Saturday 23 September 2017

Temujanji Disember 2017

Salam sejahtera. 


Apa khabar semua? 

Syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun kesibukan melanda namun masih diberikan peluang untuk menjenguk dan meninggalkan sedikit coretan untuk blog ini. 


Sesi temujanji yang akan datang ialah pada bulan Disember nanti.  Masih banyak masa untuk aku mempersiapkan diri terutama sekali berkaitan dengan tugas di tempat kerja. Kelegaan dapat kurasakan kerana tarikh temujanji kali ini kebetulan pada waktu cuti.  Oleh itu, aku tidak perlu risau tentang pelepasan daripada majikan. 


Adakalanya aku meluangkan masa membaca post post lama dalam blog ini. Aku jadi sayu apabila supporters yang pernah memberi kata kata semangat dan selalu memberikan respon sudah lama menyepi. Antaranya abg pie dan najmi. Mereka antara insan yang banyak memberi dorongan.


Kehidupan perlu diteruskan juga walaupun tanpa kehadiran mereka. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik keadaan ini.  

2 comments:

  1. Mana abg naj mi pergi? tertanya2 dlm hati lama x dengar khabar berita

    ReplyDelete
  2. Samalah.. Moga dia dalam keadaan sihat. Blog najmi masih boleh diakses.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST