Tuesday 3 July 2012

Harapan untuk pesakit Thalasemia

Hari ni AA berasa agak tenang tidak seperti hari2 sebelum ini. Entah kenapa pula jadi macam tu. Hati AA berkata, mungkin ini adalah rahmat dan kasih sayang yang Allah curahkan terhadap hamba2NYA. Syukur alhamdulillah.

Seperti biasa AA menjalani rutin harian AA. Cuma hari ni AA relaks sikit sebab AA tak perlu turun petang seperti hari2 sebelum ni. utk hari ni je esok kena teruskan lg rutin harian pagi dan petang.

Selepas AA menikmati mkn tengah hari AA ambil masa yang terluang untuk update blog dengan apa2 yang patut. Usia blog AA kini belum mencecah setahun. Sambil itu AA mdgr berita mlalui tv. Dalam banyak2 berita,AA tertarik dengan satu laporan ttg nasib dua beradik yang mengalami penyakit thalasemia ( maaf kalau ejaan tak betul ).

Dalam laporan berita yg AA tengok, kedua2 ibu bapanya tidak mampu menanggung kos pembedahan sebanyak RM460, 000.00 yang dibuat d Taiwan. Laporan mengenai pembedahan yang akan dibuat sempat diperlihatkn oleh ayah dua beradik itu.

Bila AA lihat kedua dua beradik tu nampak cergas dan lincah bermain masa sesi penggambaran oleh wartawan. namun di sebalik kelincahan mereka terselit sebuah kisah duka yang hanya mampu dirasai oleh mereka.

Kisah yang dipaparkan amat menyentuh hati AA. Sebagai seorang PLHIV, AA fikir diri AA masih bernasib baik lagi kerana keadaan yang AA alami tidaklah seperti mereka. cara rawatan bagi kedua beradik tu terlalu berat bg AA. klu AA rasanya AA tidak mampu hadapi. AA kagum dengan sikap kedua ibu bapa yang begitu tabah sehingga dua beradik itu tidak perasan kesedihan yang cuba disembunyikan oleh mereka.

Andai AA berada di tempat mereka, rasanya AA tidak dapat hadapi ujian itu setabah mereka. bayangkan, sudahlah menyara keluarga dan perlu pastikan anak2 dalam keadaan kesihatan yang baik dan mampu belajar dengan selesa. AA bersyukur dengan ujian yang AA hadapi sekarang. 

Benarlah aseperti janji Allah bahawa ujian yang dihadapi oleh setiap hambaNYA adalah berpadanan dengan tingkat keimanan mereka. Semoga kedua beradik itu dapat menerima sumbangan yang mencukupi dan pembedahan yang dijalankan berjaya. mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan ini. 



2 comments:

  1. Salam
    AA, kita patut bersyukur denan apa yang ALlah bagi. Sabar dan tabahlah A & rakan2 semua. Kamis entiasa doakan sahabat2 semua. Jaga makan, jaga diri baik2, rest and jgn stress. InsyaAllah semua akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah...doa yang sama AA titipkan buat akak sekeluarga

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST