Tuesday 3 September 2024

BERMULANYA LIKU-LIKU PLHIV( SILA AMBIL PENGAJARAN)

Kelmarin ada seorang pesakit lelaki bujang berusia lingkungan 20-an  datang ke klinik. Dia mengadu bengkak & sakit di bahagian kemaluan. 

Seperti rutin biasa, sebagai pengamal perubatan kami akan bertanya tentang sejarah kesihatan dan faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan kesakitan yang dialami. Saya rasa curiga bila pemuda ini beritahu kemaluannya bengkak disebabkan memakai seluar dalam yang ketat. Sekilas lalu, dalam fikiran saya sebab yang diberitahu pemuda ini tidak meyakinkan. 

Saya bertanya tentang high risk behavior seperti hubungan Sex bebas, MSM atau penyalahgunaan dadah. Semuanya dinafikan pemuda ini. Dalam Islam sebenarnya tidak dianjurkan berburuk sangka, tapi dalam profession perubatan memang perlu ada keraguan dalam merawat pesakit terutamanya golongan berisiko. Jadi, saya minta izin untuk jalankan ujian HIV kepadanya. 

Seperti dijangka, rapid test HIV positive. Saya panggil pemuda ini masuk ke bilik untuk lebih privasi. Saya terangkan kepada beliau hasil ujian tersebut dan cuba mendapatkan cerita lebih lanjut. 

Apa yang kami bualkan panjang, cuma saya ringkaskan point utama. Katanya, dia terlibat dengan MSM (Man Sex Man) pada tahun lepas ketika bekerja di KL. Ada cerita yang menyentuh jiwa saya di sebalik kisah pemuda ini terjerat dengan HIV. 

Saya tanya dia, awak memang minat lelaki sahaja ke? 

“Eh tak doktor. Saya minat perempuan. Sebenarnya kegiatan MSM ni disebabkan saya terpaksa.” 

“ Kenapa boleh jadi terpaksa pulak?” Tanya saya kehairanan. 

“ Sebenarnya Dr, dulu saya bekerja kilang dengan gaji sekitar RM1200 sebulan. Ibu saya ada berhutang dengan Ah Long dan dia ugut nak apa-apakan mak saya jika tak bayar. Adik beradik lain semua tak nak ambil kisah. Jadi saya terpaksa bayar RM500 seminggu kepada mereka. Duit gaji saya memang tak cukup dr. Satu hari, ada kawan saya tanya. Nak tak buat duit. Kerja senang je. Saya tak fikir apa dah, dalam kepala saya nak cari duit nak bayar hutang mak saya je.” Nampak sedikit berkolam di birai matanya.

Saya setia mendengar. 

“ Selepas itu, baru kawan saya ajar dan beritahu pekerjaan ini. Kadang saya jadi atas. Kadang2 saya jadi bawah. Ikut kehendak pelanggan.” 

Terkedu kejap saya bila dengar. 

“ Boleh saya tahu, biasanya siapa pelanggan awak?” Tanya saya mahukan kepastian. 

“Macam-macam dr. Ada Dato-Dato, ada Pilot, ada krew kapal.. Ada orang biasa.. Kalau Dato sedap sikit, dia bawa ke Genting.. Sekali naik boleh la 2-3 ribu Dr.” Nampak beria dia cerita sambil tersengih-sengih. 

“Ramai ke orang dekat KL macam awak?” Tanya saya lagi. 

“Ramai sangat Dr. Tapi sekarang saya dah tak buat dr. Saya balik kampung nak bina hidup baru.” 

“Alhamdulillah, suka saya dengar. Boleh saya nak bagi satu nasihat kepada awak?” 

“Boleh dr, bereh jah.” 

“Allah itu Maha Penyayang & Maha Pengampun dik. Walau apa sekalipun dosa awak buat, tolong jangan berhenti solat. Solat adalah bukti kita Beriman kepada Allah.  Solatlah dik walaupun banyak dosa awak buat. Dan, akhirnya bertaubatlah kepada Allah dengan perbuatan2 lalu awak. “ 

“Baik Dr. Saya cuba buat nasihat Dr. Sekarang pun saya dah start tak tinggal solat. Terima kasih Dr.” 

Perbualan selepas itu berkaitan perancangan rawatan dan ujian selanjutnya. 

Kesimpulannya, budaya songsang ini kian membarah dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa & agama. 

Menurut statistik terbaru, peningkatan mendadak kes HIV harini bukan lagi disebabkan berkongsi jarum oleh penagih, tapi disebabkan MSM. Gerun melihat kepada angka. Tapi itulah beban dan realiti. 

Jagalah keluarga dan keturunan kita, mohonlah doa sungguh-sungguh supaya tiada yang terjerumus dengan perbuatan terlaknat ini.

Saya tahu, ada di kalangan rakan saya sendiri yang mengamalkan MSM ini. Jika korang baca ni, tolongla segera bertaubat dan berhenti. Aku sentiasa doakan korang.

No comments:

Post a Comment

MY RECENTLY POST

TIPS semasa dalam Rawatan HAART

Berikut adalah 10 tips untuk PLHIV (People Living with HIV) yang sedang dalam rawatan HAART (Highly Active Antiretroviral Therapy) untuk mem...

MY POPULAR POST