Tuesday 31 July 2012

Sakit dah reda

Hari ni AA dah mula rasa lega sebab sakit2 yang AA alami masa tarik nafas tu dah beransur hilang. Ntahlah sakit apa agaknya tu. AA pun tak dapat kepastian memandangkan tarikh temujanji AA jumpa doktor pada 16hb ni kebetulan dekat2 nak raya tuuu.

Ikutkan hati AA nak ambil cuti utk buat pemeriksaan. dah pasang tekad utk bertolak ke hospital minggu ni. Hospital yg jaraknya hampir 600km tu bukannya dekat.AA tetap kuatkan semangat dan percaya bahawa AA masih mampu memandu di bulan2 puasa ni. itulah harga yang AA perlu bayar atas keputusan AA utk mendapatkan rawatan di tempat yang AA pilih sendiri. klu di hospital yang berdekatan, ramai plak yang kenal. silap2 mulut2 yg takda insuran ni menjaja cerita ke sana sini. dimatbah lagi dengan sikap prejudis yang masih menebal di kalangan sesapa je yg berkaitan membuatkan AA membuat pilihan yang penuh dengan risiko. Hanya Allah tempat AA memohon pertolongan....


 berbalik dengan sakit2 dada tu,tetiba je sakit tu dah mcm berkurang. Mungkin berkat bulan ramadhan kot. AA doakan moga tahap kesihataan AA sentiasa stabil. AA akan sentiasa ingat segala pesanan yang diberi oleh rakan2 positive worrior dan pembaca setia blog AA seperti AHP, Najmi, Kak Wardah dan lain2. Hanya Allah saja yang mampu membalas keikhlasan kalian terhadap AA. apa2pun AA akan tetap bgtau doktor apa yang telah alami sebelum temujanji.
 



1 comment:

  1. Alhamdulillah, lapang dada bila baca ni. Kalau keputusan travel sejauh 600km tu berbaloi, teruskan. Memang ada manusia tak bangga dedahkan aib orang, tak faham betul org2 mcm ni. AA jgn bukak mulut ttg status AA, teruskan rawatan & be positif. Kami akan sentiasa doakan AA.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST