Tajuk entri ini agak ' direct to the point '. Jelas dan mudah difahami oleh semua orang. Ada kaitan dengan pendirian untuk memperjuangkan nasib golongan yang dianggap jijik dan hina. Mengapa AA sebut perkataan jijik dan hina? Jawapannya hanya pihak polisi insuran yang tahu kerana merekalah yang meletakkan batas dan sempadan antara PLHIV dan non PLHIV.
Mungkin bagi mereka golongan PLHIV ini bila2 masa saja boleh mati. Mungkin juga mereka anggap golongan PLHIV ini tidak akan sembuh sampai bila2. Lantaran itu mereka mencipta polisi insuran yang tidak memberi perlindungan kepada golongan plhiv.
Bagi AA mana2 polisi insuran harus tahu bahawa fakta punca kematian manusia di dunia ini tidak semuanya disebabkan oleh HIV/AIDS. Dunia moden masa kini telah mempunyai kaedah rawatan yang mampu menyelamatkan golongan plhiv.
Bercakap banyak pun tak guna AA. tak pa, harap2 suatu masa nasib PLHIV ini akan diperjuangkan agar tidak didiskriminasikan daripada penyakit lain.
Kini nak cerita pengalaman AA plak .Sikap sesetengah ejen insuran yang suka mengambil peluang untuk mendekati AA amat merimaskan. bukan AA sengaja jual mahal atau bersikap menyombong diri. jauh sekali untuk bersikap anti terhadap skim2 perlindungan insuran nyawa yang tidak kurang memberi sumbangan terhadap golongan yang memerlukan.
AA ada alasan tersendiri untuk tidak menunjukkan minat terutama insuran berkaitan kesihatan dan nyawa. seingat AA, bebaru ini AA ada membeli beberapa peralatan elektronik secara tunai di salah sebuah syarikat terkemuka di tanah air. Tidak lama selepas itu, ejen insuran yang tidak dikenali menelefon AA tanpa diundang.
Ayat permulaan cukup manis dan berbunga2. Sambil memperkenalkan diri dan mengucapkan tahniah atas pembelian yang telah AA buat dalam syarikat, ejen itu memulakan bicara dengan menyatakan bahawa AA layak mendpat skim perlindungan insuran kemalangan dan nyawa.
Bila mendengar perkataan 'insuran', AA jadi terkedu seketika. Pengalaman AA sebelum ini cukup mengajar AA bahawa polisi insuran yang ada tidak akan memihak kepada AA walau setinggi mana jumlah bayaran premium bulanan yang AA bayar kepada mereka.
Perbualan AA dengan ejen itu berterusan sekalipun AA sepatutnya tidak perlu melayan panggilan itu memandangkan AA sedang bekerja. Untuk memendekkan masa perbualan, AA hanya mengemukakan pertanyaan kepada ejen itu. Pertanyaan cepu emas AA " Apakah yang menyebabkan seseorang dikecualikan daripada mendapat perlindungan insuran ini? "
Ejen insuran itu menjawab " sebarang jenis kanser yang disebabkan oleh HIV/AIDS atau kanser yang disebabkan oleh penggunaan alat solek "
sudah terang lagi bersuluh. Dengan tidak banyak soal jawab AA terus memutuskan panggilan itu. ha ha ha..nak bagi peluang kepada ejen insuran itu mencari orang2 di luar sana yang lebih layak dari AA.
Nampaknya sampai bila2 pun golongan PLHIV tidak mendapat tempat dalam mana2 skim insuran nyawa. Bagi AA ini semacam tidak adil kerana kematian seseorang tidak semuanya berpunca dari penyakit berkenaan. Mujurlah AA tidak terpengaruh dengan pelbagai polisi yang mereka anggap menarik itu. Sebaliknya, polisi itu tidak memberi kebaikan kepada AA. Lebih baik memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan daripada memberi kepada syarikat insuran yang hanya tahu mengaut keuntungan.
