Tuesday 7 August 2012

Luahan hati seorang pembawa HIV+ untuk ayah dan ibu

Hari ini masuk ramadhan yang ke 18 umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Tidak terkecuali AA juga turut sama menunaikan tanggungjawab tersebut. Tidak ada yang mampu AA lafazkan melainkan puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi meminjamkan keupayaan kepada AA untuk menunaikan ibadah yang mencabar ini.

Seperti tahun2 sebelum ini, AA masih lagi berkesempatan merasai air tangan parents yang bersusah payah menyediakan juadah tiap kali berbuka dan sahur. Dapat juga menikmatinya bersama2 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Namun mereka tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada anak mereka yang mereka besarkan sejak kecil hinggalah sekarang.

AA tidak bermaksud untuk menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka juga ada hak untuk tahu perihal diri AA yang telah didiagnose sebagai PLHIV 2 tahun lepas. AA rasa belum sampai masanya mereka tahu dan kalau boleh biarlah mereka tidak tahu sampai bila2. 

Tiap kali AA melihat raut wajah mereka terdetik perasaan sayu dan bermacam2 lagi perasaan yang sukar digambarkan. AA adalah tunggak keluarga ini sebagai anak sulung AA perlu menunaikan banyak lagi tanggungjawab terhadap mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Namun AA tidak tahu sampai bila AA diberikan peluang untuk terus hidup.

Pernah juga hati kecil AA yang lemah ni berkata, ' biarlah aku yang pergi dulu, agar mereka mampu berubah dan menjadi insan2 yang lebih hampir kepada Allah dan sentiasa mendoakan aku'. Tapi ia tak semudah yang difikirkan kerana hanya Allah yang Maha kuasa atas tiap perkara.

4 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk AA.

    ReplyDelete
  2. rahsiakan selama yang mungkin sehingga timbul keyakinan di hati..... Berkaitan dg ambil darah+jumpa doktor= 1200km, rasanya satu hari nanti AA kena tukar ke tempat yang paling dekat kalau tak silap travel dari Tawau ke K.Kinabalu kan. May sekrang tak ada masaalh takut akan dtg akan timbul masaalah lain.

    Maknanya bebanan dalam diri saya lebih ringan jika dibandingkan dg AA, apa pun serah pada Allah doa pdnya supaya kehidupan yang akan dtg dipermudahkan... :)

    ReplyDelete
  3. Syawak seringkali mengingatkan saya pada malam hari raya menjelang 1 Syawal ketika saya berterus terang pada keluarga termasuk ipar duai mengenai status saya sebagai PLHIV. Walaupun timingnya sangat tak kena tapi rupa2nya itu lah hikmah Syawal..

    sekaligus mengubah mood di pagi raya... tapi Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun 3 beraya dan peristiwa itu sering diingati sebagai titik penyatuan keluarga saya yang sebelum ini agak berpecah belah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa seronok dgr pengalaman awk psychonuts.. rasanya situasi fmly awk ada sdikit persamaan dgn fmly sy. awk mmg berani berterus terang dan smpai skrng awk rasa lega dan dpt jalani khdupan mcm biasa.

      Delete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST