Jika ditanya soalan kepada siapa saja, adakah anda mahu sakit? Jawapannya, sudah tentu tidak mahu. siapalah yang sanggup menanggung azab dan derita akibat dari kesakitan. Sebagai makhluk sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang ditimpa keadaan yang tidak sihat walaupun ia satu perkara yang tak disukai.
Sebagai PLHIV, sakit adalah perkara biasa bagi AA. Bukan nak membangga diri, dibandingkan dengan orang lain, ada di antara mereka yang langsung tidak tahu tahap kesihatan mereka. Senang cerita, mereka ni sambil lewa kerana menganggap diri mereka sihat. Bila keadaan mereka dah parah baru kelam kabut nak pergi hospital untuk dapatkan rawatan
Bagi diri AA, setakat pemantauan yang dilakukan oleh doktor, AA bersyukur kerana tahap kesihatan yang memuaskan pada masa ini (tak tahulah masa akan datang kan mcm mana). Dua tahun AA disahkan sebagai PLHIV. Keadaan2 yang kronik seperti yang digambarkan oleh drama2 dan filem2 tentang orang yang hidup dgn HIV mcm drama dan filem di tv setakat ni tidak berlaku pada AA.
Ternyata apa yang ditonjolkan oleh pengarah2 semasa menunjukkan betapa jahilnya mereka terhadap isu HIV/AIDS. Ada yang tidak tahu membezakan antara HIV dan AIDS. Ada yang hanya beranggapan HIV dan AIDS itu sama sahaja, tidak termasuk gambaran negatif mereka yang menyifatkan PLHIV dengan pelbagai rupa yang mengerikan.
Berhati2 lah..Pengarah2 ni tidak tahu implikasi besar yang mereka lakukan terhadap tanggapan semua masyarakat terhadap isu ini. Sebab pendedahan dari cerita2 tv menyebabkan ramai orang takut menghadapi kenyataan ttg HIV. Bayangkan, sudahlah HIV/AIDS ini menjadi ujian yang sangat berat tak kan nak ditambah lagi bebanan mereka dengan
Setiap kali temujanji dengan doktor, perasaan risau tetap ada. Susah nak ungkap dengan kata2. Namun AA hanya mampu berserah pada yang maha esa. AA telah lakukan pelbagai usaha bagi memastikan keadaan kesihatan AA stabil walaupun seringkali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesma, batuk dll. Biasalahkan, penyakit2 ringan seperti ini boleh jadi penghapus dosa. Biar dosa terhapus jangan semangat untuk terus hidup jadi lenyap.

Dua tahun AA menjadi PLHIV menyaksikan pelbagai suka duka. Lebih banyak duka rasanya daripada suka hu hu hu. Biasalah manusia jika berstatus HIV positif maka mereka disinonimkan dengan bermacam2 keadaan yang mengerikan hatta ada yang mengatakan mati bakal menjemput bila2 masa. Bagi AA ia tidak tepat sama sekali kerana ada juga orang yang tiada HIV tiba2 terlantar di hospital akibat penyakit2 lain malah ada yang mati semasa lena dibuai mimpi walaupun mereka 100% sihat dan bebas dari HIV.
Kuasa Allah tiada siapa yang tahu kerana keajaiban itu tidak boleh dijangka bila ia berlaku tapi tidak mustahil ia boleh berlaku pada sesiapa yang dikehendakiNYA. Namun harapan tidak boleh terlalu tinggi bimbang apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan.
Masih jelas dalam ingatan AA semasa AA kecil dulu, tiap kali AA demam, ayahlah yang akan bawa AA ke klinik. sekalipun dia bekerja, dia tetap ambil masa membawa AA ke klinik.
Masih jelas dalam ingatan AA semasa AA kecil dulu, tiap kali AA demam, ayahlah yang akan bawa AA ke klinik. sekalipun dia bekerja, dia tetap ambil masa membawa AA ke klinik.
Betapa agungnya kasih seorang ayah. Namun kini bila AA plak yang sakit, hanya AA sahaja yang bersendirian ke klinik. Tambah lagi bila dah jadi PLHIV dan status masih lagi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. Bukan bermaksud AA membelakangkan mereka. AA ada alasan mengapa perkara ini perlu dirahsiakan daripada mereka. Mungkin satu hari nanti mereka akan tahu juga cuma AA berdoa biarlah hakikat ini mereka ketahui dalam keadaan segala2nya telah selesai.
AA bersyukur kerana baru sahaja pulih daripada batuk, sakit tekak, demam dan selesma. Itulah yang membataskan diri AA sejak awal bulan Mei baru2 ini. Hampir sebulan AA alami masalah tersebut sehinggakan AA banyak fikir yang bukan2. Pernah juga AA rasa putus asa kerana AA rasa sakit2 tu macam susah nak sembuh.
Salam AA.
ReplyDeleteAlhamdulillah bertemu blog AA dan AA mungkin tidak sedari akak adalah seorang silent reader. Kadang2 filem2 & drama2 Melayu buat filem tak pernah study fakta sebenar dan impak kepada masyarakat. mereka tidak faham HIV buatkan org ramai memahami salah fakta ttg HIV. Gambaran pengidap HIV dgn keadaan kudis dan daif itu salah. Apa2pun akak harap AA sudi bersahabat dgn akak.
Terima kasih akak sudi luangkan masa membaca dan meninggalkan sedikit tinta berharga buat AA di blog ini. tanpa akak sedari, akak menjadi salah seorang pendukung kepada kelangsungan hidup insan PLHIV seperti AA yang memerlukan sokongan sekalipun hanya sedikit masa yang akak luangkan untuk blog ini namun impaknya cukup bermakna buat AA. terima kasih. semoga allah memberkati akak sekeluarga.
ReplyDeletetkasih AA, amat hargai persahabatan ini. Ya Allah, lindungilah diri sahabatku ini, permudahkanlah setiap urusan hidupnya, peliharalah kesihatannya, panjangkanlah usianya, kerana dia insan terpilih yang diuji olehMU dan aku mohon padamu Ya Allah, berkatilah sahabatku ini kerana dialah insan yang membawa aku semakin hampir kepadaMU. Ameen
DeleteSama akak..sebagai insan yang bergelut dengan virus yang dianggap maut ini, segala kata2 yang keluar dari lubuk hati yang ikhlas mampu membantu insan2 seperti saya bagi menguatkan diri. Kata2 akak menjadi suntikan semangat. Sebagai PLHIV, AA tidak mahu menyusahkan siapa2 lantaran ujian yang diberikan ini. cukuplah AA katakan bahawa AA amat bersyukur kerana masih ada insan di luar sana yang sudi bersahabat dengan insan2 plhiv seperti AA.
ReplyDeleteSalam AA & Mak Wardah
ReplyDeletesaya asal.dr shah alam.& baru.tau.saya ada.hiv pd 15 dec lepas
kdg fikiran.saya keliru.&.xtau.nak buat apa.
Boleh.tlg saya
email pada kat sy k
Delete