Ramai
orang kat luar sana yang sayangkan kanak-kanak. Mesti sedih bila tengok
dalam paper bayi dibuang campak bakar sana sini. Orang sibuk nak anak
tapi ada jugak manusia hati kejam yang sanggup bunuh bayi sendiri yang
tak berdosa. So, mesti ramai lagi manusia hati baik kat luar sana yang
nak membela nasib kanak-kanak ni. Whether yang dah berkahwin tapi masih
belum ada zuriat, yang dah kahwin dan ada anak tapi masih berniat untuk
ambil anak angkat atau yang masih bujang belum berkahwin. Besar pahala
kalau jaga, didik dan kasih anak angkat macam anak sendiri.
Tapi ada syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau betul-betul ikhlas nak ambil anak angkat apa salahnya ikut prosedur yang dah ditetapkan. Untuk kesenangan dan kemudahan masa depan penjaga dan anak yang bakal dijaga tu jugak. Jom baca syarat-syarat dan prosedur ambil anak angkat...
Tapi ada syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau betul-betul ikhlas nak ambil anak angkat apa salahnya ikut prosedur yang dah ditetapkan. Untuk kesenangan dan kemudahan masa depan penjaga dan anak yang bakal dijaga tu jugak. Jom baca syarat-syarat dan prosedur ambil anak angkat...
SYARAT-SYARAT
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
- Berusia 25 hingga 60 Tahun
- Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
- Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
- Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
- Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
- Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
- Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
- Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
- Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
- Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
- Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
- Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Setelah
permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan
Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.
PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA
- Menilai latar belakang sosial pemohon
- Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
- Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
- Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.
PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM
- Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
- Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.
selalu terfikir nak ambil anak angkat plhiv tetapi tertanya-tanya, mampukah aku dlm keadaan diri serba tak bermaya..
ReplyDeleteAHP, Salam.
DeleteDah ada niatpuan dah ada ganjaran pahala, InsyaAllah doakan yang terbaik buat AHP & the gang
dah ada pasang niat nak adopt . rasanya itu lebih baik. tumpukan hanya pada 1 shj daripada tumpu lrbih daripadda satu.
ReplyDeleteNk adopt la..tp msh prlukn bimbingan..boleh bg pndangan?
ReplyDelete