Seperti yang ditetapkan oleh doktor, AA datang ke hospital seperti biasa untuk mendapatkan keputusan cd4 yang terkini. sepanjang perjalanan ke hospital keadaan lalulintas agak sesak dan kenderaan masa tu bergerak perlahan.
Bertemankan halwa telinga yang sedia ada dalam kereta, AA tetap memandu dalam keadaan sabar dan berhati2. Tak guna nak potong2 line silap2 dapat surat cinta yang tidak diundang. Biar lambat asal selamat sampai. biar lambat asal duit tak terbang gitu sj.
AA sempat menghubungi 2 rakan senasib yang AA percayai iaitu Luka Rafieqa dan Christoper salah seorang peer support di sini. Sekurang2nya ada juga teman untuk AA ajak berbual walaupun sekejap. Rasa gementar hilang jg sedikit bila dpt dgr suara dorang.
AA sampai kat ID clinic tepat jam 8:30 pagi ketika itu keadaan di sana agak lengang hanya 3 orang sahaja termasuk AA yang menunggu giliran jumpa doktor. buku temujanji berwarna biru AA serahkan pada jururawat di kaunter.
Syukur alhamdulillah layanan mereka amat baik. Dari raut wajah mereka terpancar senyuman ikhlas yang memberikan semangat untuk AA terus mendapatkan apa2 yang perlu sebagai PLHIV di hospital ini.
Sambil menanti giliran, ada 2 pesakit yang sedang menunggu untuk dipanggil oleh doktor. Sorang perempuan, masih muda dalam lingkungan umur 20-an dan yang sorang lagi kelihatan seperti suami isteri. Masing2 buat tak tahu saja walaupun di hati AA ingin sekali untuk bertegur sapa dengan dorang.
Selepas 2 orang tadi tiba giliran AA dipanggil masuk ke bilik doktor. kali ini doktor perempuan plak. sebelum ni dua orang doktor lelaki. AA difahamkan di hospital ni ada 3 orang doktor yang handle kes2 berkaitan ID.
AA memang awal2 dah tahu keputusan cd4 sebelum doktor tu panggil AA. AA nampak fail yang dibelek2 oleh jururawat di kaunter luar. Mata AA memang pantas melihat butiran dalam fail rawatan AA yang dipegang oleh jururawat itu. Gembira tak terkata bila tgk cd4 464 wlpun sblm ni 479. turun 15..mungkin masa darah AA diambil pertengahan Mei AA dalam keadaan demam, batuk dan sakit tekak.
Doktor yang btugas kali ni seorang yang teliti. Sempat ditanya AA kalau pernah alami sebarang masalah spt demam. AA beritahu keadaan AA yang mengalami batuk, sakit tekak, demam selama beberapa minggu dalam bulan Mei. Doktor sempat memeriksa bahagian mulut dan tekak AA. Masih ok lagi katanya. kalau ada apa2 jangkitan, akan ada ubat untuk merawatnya. Tp setakat ni ok lg. Lega AA rasa.
Oleh sebab keadaan batuk dan sakit tekak AA akan menjalani x-ray selain mengambil sampel darah pada bulan ogos nanti. Risau juga AA kalau berlaku jangkitan paru2. Apapun semuanya AA akan hadapi dengan redha.
Dalam keadaan AA dan doktor itu dalam perbualan jururawat yang duduk di kaunter luar tadi tiba2 masuk sambil membawa fail rawatan pesakit yang baru saja keluar dari bilik rawatan. kelihatan jururawat tersebut dalam keadaan resah sambil bertanya kepada doktor beberapa perkara tentang pesakit tadi.
AA pun tidak berapa faham apa yang dorang bualkan. AA rasa tidak sedap hati sebab dengan tidak sengaja AA ternampak nama dan no kad pengenalan pesakit di luar fail rawatan yang dipegang oleh jururawat itu. mujur AA tidak mengenali pesakit itu. Hakikatnya, AA dan dia tetap sama, ada HIV di dalam darah.
Tapi sebagai pesakit yang berstatuskan PLHIV, maklumat2 perlu dijaga agar jangan sampai diketahui oleh orang lain. AA terfikir, apa akan jadi kalau AA berada di tempat pesakit itu dan orang yang melihat maklumat AA mengenali diri AA..tak mustahil rahsia yang AA simpan selama ni akan tersebar kepada orang luar.
Sebelum menamatkan pertemuan, doktor sempat memberikan senarai nama2 ubat untuk diambil di unit farmasi sekali dgn borang2 untuk ambil darah dan x-ray padda bulan ogos nanti. Pertemuan kali ini tidaklah semeriah sebelum ni memandangkan salah seorang peer support, christoper, kini sedang bercuti. kebiasaannya, selepas sesi pertemuan dengan doktor, AA akan bersembang2 dengannya.
AA rasa syukur sangat sebab masih diberikan peluang untuk terus hidup walaupun HIV dah ada dlm darah AA. Ternyata Allah masih sayangkan AA. AA cuma perlu kuatkan diri dan semangat untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. PLHIV lazimnya akan mengalami bermacam2 masalah baik sebelum atau selepas pengambilan HAART.
Azam AA kali ini ialah untuk menaikkan cd4 dan memastikan keadaan kesihatan AA stabil. Terima kasih AA ucapkan kepada rakan2 komuiniti AHP survivor yang banyak memberi inspirasi terutamanya Fareez Fauzi. Rasa teruja sangat bila dapat tau cd4nya naik dari 1220 menjadi 1700++.... Tiada yang mustahil dalam hidup andai Allah mengizinkan. itulah namanya keajaiban di luar pemikiran manusia.
alhamdulillah dan tahniah.
ReplyDeletemoga keputusan positif ini memberi lebih motivasi
Azam nampak semakin positif alhamdulilah
ReplyDelete