastik
tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau
darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan
kepada orang lain.
2) Kain
kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan
larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang
terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh
jenazah.
3) Bagi
jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka / kudis
pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag)
atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat
mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastik atau
dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir,
darah atau tiada luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan
sekiranya lapisan plastik dibalutkan.
4) Seterusnya
jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan
terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan
plastik.
NOTA
Keluarga
terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya tubuh badan
jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis / luka atau jenazah tidak mengeluarkan
lebihan cecair, bendalir atau darah.
DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:
1) Peralatan
yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air
larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
2) Air
mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan
kloroks tanpa dicampur dengan air.
3) Air
mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur
klorida (chloride of lime) dan ditimbus.
SEMBAHYANG MAYAT
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang
lain.
PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN
Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit
AIDS adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri. Kapur Klorida (cloride of lime) tidak perlu
ditaburkan ke dalam liang kubur.
PENGKEBUMIAN JENAZAH
Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti
pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah
pencegahan jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan.
Penggunaan sarung tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.
PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT / LAUT / UDARA
Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu
terlebih dahulu kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan
penyeliaan dan tindakan yang bersesuaian.
PERINGATAN – LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI SEMUA PENGENDALI JENAZAH
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan
bagi mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa
mengendalikan setiap kematian. Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana
adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan tidak diketahui atau
kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS tidak dikemukakan kepada
Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.
Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
1) Pastikan
bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.
2) Memastikan
pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis pada
permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
3) Setiap
pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastik semasa
mengendalikan jenazah.
4) Sekiranya
jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan percikan
berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask dan
kasut but getah diperlukan.