Entri kali ini AA memuatkan satu lagi rahsia yang terdapat di alam semulajadi. Benarlah apa yang pernah dikatakan bahawa segala ciptaan yang wujud di alam ini bukanlah sia-sia. Cuma sebagai manusia kita dituntut untuk berfikir dan banyak membuat kajian terhadap rahsia2 alam.
Perkara pertama yang AA lakukan dua tahun lepas stlh didiagnose sebagai pembawa hiv+ ialah AA banyak mencari ttg ubat atau apa sahaja bentuk makanan atau ubat yang dipercayai boleh memusnahkan virus tsbut. AA sentiasa memujuk diri AA agar tidak banyak berfikir yang bukan2. Caranya, AA selalu mencari maklumat berkaitan dengan penyembuh@ubat dan apa saja yang boleh dikatakan sebagai berita baik bagi AA sebagai PLHIV.
Berikut adalah antara bahan yang AA temui yang ingin AA kongsikan di dalam blog ini:
Definasi Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak
yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas
dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak
kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut
MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP
Diproses
secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat
sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu
asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan
linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan
manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak
rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan
melumurkannya ke seluruh badan.
Kelebihan Minyak Kelapa Dara.
1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi
ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai
sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan
capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam
tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan
Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric
acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang
mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin
di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat
antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan
oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau
kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus,
influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes
dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah
kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan
antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan
lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang
menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah,
fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu
dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.
Dari
beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa
kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan
terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan
untuk replikasi (replication).
5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia
6- Dikelaskan sebagai functional food.
Sebagai
functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI
NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang
membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga.
Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam
minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7
peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.
Lauric
acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi
yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau
haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan
antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau
haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus,
seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria
pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta
protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan
bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid
adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan
fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh
manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan
sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji
terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan
antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).
Dr.
Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa
monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus
jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga
mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr.
Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi
serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk
memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula
disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya
yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak
seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial.
Satu hakikat tentang
kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan
sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya
menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong
pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak orang
memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu
mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu
dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana
kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga
disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari.
Minyak kelapa dara
dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak
sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi
dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya
yang semakin besar.
Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak
berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk
menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari,
sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya
waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi
setiap orang juga berbeza.
Mengapa minyak kelapa dara mampu
merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh
metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk
penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik
tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan
jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati
dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari
itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan
sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan
kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan khusus minyak kelapa dara
yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu
dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari.
Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain,
menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia
pro-peradangan pada tubuh.
Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara
sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah.
Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri
penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam
tubuh.
Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam
saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan
hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini.
Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain
seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan
pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh
nadi dan sakit jantung.
Dari huraian di atas menjelaskan bahawa
minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah
memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.