Hujan lebat di pagi hari menyedarkan AA daripada terus dibuai lena. Sekali lagi AA mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari ini AA masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan seperti insan2 lain di muka bumi ini. Yang pasti Allah masih menyayangiku.
Rutin di awal pagi seperti biasa kulakukan seperti hari2 sebelumnya. Jika kelmarin AA tiba2 sahaja berasa tidak sedap badan dan rasa pening kepala akibat hujan panas. AA tidak sempat mengambil payung yang tersimpan di dalam kereta. Akibatnya AA terpaksa meredah hujan panas. Pernah beberapa kali AA terkena hujan panas seperti itu dan Syukurlah AA tidak menerima kesan sampingan seperti demam. Beza dengan kelmarin akhirnya AA terpaksa mendiamkan diri kerana AA rasa tidak selesa.
Kalau ikutkan hati mahu saja AA baring depan kawan2 kat pejabat tu tapi AA tahan saja. Balik saja ke rumah AA terus merebahkan diri hingga AA tak sedar AA hampir terlupa menghantar my love ke sekolah petang. Mujur panggilan telefon daripada seseorang menyedarkan AA daripada lena yang mengasyikkan.
Terima kasih AA ucapkan kepada semua rakan positive worrior yang telah menjadi tulang belakang AA untuk menjadi lebih positif meneruskan kehidupan sebagai PLHIV. Sekalipun AA jauh di negeri ini, namun AA sentiasa merasakan AA dekat dengan mereka walaupun pertemuan dengan mereka hanya sekali sahaja. Setakat ini, kenalan senasib dengan AA di sini hanya seorang sahaja itupun amat sukar untuk menemuinya. Terbaru ada seorang lagi yang hanya mengutuskan khabar melalui email. AA masih belum mengenalinya tetapi dari gaya penulisannya AA nampak dia tu ikhlas untuk berkawan dengan AA.
Bukan mudah seseorang itu mengakui dirinya adalah PLHIV. AA faham kenapa segelintir rakan senasib agak keberatan untuk bertemu dengan AA. Namun apa yang ingin AA jelaskan di sini ialah, AA ikhlas untuk bersahabat dengan kalian. Kadang2 AA yang rasa bimbang jika status AA diketahui oleh orang lain. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat AA dan kita semua.
AA ni syahdu,jiwang orngnyer...dlm hati ade taman...itu pandangan saya la...
ReplyDeleteAnd all ur entries here seems like sad,frustated story jer...cheer up la AA..
Kadang sbb slalu memikirkan jadi begitu begini buat awak lagi tak sihat both physical n spiritual...
Step forward la AA, if ur new friend ikhlas nak kawan go on,he/she shud have no prob samaade dia tau or tidak keadaan kesihatan AA, who knows it might turn out to be a good buddy to u...jgn sedey sorang2
Just my 2 cents...
TQVM
DeleteTak pa demam panas tu sakit biasa aje... lebihnya terus jaga kesihatan sebaik mampu. Kalau AA yakin elok juga terus atau buat kawan seeloknya dg insan senasib lah. Kalau yang non-PLHIV ni tak ramai yang akan faham dg diri kita kan, so jika ada kwn PLHIV yang tinggal sekitar tempat AA nak berkenalan apa salahnya kan, sekurang2nya AA dapat berkongsi masaalah dg orang yang hampir dengan kita. Mudah2an AA dpt kawan baik budi pekertinya dan saling bantu membantu insyaallah hidup kita akan rasa lebih mudah nanti.... :)
ReplyDeleteSalam, naj mi salah tu, mereka yg non plhivpun boleh kawan, asalkan boleh dipercayai. Cuba naj mi baca blog akak ramai sokong all of u, jgn takut bersahabat dgn kami.
DeleteNaj Mi ; terima kasih krna bnyk memberi nasihat dan motivasi kpd AA. sejak blog ini mulai aktif semula, AA tengok Naj mi la yang berjaya memahami diri AA dengan lebih empati. Moga Allah membalasnya dengan kebaikan.
ReplyDelete