Wednesday 23 November 2016

Perancangan ambil darah dan temujanji.

Masa untuk temujanji yang ditetapkan di ID Klinik QEH ialah setiap hari isnin hingga rabu sahaja. Bermakna dalam seminggu cuma 3 hari diperuntukkan untuk berjumpa dengan doktor mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan.


Berbeza pula dengan sesi pengambilan darah di PPD QEH, ia boleh dibuat setiap hari kecuali untuk ujian CD4/CD8/Viral load, ia hanya boleh dibuat pada hari isnin hingga jumaat sahaja. Itu yang pernah diberitahu oleh staff di bahagian unit PPD.


Sebagai orang yang terikat dengan majikan dan kerja, aku telah membuat perancangan tarikh yang sesuai untuk aku memohon cuti bagi mengambil darah dan temujanji. Seboleh bolehnya salah satu dari keduanya sahaja yang melibatkan aku perlu memohon cuti dan yang satu lagi aku perlu pastikan tarikhnya pada hari cuti.


Ini bagi mengurangkan jumlah cuti yang kupohon bagi tujuan tersebut seterusnya melancarkan lagi urusanku di hospital.


6 comments:

  1. Hi..salam. Saya nk tanya... saya ada melakukan seks sejenis pada hujung januari lepas...saya telah banyak kali melakukan ujian HIV di klinik kerajaan dan klinik swasta. Last saya buat ujian HIV + Sifilis pada 24/11/2016 (10 bulan)di klinik kerajaan dan result kedua-duanya NEGATIF. Saya juga pernah mejalani ujian HEP A, HEP B Dan HEP C di klinik swasta dan semua NEGATIF. Pada 24/11 juga sy membuat ujian HEP A, HEP B dan HEP c dan result masih belum keluar. Pada pendapat Abg saya adakah windows period itu agak lama dikesan? terima kasih...masih risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah 10 bulan buat ujian selepas lakukan aktiviti berisiko dan dapatannya negatif..insya allah negatif lah tu. Dah konkrit result tu.

      Delete
  2. Terima kasih atas jawapan... hilang sikit kerisauan. Cuma risau tunggu result HEP A,B,C tu... moga baik2 sahaja. Sb sy risau, berat badan sy naik (mungkin sebab x diet) dan semasa sy buat full chek pada bulan Julai lepas, bacaan SGOT dan SGPT saya tinggi. Saya ada baca di internet jika bacaan itu tinggi ada masalah Hati. Dan petugas BPHealth nasihatkan sy minta vaksin Hep A sb dah kurang dalam badan (tapi masih Nonreaktif). Sy merata mencari klinik swasta untuk minta suntik Hep A sambil tunjukkan Result HEP A saya..tp mereka kata result tu x menunjukkan saya ada Hep A, dan x perlukan vaksin Hep A. Skrg sy tunggu result dr klinik kerajaan pulak... dan skrg sy rasa agak selesa sedikit berbanding dulu sering sakit bahagian bawah perut dan dada...Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah. Tak payah risau2 lagi sbb keputusan tu semua negatif.

      Delete
  3. salam azam.sy perlukan nasihat azam mengenai treatment. sbb sy belum jumpe doc dan sy pula terikat dgn majikan. tlong sy 😭😭😭 syurgamenanti2016@gmail.com .. wechat : wanrafar

    ReplyDelete
  4. Hai abg lama yak update status oh ya saya nie yg bertukar pendapat sampai 21 komen tu...emm untuk pengetahuan abg cd4 sya menurun bulan nie dari 800 lebih ker 598 ...emm sedih jugak tapi nak wat mcm mana sya dah cuba yg terbaik tapi masih jugak cd4 menurun mungkin terlalu penat bekerja ..harap2 cd4 sya meningkat semula lepas nie

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST