Monday, 6 August 2012

Ambil darah di ID clinic

Keadaan kesihatan AA beberapa minggu kebelakangan ini tidak berapa bagus. Inilah antara ujian yang AA hadapi sepanjang bulan ramadhan ini. Namun keadaan ini tidak pernah melunturkan semangat AA untuk meneruskan ibadat puasa seperti tahun2 sebelum ini. 

Tarikh utk AA ambil darah semakin hampir. Seperti kebiasaannya AA akan ke hospital berjumpa dengan staf yang ditugaskan mengambil darah. Sejujurnya AA amat tidak selesa mendapatkan khidmat staf di bahagian makmal untuk mengambil darah AA. Sebelum ni ada banyak cerita yang kurang menyenangkan terutamanya ada di kalangan staf yang mengambil darah ni begitu celupar mulut mereka bila tahu orang yang diambil darah tu adalah PLHIV. Ntah apa faedahnya mereka ni terlalu lancang berkata2 seolah2 mereka tu terlalu baik seperti nabi dan orang lain tu paling jahat.

Untuk mengelakkan AA berada dalam situasi itu, AA meminta jasa baik staf di klinik ID yang sememangnya mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya berkaitan HIV dan AIDS. Setakat ini AA belum pernah nampak dorang pakai sarung tangan masa mrka mengambil darah AA. AA plak yang risau kalau2 jarum tu tiba2 tercucuk ke mana2 bahagian tubuh dorang.

Apapun AA berdoa semoga sesi ambil darah kali ini berjalan dengan lancar berkat bulan ramadhan yang mulia ini.

4 comments:

  1. Salam Ramadhan AA. Akak happy baca apa yg AA tulis nmpk AA betul2 tabah. Jgn pedulikan org2 yg akhlak rendah mcm tu, cakap sedap mulut. Jgn risau ramai lg manusia baik hati dlm dunia ni, AA buat bodoh aje. Insan2 lain ramai sgt yg bleh faham plhiv, jgn risau, akak sentiasa doakam AA dr jauh. Kl rasa perlukan apa2 pertlgn email aje, akak sedia bantu, dengar & bc kl itu dpt membantu. Take care

    ReplyDelete
  2. Kalau temujanji pada 16hb nanti dg doktor kena travel hampir 600km, ambil darah pun sama ke kena pandu 600km tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...jd ulang alik +/- 1200 km. itulah rutin AA sepanjang hayat ini.

      Delete
  3. Esok kawan plak kena amik darah jgk.. Errrr.. ari tu kawan mcm terdengar kat HOT FM, ada sorang ustaz tu kata kalo setakat amik darah setitik dua,x batal pose tapi kalo byk, membatalkan pose, betul ke idak ek?

    Any pengesahandari kenkawan or bro AHP ke?

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST