Kelmarin, aku telah mendapat laporan mengenai CD4 terkini daripada doktor. Ternyata apa yang aku jangka jadi kenyataan. CD4 aku jatuh ke paras 317 daripada 464. Doktor bertanya padaku
" Sudah sedia untuk makan ubat?"
Tanpa berfikir panjang aku hanya mengiyakan sahaja sebab aku tahu itu
adalah jalan yang terbaik daripada membiarkan diriku berada dalam
keadaan yang lebih teruk lagi. Akhirnya, doktor memberitahuku dua jenis
ubat yang akan diberikan kepadaku iaitu Stocrin dan Tenvir EM:
Kuantiti kedua2 ubat ini hanya cukup sekadar dua minggu sahaja memandangkan dua minggu akan datang aku perlu datang ke hospital untuk memastikan kedua2 ubat ini sesuai atau tidak dengan tubuh badanku.
Ada juga di kalangan rakan2 yang mengambil kedua2 jenis ubat ini mengalami keadaan kesan sampingan yang teruk. Ada juga yang tidak mengalami apa2 kesan. Setiap orang tidak sama. Aku berharap kombinasi kedua2 ubat ini sesuai buat diriku.
Buat permulaan aku hanya rasa pening2 dan pandanganku mula rasa seperti terhuyung-hayang. kesan tu mula aku rasai selepas sejam lebih aku menelan ubat2 tersebut. Masa yang sama aku juga alami perasaan loya.
Moga2 kesan sampingan ubat ini hanya setakat itu sahaja dan ia tidaklah seteruk manapun. ketika menaip entry ini, aku masih dapat rasakan kesan yang aku sebutkan tadi tapi dah kurang berbanding semalam tu. Rasanya aku masih lagi mampu mengawal stereng kereta apabila nak pergi ke tempat kerja sekejap lagi.
Alhamdulillah ini yang terbaik buat AA dari membiarkan CD4 terus menjunam jatuh...
ReplyDeleteUbatan AA sama seperti jenis ubatan yang saya telan cuma AA tak beritahu adakah AA menelan setiap 12 jam sekali atau 24 jam sekali seperti yang saya telan...
Untuk pengetahuan AA ada seorang rakan saya juga menelan ubatan yang sama dan dia juga telan 24 jam sekali dan sekarang tubuhnya sudah sesuai dg ubatan tersebut.
Dan ada seorang kawan yang beritahu ia pernah telan ubatan jenis ini tetapi badannya tak boleh menerima dg baik kesan ubatan ini dan terpaksa doktor menukar kepada ubatan jenis lain.
Ya lain orang lain tahap kesan yang mereka terima.
Saya cuma nak tahu adakah cara kita sama?
Insyaallah kesan tersebut tidak lama, jika AA menelan waktu malam adalah terbaik kerana kesan terhoyung hayang tu tak beberapa dirasai kerana AA tidur.
Buat permulaan AA akan rasa kesan tersebut ketika bangun tidur diwaktu pagi. Sama seperti org lain AA pasti dapat mengatasi segala masaalah kesan tersebut.
Kenapa tidak AA ambil cuti untuk beberapa hari? Ahhh itu cadangan saya sahaja, ya risau apabila mula2 AA menelan kesan tu maybe kuat. Kalau bercuti AA dapat rest dan menyesuaikan diri dg kesan tersebut walaupun hanya beberapa hari.
Mudah2an tubuh AA dapat menerima ubatan ini dg baik dan sempurna. Kalau terasa kesan semasa memandu... berhenti ditepi jalan ya jangan paksa diri... :) Insyaallah semuanya akan okey....Saya nak tahu perkembangan selanjutnya nanti... :)
Najmi, sy ambik kedua2 ubat tu sekali je dlm sehari, sy amik pukul 10 mlm.... skang tgh menyesuaikan diri dan moga2 ia serasi dgn sy..
Deleteapa juga jenis ubat utk penyakit kronik akn alami mcm2 kesan sampingan pada peringkt permulaan. kesan tersebut dijangka semakin berkurangan menjelang 2 minggu. kesan sampingn seperti ini tidak merisaukan kerana akan hilang sendiri.
ReplyDeleteyang merisaukan apabila kesan sampingan seperti timbul ruam, ulcer dsbnya. ianya memerlukan kita menukar kombinasi rawatan.
terpaksa tunggu 2 minggu lain pula lagi.
apa2 hal jgn risau la zam. biasa je, kitakan grup asas positive warriors.sokongan dan doa kumpulan positive warriors sekeluarga sgt2 kuat
terima kasih abg pie..... azam akan sentiasa kumpul kekuatan agar dapat hadapi semua ujian ni dgn baik
DeleteHarap tabah En AA utk terus kuat, berusaha dan bertawakal kpd DIA
ReplyDeleteKita sama PLHIV , aku dapat tahu 6tahun lepas masa aku sesuka je nak check darah lepas graduate dari UTM , lepas dpt result positif aku terdiam, sebabnya kali terakhir aku test masa tahun 2004 time tu aku baru nak uruskan kemasukkan aku ke UTM , result was negative..
then aku proceed ke HKL tahun 2005 utk konpermkan , NYATA.. after I had been undergo all the blood tested . and its POSITIVE .. aku buat dkt 3 tmpt , swasta pathlab Kelana Jaya ..PPUM..and HKL
time tu aku rasa staff HKL..”ooh shit”.. dan doctor melayu PPUM tu sgt tidak friendly , aku down giler.. maybe tu la punca aku trus hilang selama 5 tahun.
Aku 27tahun ni..Sihat..handsome la jugek orgnye ( ye ke ?? ) masih sihat .. jarang sakit dan harap2 begitu la pada masa akan datang...x pasti la mane aku dpt kuasa ajaib ni..sebab ikutkan aku mmg x aktif sgt sex bebas ni.pakai kondom mmg pakai dan sememangnye x ingat bila masa TERMISSED?? .x pasti la dekat mana salah aku smpi terjadi mcm ni..so bagi aku..yang lepas is lepas, x der masa dah aku nak merenung bende yang dah jadi..its time for me to work hard and hadiahkan sebanyak mana harta kpd family2 aku…( konon la inspirasi utk trus bernafas sehingga sekrang ni)..nasib x menyebelahi aku mungkin..hahhaa
Ye la sometimes down gak bila terpikir..tu la dah 6 tahun aku kejar dunia supaya aku x terpikir status aku yg agak istimewa ni..penat la jugak 2 org cousin aku pujuk supaya aku buat rawatan sebelum terlambat.. Sehinggalah kelmarin aku aku ke HKL utk ulangi semula peristiwa yang aku jalani 6 tahun lepas.
.ramai sgt org..kali ni staff HKL agak OPEN sikit minded, tp sayang x sempat nak buat saringan ke 2 utk doc bebetul sahkan yang aku PLHIV atas hitam putih, so staff bilik 31 ( abang tu sgt sporting) dia cadangkan aku datang balik hari ni or khamis ( jumaat check darah x boleh buat).. or selasa depan…sebab aku dah terangkan cerita 5tahun lepas kes aku di tmpt yg sama bilik yang sama Cuma org je lain dah.. terkejut abg tu..dia tnye apsal menghilang..aku mampu senyum jer..abg tu kate nanti dia try cari balik rekod aku yg dah berkurun tu.hehehe
Esok dah lambat nak ke HKL..cuti x approve, so mungkin selasa depan kot. aku akan pergi ke HKL semula trus jumpa abg bilik 31 tu tuk saringan kedua.. nak buat rawatan sebelum terlawat
makasih kepada blog En Naj and APH gak….banyaka fakta yang abg abg tu buat boleh bukak minda aku trus Kuatkan diri ke HKL dan seterusnya utk mendapatkan rawatan sebelum aku jadi OMG..malas nak pikir..!
salam abg abang..lama gak cek usha blog korang.dah hampir sebulan , hari hari kot..tqtqtq..
jangan pernah jemu utk meneroka maklumat dan jgn pernah enggan utk mendapatkan rawatan...
Delete