Bravo! Bangga dengan pendekatan baru blog azam.
ReplyDeleteHari-hari manusia mati dengan pelbagai sebab.
Kematian yang disebabkan disebabkan penyakit2 lain jauh lebih tinggi tetapi mereka tidak dihalang memiliki polisi insuran.
Agaknya yang menggubal polisi insuran tu takkan tua, sakit dan mati, hahaha...
mereka yang menggubal kurang peka dan perlu lebih peka erti insuran nyawa. Insuran adalah melindungi setaip manusia tetapi kerana bagi kes2 tertentu insuran tidak berfungsi. Mati adalah mesti tak kira apa sebab sekalipun.
DeleteAHP ;
ReplyDeleteitulah yang amat dikesalkan. nak wat mcm mana klu itulah dasar utama dorang dlm mengaut keuntungan.
kalo tak silap, time AHP g piknik kat Kenyir tu, saudara Luka Rafieqa kata dia ada event kat MAC berkaitan dengan insurans nih.. Dan berdasarkan perbualan telefon diantara saya dan dia, apa yang saya faham insuran kemalangan still cover PLHIV, dan insuran perubatan cover penyakit yang disahkan oleh doktor bukan sebab HIV...
ReplyDeleteUntuk penerangan lebih lanjut, kena tanya sdr Luka Rafieqa sendiri kot.
klu ada hitam putih barulah AA percaya...setakat cakap je dlm dunia ni x leh nak pakai. tiap hari sykt insuran ni tak kenal siapa utk diperangkap.
ReplyDeleteDulu.saya.ada.ambil.insurance.plus.saving saya.baru.tau.ada.hiv so.saya.continue.ajala.at least.cukup 55 tahun klu.umo.panjang.adala.duit sikit
ReplyDeleteSalam ,
ReplyDeletesaya nak tanya mengenai insurans menurut kata AA, memanglah tak cover kalu amik insurans nyawa..tpi kalu kite kemalangan jalanraya ke..mungkin cover sbb bukan sbb Hiv..
Bagaimana dengan pembiayaan peribadi / perumahan pula?
Umumnya, PLHIV akan mati / tidak ada kudrat untuk bekerja mungkin 20 atau 3o tahun lagi dan akan mati disebabkan AIDS...
Bagi non HIV, jika mereka mati disebabkan penyakit kritikal ( kanser, jangkitan paru2 dll, kemalangan ) pembiayaan perumahan / peribadi mereka tidak perlu dibayar bakinya kerana telah diinsuranskan..
Macamana pula dengan PLHIV?adakah saya perlu atau tidak perlu membayar balik baki pinjaman saya jika satu hari nanti saya telah menghadap Ilahi atau tidak lagi berkudrat untuk bekerja mungkin 20, 30 tahun lagi...Umumnya pembiayaan perumahan mengambil tempoh bayaran balik yang lama ( selalunya lebih 20 tahun )...Jika saya sebagai PLHIV terpaksa membayar balik pinjaman bila saya mati atau tidak berkudrat lagi untuk bekerja, sudah tentu azam saya untuk memiliki sebuah rumah hanya menjadi mimpi semata2..sebab saya tak mahu sesekali menyusahkan keluarga yang terpaksa membayar balik baki pinjaman andai saya telah pergi sebagai pembawa HIV..
Minta pendapat dan pengalaman saudara2...yang pernah memikirkan tentang ini...
Encik azam bole je kalau nk amek insurance PA...tp encik azam kena make sure insurance tersebut ada refund..sbb nt kalau encik dah sakit atau xkeje lagi da nanti..encik bole refund semula..
ReplyDeleteSkrg singapore india pun ada jual insurans utk plhiv. Malaysia smpi skrg takde
ReplyDeletePlhiv tiada pilihan..makan ubat akan mati sbb side effect, x makan ubat vl banyak & cd4 turun..sy senasib..yg negatif,jaga diri anda
ReplyDelete