Petang yang hening di hari terakhir tahun 2015..aku rasakan tetap sama seperti tahun tahun sebelumnya. Tidak ada perbezaan walau sedikitpun. Tahun tahun yang sudah aku mengikuti program sambutan tahun baru anjuran kawasan kediamanku. Sekali lagi pada tahun ini acara yang sama diadakan. Namun aku sudah ada perancangan lain untuk diriku sebagai pengisian yang lebih santai dan privesi.
Semalam saja sudah ada surat jemputan beserta pemberitahuan tentang acara tahunan pada malam ini. Aku tidak berminat untuk menyertainya. Cukuplah ahli keluargaku yang lain hadir sebagai wakil dan tanda bahawa kami turut serta dalam aktiviti anjuran mereka. Aku tidak menemui kepuasan yang ingin kucari dalam aktiviti mereka. Entah mengapa hatiku berkata demikian. Sejujurnya aku ingin bersendirian sambil menghitung segala kekurangan diri.
Kepada yang membaca blog ini dan yang pernah memberi kata kata semangat sekalipun kita tidak saling mengenali aku cuma mampu melafazkan kata kata penghargaan dan terima kasih. Semoga blog ini mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sampai bila bila.
No comments:
Post a Comment