Wednesday, 12 March 2014

post 1 ( 2014)

Salam sejahtera buat semua.

Hari demi hari berlalu meninggalkan bermacam kenangan pahit manis dalam kehidupan. Aku yang kerap menyepi sekaligus membiarkan hari hari berlalu begitu saja tanpa sesuatu yang bermanfaat menjadikan aku berfikir sejauh mana perananku dalam komuniti untuk memberi kesedaran tentang kehidupan yang positif dalam dunia PLHIV ini. walaupun aku sedar tugas itu bukan mudah namun mau atau tidak mau perjuangan harus diteruskan juga. mengikut kemampuan yang ada pada diriku.

Buat rakan-rakan yang tidak jemu menyapaku menerusi email dan laman sosial aku titipkan penghargaan buat mereka semua. walaupun tidak pernah bertentang mata namun ikatan ukhuwah tetap terbina seikhlasnya. mana mungkin aku mampu menghadapi hidup sebagai plhiv bersendirian tanpa sokongan mereka. bagi mereka yang sempat menjengah email bertanya tentang diriku, tidak semuanya dapat kubalas melainkan hanya mereka yang betul betul memerlukan bantuan sahaja. prioriti adalah lebih pada mereka agar mereka berada di atas landasan yang sebenarnya. status mereka sebagai plhiv perlu dibantu sebaik mungkin agar mereka dapat menghadapi ujian ini dengan rasional.


kehidupanku kini semakin lama semakin dihimpit pelbagai tugas. adakalanya aku berharap agar aku dapat bercuti panjang dan ingin berehat lama agar aku dapat menenangkan fikiranku. tetapi aku tak boleh lari dari kenyataan hidup sebagai khalifah allah. mengapa  manusia diciptakan ke muka bumi ini adalah untuk menjadi pemimpin. istilah pemimpin itu terlau luas hatta bermula dari hal sekecil2nya. aku perlu bijak mengurus masa agar tidak menjadi seperti robot yang sibuk sepanjang hari dengan tugas. kesannya, diriku pasti menjadi tertekan.

tekanan yang berpanjangan adalah tidak baik bagi kesihatanku. sebab itulah aku telah nyatakan sebelum ni bahawa tugas dalam komuniti ini akan kulakukan seadanya mengikut kemampuanku. 

Dalam menempuh kesibukan tugas tugas harian, jauh di sudut hatiku masih lagi tersisa perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. aku masih lagi berasa kekurangan dalam hidup ini. entahlah kurang dari segi apanya. mungkin lantaran sudah ramai di kalangan rakan senasib dan sebayaku yang sudah mempunyai keluarga sendiri? atau mungkin sebab aku terlalu banyak diberikan tanggungjawab dalam keluarga hinggakan aku tidak ada masa untuk memikirkan tentang diriku ?masya allah, aku terlalu banyak fikir. mungkin sebab dalam seminggu dua ni tahap kesihatanku yang kurang baik menyebabkan fikiranku terganggu..aganyalah ye..

hanya allah yang tahu. perasaanku yang tidak stabil ini selalu menjadi kekangan buat diriku untuk meluahkan sesuatu dalam blog ini. cukuplah tempat aku meluahkan segalanya ialah pada allah sahaja. kerana hanya dia sahaja sebaik sebaik tempat untuk meluahkan perasaan. maha mendengar, maha kaya.....

pada tahun ni menyaksikan detik2 yang memilukan buat diriku dengan pemergian insan yang rapat dengan diriku ke alam baqa. 2 orang yang pergi meninggalkan kami dalam jarak waktu yang hampir dekat. mereka bersama samaku sejak aku kecil lagi. aku kenali hati budi mereka. namun allah lebih menyayangi mereka berdua. dalam pada itu, seribu satu hikmah pasti tersingkap di sebalik pemergian mereka.



4 comments:

  1. Sabar bang. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi mereka.

    Kita yg hidup perlu lebih tekun berusaha dan gigih beribadat.

    ReplyDelete
  2. Azam, saya doakan semoga saudara sentiasa berada dalam lindungan Allah. Jaga diri baik2 yer.

    ReplyDelete
  3. Salam Azam,

    Jaga kesihatan diri sendiri dulu, itu yang paling utama, lakukan apa saja kegiatan yang lain mengikut kemampuan diri, kesihatan diri paling utama.

    AlFatihah buat orang yang tersayang yang telah pergi meninggalkan Azam semoga mereka tenang disana. Hidup Mesti Diteruskan.

    Jaga diri baik-baik....:)

    ReplyDelete
  4. Takziah atas pemergian insan2 tersayang. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST