Monday 25 June 2012

Isnin hari yang membosankan

Isnin...antara hari2 yang dianggap membosankan. Kenapa plak membosankan? setelah dua hari dalam keadaan relaks dan bebas dari beban tugas akhirnya Isnin menyaksikan AA perlu balik semula meniti hari2 yang penuh dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab.

Nak hidup la katakan mesti la bekerja kalau tak macam mana nak cari makan. hu hu hu jawapan yang paling simple dan padat. Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab AA sesama manusia. Khidmat bakti yang mampu menjadi aset penting sebelum diri melangkah pergi selama2nya. Sebaik2 manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Mungkin AA perlu banyak mendengar ceramah2 motivasi ka atau baca buku2 tentang cara nak urus masa dengan lebih produktif ka agar perasaan kurang semangat tidak dialami. Sebaik2nya mengurus emosi diri dengan lebih bijak. Itu dikira satu seni kehidupan jugak. hu hu hu

Sebagai manusia biasa sudah jadi kebiasaan bagi AA mengalami keadaan down sedikit menjelang hari Isnin lebih2 lagi jika AA ada appoinment dengan doktor yang kebetulan jatuh pada hari Isnin juga. AA tidaklah rasa bimbang sebab surat MC doktor bagi juga cuma yang tak bestnya tu memandu dalam jarak yang terlalu jauh. AA sampai rumah dalam pukul 9mlm. Esoknya nak kena keja lagi Ya allah.. Letih memang tak terkata.

Lagi AA tak berapa suka kalau tarikh appoinment itu jatuh pada hari selasa. Namun atas budi bicara staf id clinik, mereka memahami keadaan AA. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana bertolak ansur kepada patient. paling best tu, staf akan tanya, encik mau cuti berapa hari. hu hu hu..kalau ikutkan hati, AA mau cuti lama2.


opsss...korang jangan salah faham ye. Walaupun AA ni PLHIV, AA bukan jenis berat tulang ye sampai nak minta MC lebih2 plak. kang ada yang baca entry ni tak pasal2 tanya itu dan ini plak. soalan2 maut la katakan..seperti kata AHP, kekadang soalan2 merimaskan ini datang dari insan2 yang terpelajar. Tahu tapi berpura2 tak tahu. hu hu hu..

Erm kalau nak cakap pasal karakter orang ni sampai bila2 ndak abis. Baik cite mende lain. Bayangkanlah, AA mula appoinment dgn doktor seawal jam 8:30 pagi. Kalau takda apa2 masalah paling awal pun selesai jam 9:30. Nak kena tunggu giliran lagi bukannya sekejap. Sabar jak la.

Buat itu dan ini dalam pukul 10 AA mula bergerak ke destinasi. Memang begitulah cabaran AA tiap kali menghadapi temu janji. Sukar nak digambarkan dengan kata2 betapa penatnya AA. Esoknya AA nak kena bertugas plak.

Siapakah di luar sana yang nak sama2 memahami situasi ini? Tak lain tak bukan hanya AA sendiri la yang tahu betapa getirnya keadaan ini. Alhamdulillah berbekalkan kekuatan yang terpancar dari lubuk hati ini, AA masih mampu hadapi semua cabaran walaupun pada mulanya AA pernah juga terfikir, laratkah aku memandu jauh ni..ntah2.... erm, malas nak fikir segala mende2 negatif ni. 

Setidak2nya AA, kau masih lagi mampu. Kau masih lagi kuat. Dah berapa kali sesi appoinment, memandu kalau dikira jaraknya mungkin beberapa kali ulang alik Perlis Johor ( kalau kat semenanjung ).Jarak Dari kediaman AA ke sana dalam 550km. Macaam tak percaya AA. Itulah keajaiban dariNYA.



11 comments:

  1. Salam kenal. AA memang kuat...Akak tahu AA boleh bertahan. Allah akak permudahkan segalanya untuk AA. Keep up updating your latest news. I am proud to know & be friend to AA...Sgt2 bangga. Salam to u from my whole family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm akak... alhamdulillah, kekuatan itu terpancar sendiri walaupun pada mulanya hati berkata semacam tiada keyakinan untuk menghadapi semua itu. namun, allah maha pengasih dan penyayang.

      Delete
  2. Lupa nak kata, kami semua ni lagi teruk dari AA, kl Monday mesti Monday Blues...AA much more better than us. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah akak, nak hidup kenala keja. itu namanya jihad

      Delete
    2. Betul AA, rest cukup2 hari ini AA mesti penat. Get gud rest & gud nite.

      Delete
    3. Salam. Hari ini akak teringat kat AA. AA, mesti jaga diri baik2 nanti ada rezeki kalau akak ke tempat AA kita boleh jumpa. CD4 pun tak update blog. Take care

      Delete
    4. insya allah akak... moga allah sentiasa merahmati akak sekeluarga

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST