Thursday, 28 September 2017

Hormati prinsip dalam persahabatan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, aku sering bertemu dengan beberapa individu yang menunjukkan keikhlasan dalam persahabatan. Aku menjadi pendengar setia pada setiap luahan mereka. Pendekatannya yang agak ramah dan menyelitkan unsur empati menyebabkan mereka rasa dekat dan mudah meluahkan segala yang terbuku di hati mereka walaupun tidak pernah berjumpa. 


Setelah agak lama menjadi pendengar setia, akhirnya mereka memutuskan bahawa aku tidak ikhlas menjalinkan persahabatan dengan mereka. Aku dicop sebagai orang yang yang hanya berkawan untuk tujuan tertentu atau ada agenda tersembunyi bagi memenuhi kepentingan diriku.


Aku pun agak hairan, mengapa mereka menganggap aku begitu. Mungkin disebabkan mereka mahu aku menuruti kemahuan mereka yang bagiku melanggar prinsipku. Prinsip yang ada kaitan dengan privesi. Ya aku cuma ingin privesi. Itu bukan bermakna aku tidak ikhlas menjalin hubungan persahabatan dengan sesiapa sahaja dengan keenggananku untuk  memenuhi setiap kemahuan mereka.


Pada mulanya, persahabatan yang terjalin ini begitu mesra dan tidak kelihatan tanda tanda akan berlaku apa-apa perselisihan. Namun setelah berlaku insiden yang kusebutkan tadi, akhirnya persahabatan itu terus berkubur.


Tidak mengapalah. Bagi aku itu hak mereka untuk bercakap dan melabel tentang diriku. Biarkanlah mereka terus menilai aku.  Aku punya prinsip yang menuntut penerimaan dan penghormatan atas perkara yang menyentuh hal hal peribadi.


Jika sebuah persahabatan itu betul betul persahabatan yang tulus, ia pasti kekal bertahan. 

2 comments:

  1. ramai lagi sahabat di luar sana..jgn bersedih....saya pun baru lagi sebagai phiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabahkan hati ya. Cari jalan supaya diri hidup sihat dan gembira

      Delete

MY RECENTLY POST

" KECILKAN CIRCLE PERGAULAN, POSITIFKAN MINDA "

  Hidup sebagai seorang PLHIV (People Living with HIV) bukanlah sesuatu yang mudah. Selain cabaran kesihatan fizikal, individu yang hidup de...

MY POPULAR POST