Rakan AzamAli.com.my

Sunday, 29 July 2012

Dilema di bulan ramadhan

Alhamdulillah, AA berpeluang sekali lagi menikmati suasana bulan Ramadhan al Mubarak. Dah masuk tahun kedua AA menyambut bulan mulia ini sebagai PLHIV. Alhamdulillah AA masih diberi peluang sebelum meninggalkan alam fana ini.

Tahun ini sesuatu mengganggu fikiran AA mengenai keadaan kesihatan AA. Sebelum ni AA tak pernah alami keadaan ini. Susah untuk AA jelaskan secara detail namun ia cukup menjadikan AA risau.

Pertama skali, bila AA tarik nafas AA rasa sakit kat bahagian dada. Sakit tu tak la sakit sangat tp rasa tak selesa sebab sebelum ni bila AA tarik nafas ok je tapi sejak AA alami batuk dan sakit tekak awal bulan Mei baru2 ni, AA rasa ada perubahan plak. Ntahlah apa sebenarnya yang AA alami.

Kedua, di badan AA terutama di bahagian belakang semacam ada jerawat plak. Bila AA picit, ia mengeluarkan darah. Sebelum ni belakang AA smooth and clear je tapi ntahlah kenapa jadi mcm tu. 

Keadaan2 ini agak mengganggu diri AA juga. Kepada pembaca2 blog AA, jangan hairan kalau AA blog ini semacam tak pernah update. Doakan agar keadaan AA baik2 je. Lum terlewat utk AA ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kpd semua yg menyambutnya..

2 comments:

  1. Salam Ramadhan AA.
    Dah tanya doktor kenapa? Ada ambil HAART ke? Kalau ada mungkin side effect? AA pastikan dengan doktor ya..InsyaALLAH tiada apa2 masalah tu. Jaga diri baik2...

    ReplyDelete
  2. Kalau pedih perit kat dada maybe masalah jantung kut, tapi rasanya tak kan Azam yang muda belia ni alami masaalah seperti tu, apa pun usah ambil ringan, kalau berterusan kena lah tanya doktor. Saya pun pernah alami sekali sekala dulu sakit bila tarik nafas pjg2, skrg tak da lagi. Kalau jerawat tu biasa lah tapi kalau kayap naik maybe berkait rapat dengan CD4 yang maybe rendah. Wallahuallam cakap melalui pengalaman aje.

    ReplyDelete