Monday 14 December 2015

Sekadar coretan Hati yang kusut..

Salam sejahtera.

Semakin diri diinjak usia semakin diri ini terfikir, apakah yang telah aku sumbangkan dalam kehidupan. Ya, sumbangan yang mungkin memberikan manfaat kepada semua orang. Aku hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan dan keterbatasan. Namun aku juga ingin berbakti kepada sesiapa sahaja agar ia menjadi saham yang boleh membantuku di hari kemudian. Tidak kiralah apa jua bentuk sumbangan yang penting boleh membantu meringankan penderitaan atau kesusahan orang lain.

Stop talking about it... Nampaknya aku sudah semakin hilang idea dalam pengisian blog yang kukira suda masuk ke usia yang ke 3 atau ke 4 tahun kewujudannya. Aku tidak mahu melihat ke belakang. Langkah perlu diteruskan ke hadapan sambil cuba mencipta kehidupan yang bermakna buat diri dan sesiapa sahaja di sekelilingku.

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kedengaran berita tentang pemergian beberapa orang insan yang telah banyak menemaniku dalam sisa-sisa usiaku yang lalu. Aku membesar bersama-sama perjuangan mereka. Kehidupanku pernah diserikan dengan telatah suka duka mereka yang kutonton melalui kaca televisyen. Sekalipun tidak pernah bertemu secara bersemuka, namun kehadiran mereka yang seringkali menghiasi rancangan dalam program yang kusukai ternyata memberikan impak kepada diriku.

Aku hanya mampu mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat. Berpegang kepada keyakinan bahawa suatu masa aku juga pasti akan mengikuti jejak langkah mereka. Cuma entah bila dan bagaimana bila tiba saat itu nanti. siapakah yang akan menemaniku dan menyempurnakan diriku sebelum aku berdepan dengan alam kehidupan yang kekal.


Kehadiran teman teman umpama pasang surut yang tiada kekalnya. Sering berubah ubah. Namun tiada satupun yang setia bersama sama menemani diriku ini. Kekadang aku juga ingin meluahkan sesuatu dalam blog namun hasrat itu terhenti. entah mengapa. Kekurangan idea? Kekangan masa akibat kesibukan? Semua itu bukannya alasan. Hanya aku sahaja yang mencipta alasan sendiri untuk tidak menulis di blog ini.

Sudah ramai di kalangan sahabat, teman, kawan yang menemui kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Aku bersyukur melihat mereka dalam kegembiraan. Aku hanya mampu melihat keriangan di wajah mereka dari jauh. Biarlah aku sekadar menjadi pemerhati. entah bila pula tiba giliranku menikmati kebahagiaan itu. Untuk memberi satu perangsang kepada diri aku menganggap setiap hari hari yang kulalui adalah satu nikmat dan kebahagiaan.


Berapa ramai insan di luar sana yang menghadapi kepayahan tidak seperti aku. Kepada pembaca sekalian, maaf jika penulisan kali ini agak nampak emosional. Setiap orang mempunyai ujian hidup masing masing dan cara yang tersendiri untuk menghadapinya. Aku tidak tahu berapa lama lagi tempoh kehidupanku. Yang pasti aku perlu sentiasa bersyukur dan cuba memperbaiki diri.


Kepada mereka yang sering kusakiti aku hanya mampu menghulur salam kemaafaan. Sebarang persoalan yang tidak dapat kujawab bukan bermakna aku enggan menjawabnya. Segala persoalan kadang kala boleh kita temui dengan mudah jawapannya andai kita berusaha untuk mencarinya dari pelbagai sumber. Dalam zaman serba moden terlalu banyak cara untuk menjawab segala kemusykilan dengan cara yang mudah, cepat dan tepat.






2 comments:

  1. Please jgn bersedih Ali. kita semua ada ujian masing-masing dari Maha Esa. Saya dan husband juga x lepas daripada Ujian dr Allah yang Maha Penyayang. Syukur walau apa pun Ujian dari-Nya, tetap kami kuat tempuhinya dengan sabar walau dalam jiwa ni ibarat ombak taufan.

    Persoalan sampai bila nak bertahan itu memang kerap juga difikiran, tapi bila pikir balik persoalan tu semua adalah hasutan syaitan sebenarnya. yes..kita kene kuat. Saya pernah email pada Ali yang menyatakan husband saya sgt lemah dulu sampai saya selalu menangis bila tengok keadaan husband. Tapi berkat kesabaran dan doa serta x putus2 yakin pada Allah SWT, kini husband dah kembali sehat. Harap husband akan kembali sehat dan CD4 kembali normal (walau Doktor kata ambil masa yang lama nak kembali normal).

    Saya yakin akan ada kebahagiaan dan ganjaran besar dari Allah SWT buat kita dan Ali khususnya sekiranya kita bersabar dan kuatkan iman. Ali bukan keseorangan. Kita bukan keseorangan. Ali kene kuat dan saya juga kene kuat. Dunia ni sementara dan yang kekal adalah alam Akhirat kelak.

    :)

    p/s : sorry sebab tulis panjang berjela pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perhatian. saya mendoakan semoga puan diberikan kekuatan dan ketabahan. saya tahu puan seorang yang telah dipilih untuk mengharungi ujian ini. Untuk suami puan pula sampaikan salam saya kepadanya. Ingin saya sampaikan kepadanya betapa bertuahnya dia kerana mempunyai seorang isteri yang setia di saat susah dan senang.

      Delete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST