Thursday 10 January 2013

Selamat tahun baru 2013..

Alhamdulillah, akhirnya aku kembali berblog setelah menyepi sekian lama. Banyak halangan yang dihadapi hinggakan blog ini sepi tanpa apa2 post terbaru tak seperti blog lain kalangan PLHIV survivor yang tak pernah putus dengan post2 yg menarik dan informatif.


Masih belum terlambat untuk ucapan selamat tahun baru buat semua rakan positive worriors dan pembaca blog Azam. Insya allah selagi hayat di kandung badan selagi kudrat masih ada blog ini akan diteruskan dengan sekadar yg termampu. pasti korang semua faham komitmen yang aku hadapi di sini.


Bukan mudah bagi seorang insan seperti aku yg banyak komitmen terutama pd kerjaya, keluarga dan diriku sendiri yg perlu aku lebih ambil berat tahap kesihatan. kalau sakit, aku juga yg menerima padahnya.jadi aku kena lebih berwaspada agar kesihatanku berada di tahap yg optimum.


sekian lama aku tak buka email yg jadi saluran utk aku berhubung dengan rakan2 pembaca. terlalu banyak email yg tak diundang terpaksa kubuang. namun dalam banyak2 email itu, aku sentiasa perhatikan email mana yg perlu kujawab sebab aku tahu aku menggalas tanggungjawab utk menyedarkan sesiapa saja tentang isu hiv dan aids. 


Aku mahu semua tahu apa itu hiv dan aids. lebih2 lagi bagi yg berstatus hiv positif maka aku rasa terpanggil untuk memberi apa yg termampu agar mereka kuat walaupun kadang kala aku lemah dan perlu dibantu. 


Tika aku membuka sususan email satu persatu, aku terbaca satu kiriman email yg bagi aku soalannya seakan2 merendahkan taraf si penyoal itu sendiri. sudah banyak input tentang hiv aids dibagi tapi last2 soalan yg dikemukakan seolah2 masyarakat ni masih jahil berkenaan ilmu hiv dan aids. tak apa lah, aku anggap saja orang tu mungkin main2 jadi aku pun malas nak jawab. biarkanlah dia tertanya2.



4 comments:

  1. Semoga AA terus berjuang, take care n berjaya doa akhirat

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2013 buat AA juga (bukan Baby AA kan? :)) Risau kitaorang sebab AA dah lama tak update blog kan. Cuti sekolah AA ke mana? Balik kampung ke? Saya doakan AA diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan reszeki oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas keprihatinan semua...cuti2 malaysia la katakan bnyk komitmen yg sy kna selesaikan. Paling mgharukan laptop yg biasa sy guna utk online meragam jd smua id&pasword yg otomatik save ilang.jenuh mcari akhirnya tjumpa jgk.

    Mak wardah: tq sbb sudi hubungi azam masa dtg tawau w/pun ada halangan utk bjumpa.

    AzamAli

    ReplyDelete
  4. Thanks azam. . Byk gak maklumat yg sy dapat tau melalui blog ni.. baru je tgk blog ni hari ni.. Dan sy terharu serta insaf. Sy pun byk gak peristiwa hitam yg dilalui. Tapi setakat ni Alhamdulillah semuanya ok. Teruskan on blog ni. We all support you. Shah...

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST