Tuesday 20 November 2012

AIDS; tanda-tanda klinikal, rawatan dan vaksin

AIDS : TANDA KLINIKAL


Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS.


Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah : 

 i. Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.

ii. Demam berpanjangan melebihi 1 bulan

iii. Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan

iv. Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan

v. Mendapat jangkitan kandidiasis oral
 

vii. Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh




AIDS : RAWATAN


Tiada rawatan khusus untuk AIDS. Pengetahuan yang ada menunjukkan semua pesakit HIV akan berakhir dengan kematian. 

(Tiada laporan secara klinikal juga pembuktian secara saintifik berapa tahun jangka hayat seseorang yang hidup dengan HIV berakhir dengan kematian terutama bagi mereka yang telah memulakan rawatan. Berdasarkan pengalaman, terdapat PLHIV yang mampu hidup sehingga 10-15 tahun malah masih menunjukkan keadaan yang sihat tanpa ssebarang gejala dan tanda2 AIDS setelah mengambil rawatan. Bahkan bagi mereka yang tidak ada HIV, didapati ramai yang meninggal dunia disebabkan penyakit2 kronik lain seperti kencing manis, penyakit darah tinggi, penyakit jantung dsb walaupun mendapat kemudahan rawatan)


Terdapat beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oppurtunistik AIDS. Ubat-ubat ini secara teorinya dapat memanjangkan jangka hayat pesakit AIDS. 


AZT adalah ubat yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara teorinya AZT, sebagai penghalang enzim transcriptase, dapat menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan genetik kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA. 

(AZT adalah ubat yang mula2 dicipta untuk mengawal tahap tindak balas virus HIV agar tidak sampai ke tahap peringkat AIDS. Didapati AZT memberikan kesan sampingan yang ketara. Namun kini dengan ubat2an terbaru yang dihasilkan didapati berupaya mengurangkan kesan2 sampingan yang dialami dan meningkatkan keberkesanan terhadap perencatan pembiakan virus HIV dalam tubuh seseorang)

 
Maklumat yang ada sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan kepada orang tertentu sahaja. Mereka ialah yang mempunyai bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung. Walaupun begitu AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendek sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama pesakit mengidap AIDS. Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT di kalangan ibu mengandung dapat mengurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%.


AIDS : VAKSIN


Maklumat yang ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial' ( maklumat terakhir pada akhir 1995).


Beberapa masalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah:


i. Isu etikal. Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang masih belum diketahui kesannya kepada seseorang dan seterusnya mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit merbahaya yang masih belum ada ubatnya (iaitu AIDS).

ii. Virus HIV. Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa jenis virus HIV. Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1 dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur genetik dikalangan HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad ). Oleh itu virus HIV yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di Afrika. Oleh itu vaksin HIV hendaklah dibentuk untuk setiap clad yang berbeza ini.

iii. Calun. Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah jangkitan. Oleh itu calun vaksin HIV adalah mereka-mereka di dalam golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan, pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya bilakah vaksin patut diberikan kepada golongan ini. Memandangkan golongan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara (juga di Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada golongan ini tidak disalah anggap sebagai menggalakkan kejadian antisosial.

 Sumber : dr. Ahamad Bin Jusoh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

5 comments:

  1. AZT ubat yang diberikan untuk pesakit kanser. Tak berkesan apa2..yang kemudiannya dicuba ke atas pesakit HIV. Ramai yang meninggal dunia sebab ubat AZT dan bukan disebabkan oleh virus HIV itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Nurse kat tmpt sy buat check up pun selalu pesan. Tolong buat mcm2 mna asalkan CD4 tinggi. Klau tak u kna hidup dgn haart. Byk problemnya nt. Takut....& menakutkan. Sbb tu try mcm2 supplement.

      T_83

      Delete
  2. assalamualaikum

    hari ni saya search di google mengenai HIV.. then terjumpa blog saudara.. sempat juga sy lihat kesemua post :) sronok sy baca, byk info, ayat yg mudah difahami..dan sy rase sedih bile bace post2 yg melibatkn diri encik..xtahu kenapa tapi itulah yg saya rase..saya harap agar encik sabar dlm mengharunginya..

    ReplyDelete
  3. Hai encik .. Sya pelajar berumur 18tahun .. Arwah mama sya meninggal 3thun lepas dan sya dimaklumkan bahawa arwah mama sya positif HIV yang dijangkiti drpd arwah ayah sya ketika mengandungkan sya .. Apakah kemungkinan sya juga menghidap HIV ? Sya seorang yang sihat dan jarang jatuh sakit .. Tapi sya risau sekiranya sya terjangkiti HIV drpd arwah mama sya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara yg terbaik lakukan rapid test utk hiv..sbb pembawa hiv biasanya tdk menunjukkan sebarang tanda ketara, biasanya mereka kelihatan sihat, aktif dan seperti manusia biasa..sampaila cd4 berkurangan dan tggl sedikit ms tu la simptom2 mula tampak pada si pembawa..

      Delete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST