Thursday 9 May 2013

Tahap kesihatanku sebagai Pembawa HIV+ lepas 6 bulan dalam HAART

Hari demi hari berlalu tanpa aku sedari dah hampir masuk tahun ke-4 aku hidup sebagai pembawa HIV+. Tarikh 25 November 2009 menjadi penentu segalanya dalam kehidupanku sehingga kini. Sebelum tarikh itu aku amat berbeza dengan aku yang ada sekarang ni.


Sebelum tahu status sebenar diriku, aku jarang ambil berat soal penjagaan kesihatan. Dalam setahun tak pernah sekalipun aku buat pemeriksaan kesihatan kecuali masa mula2 aku melanjutkan pelajaran dan sebelum memulakan alam pekerjaan. Itupun sekadar memenuhi tuntutan yang sewajarnya dibuat oleh semua orang sebagaimana kebiasaannya. Lain dari itu aku tak terfikir pun untuk ambil tahu macam mana tahap kesihatanku.


Sejak memulakan pengambilan HAART 11.11.2012, hingga kini aku amat bersyukur dengan tahap kesihatanku. Kebimbangan yang mula2 aku rasai tentang risiko ubat HAART terhadap diriku sudah lenyap. 6 bulan pertama aku rasa semakin sihat. Jarang dapat demam selsema dan batuk. Tetapi selepas dua kali temujanji dengan doktor, kadar kolesterol dalam darahku meningkat pula. Aku dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berminyak. CD4 pula naik. Sebelum HAART, 319, lepas 4 bulan HAART naik hampir 400. Kadar VL pula buat masa ni masih belum dapat diketahui disebabkan masalah teknikal.


Sebenarnya masa darahku diambil, aku tidak pernah puasa sebagaimana yang diarahkan. Pagi sebelum darahku diambil, aku bersarapan seperti biasa. Mungkin sebab itulah kadar kolesterolku naik. Itupun belum sampai ke tahap berbahaya. Salah aku juga yang tidak patuh arahan doktor.


Dalam menempuh hari2 sebagai pembawa HIV, aku juga sempat meluangkan masa membantu rakan2 senasib yang berada senegeri denganku. Aku bersyukur sebab dengan pengalamanku mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth KK, aku dapat membantu beberapa orang lagi untuk mendapatkan rawatan di sana. Tidak seperti aku masa mula2 datang ke Queen, aku langsung tidak ada arah panduan. Bayangkan hospital yang begitu luas macam mana aku tercari2 "id clinic". 











11 comments:

  1. wah...berita baik ni bang zam....stay positive...makan ubat ikut jam and selalu ingat tuhan....mesti sembuh punyerlah sbb tadi sy ada search pasal cure HIV...dan scientist dah hampir nak ada ubat untuk sembuhkan hiv bang....

    Sy akan berdoa hari2 supaya dier orang cepat2 cari penyelesaian dan sembuhkan semua yg ada hiv...yeayyyy tak sabar tak sabar hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Legends Prince : terima kasih...apapun takdir yang akan datang tetap diterima dengan redha dan lapang dada. syukur sgt2 dengan apa yang ada.

      Delete
    2. But deep down in my hearth I still do have the faith on those scientist that will find a solution for this bang :)

      Always will pray for everyone....

      Delete
    3. lets wait and see. dont ever put lots of hope

      Delete
  2. Aku dulu nakal,ala ala ganas juga,bila disah positif mengubah hidup aku,sekarang aku sedar dan bersyukur,tanpa hiv aku masih hanyut.Dengan virus ini ia penawar buat akhlak ku.aku dapat mengenali diri apa tujuan hidupku yg sebenar.Ya Allah,hamba memohon andai ada penawar dan andai hamba sembuh,jgnlah kau balikkan hati ini macam dahulu,hamba rela hidup dgn virus ini dari kembali menjadi seperti dahulu.apaguna sihat tapi menjadi hamba yg lalai dan ingar padamu.Alhamdulillah ....noor h

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tumpang happy sbb noor h terima dugaan ni dengan positif. keep it up bro.....

      Delete
  3. Azam! azam sangat berbeza berbanding dulu.. semoga azam berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  4. Azam org yg sgt kuat...suka kawan dgn org macam Azam. Tqvm Azam.

    ReplyDelete
  5. Salam Azam.

    Saya tertarik dgn blog saudara. Saya tidak mahu menunjukkan simpati atau apa sbb saya nampak kamu begitu bersemangat setelah mulakan Haart. Bagus. Apa lah sangat dgn simpati atau empati ramai. Saya bangga dan ucapkan syukur kerana mereka yg +ve dah ke depan sekurang kurangnya utk mendapat rawatan. Setelah mula rawatan mrk lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan. Sangat bagus.

    Bagi saya di dalam dekad 21 ini Hiv dah boleh di kawal jika kita mendapatinya. Jadi tiada apa yg perlu dirisaukanlah kab? Saya bangga dgn adanya komuniti yg positif yg memberi support. Ini perkembangan yg amat sihat.

    Tambahan sekarang di setiap convention berkenaan Hiv/Aids antara agenda penting adalah Cure. Perihal Cure dibincangkan secara lebar. Mana tidaknya, penemuan penemuan seperti di Australia dan Denmark membuka mata semua yg Hiv adalah kondisi yg boleh dikawal dan dirawat. Dalam tempoh 5-6 tahun insyaallah lebih dekat dengan Cure. Malah mungkin sudah diterima pakai oleh seluruh dunia.

    Well done people...

    ReplyDelete
  6. Mula2 check hepatits b dan c. Doktor kata saya xda penyakit hepatitis masa check darah. Lepastu check darah untuk hiv pulak. Sebab hati saya membengkak. Saya mula takut,sebab ciri2 sakit tersebut ada pada saya.sekarang saya still tunggu result.harap saya xkena penyakit hiv. Doakan saya sahabat2 sekalian

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST