Wednesday 15 August 2012

Serba sedikit tentang sesi ambil darah 13.08.2012

Hari ini antara hari2 10 terakhir bulan ramadhan. keadaan cuaca masih lagi agak panas dan sesekali hujan turun walaupun tidak lebat. Hari ni juga hari terakhir AA bekerja dan selepas ni akan bercuti seminggu lebih. Kesempatan ini AA nak gunakan utk merehatkan diri setelah penat bekerja.

AA rasa agak teruja bi;a membaca blog rakan2 positive worrior yang lebih banyak memeparkan maklumat2 dan fakta yang berguna mengenai isu HIV/AIDS. Blog AA plak hanya sekadar berbentuk luahan hati dan hanya ada beberapa entry sahaja yang memuatkan info berbentuk fakta. 

Setiap orang sudah pasti mempunyai pendekatan yang berbeza. Bagi AA, AA lebih pada mengikut gerak hati AA sendiri untuk mengolah sebarang idea yang AA nak paparkan dalam blog ini. Yang pasti, AA lebih suka pada sesuatu yang santai dan tidak rumit seakan2 AA ingin melarikan diri seketika dari beban tugas di tempat kerja.

Sesi ambil darah Isnin baru2 ni berjalan dengan baik dan lancar. AA datang awal ke hospital agar dapat balik awal ke destinasi yang AA tujui sejauh 600km. MA yang ambil darah rupanya2 tidak tahu AA dapat ke hospital tu memandu kenderaan sendiri dan bukannya menaiki bas seperti yang disangkakan.

Pertama kali AA ambil X-ray semenjak didiagnose sebagai PLHIV.  Rasa gementar ada juga mujur staf kat bahagian x-ray tu faham. Seterusnya temujanji AA ialah pada 11.09.2012 utk dapatkan cd4 yang terkini. Tamat saja sesi ambil darah, AA memulakan perjalanan pukul 9:30 pagi dan sampai ke destinasi pukul 6:23ptg, tepat dengan masa berbuka puasa bersama keluarga..alhamdulillah

4 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat pergi dan sudah pun selamat balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah.... perjalanan pun lancar...memandu pun dlm lingkungan 80-100km/j... sblm ni pernah lebih 100km/j tp bila nampak kemalangan ngeri terutama kat area kundasang tu, pernah ada keta jatuh asuk gaung, jd rasa phobia nak bawa keta laju2

      Delete
  2. Ya lah... tapi sampai bila nak kena drive macam tu setiap kali nak ambil darah dan jumpa doktor. Akan sampai satu hari nanti AA terpaksa fikirkan sesuatu yang lebih mudah daripada apa yang ditempuh sekarnag ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... takda cara lain transfer tpt keja...tp susah nak dpt la.. kecuali klu sy gunakan masalah kesihatan ni sbg sokongan tp tak kan nak dedahkan diri dengan risiko status ni akan diketahui pihak2 yg tak btgjwb kan... silap2 sampai ke pengetahuan CNN...tak leh nak jwb la klu dah mcm tu..

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST