Sudah lama AA tidak memberikan entry terbaru dalam blog ini. bukanlah bermaksud AA terus melupakan segala hal ehwal rakan2 komuniti dan yang berkaitan dengan isu2 PLHIV. AA sering dihambat kesibukan dalam kerjaya dan urusan keluarga sehingga menyebabkan AA tidak sempat untuk menjenguk blog ini sekerap yang AA lakukan sebelum ini.
AA akan terus menerus mengalami kesibukan sehingga penghujung tahun ini apatah lagi AA sedang dalam proses untuk memulakan penghidupan baru di tempat baru. AA sedang dalam proses untuk membuat permohonan untuk berpindah tempat kerja ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat AA mendapatkan rawatan. Prosedurnya bukanlah mudah kerana kebiasaannya agak sukar untuk dipertimbangkan melainkan bagi kes2 tertentu. AA hanya mampu mencuba dan selebihnya terserah pada nasib.
Walaupun pada mulanya hati ini begitu berat untuk meninggalkan kampung halaman, namun atas sebab untuk AA hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga maka AA kuatkan semangat dan cuba meyakinkan diri bahawa ia adalah jalan yang terbaik. AA sedar bahawa AA hanya sebatang kara apabila berada di tempat baru. Pelbagai kemungkinan akan berlaku lebih2 lagi apabila AA mengalami saat2 kesukaran akibat keadaan sebagai seorang PLHIV. Tiada siapa yang akan membantu AA melainkan diri AA sendiri. Namun AA tetap kuatkan semangat dan berdoa kepada Ilahi agar penghidupan AA sentiasa dipermudahkan.
Disebabkan kesibukan juga mungkin AA cuma ada masa terhad berhubung dengan rakan2 positive worrior. Nombor HP AA telah ditamatkan perkhidmatannya atas sebab2 tertentu. Jadi buat masa ni hanya blog saja yang jadi tali penghubung dengan rakan2 tercinta. Berkemungkinan AA tidak dapat menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh rakan2 positive worrior pada tahun ini. apapun kita cuma merancang tapi ada yang lebih berkuasa untuk menentukan secara mutlak.
Salam rindu buat rakan2 semua.
AA kenape?moral down?sy sent emel pon no reply at all...
ReplyDeletesaya doakan AA dpt pindah tmpt yg dkt dgn hosptl tu...
jgn pikir sebtang kara...
saya dulu pon terkontang kanting sorang2 dtg sabah...
tabahkan hati,jgn sedih sgt,jgn byk pikir sgt..
terima kasih tchr shda.
DeleteAA jarang buka email mcm dulu. hanya blog saja tpt AA berhubung dgn rakan2 positive worrior dan mengetahui isu2 terkini.
apapun maaf sbb tak dpt reply email. kita tetap dpt berhubung melalui blog ini
Mudah-mudahan AA menjadi lebih bersemangat ditempat baru nanti, usah risau ramai lagi remaja diluar sana yang berjauhan dengan keluarga juga, AA bekerja pun masih dalam negeri yang sama kan. Hujung minggu boleh pulang menjenguk mak pak nanti. Berdikari akan membuat AA lebih mengerti erti kehidupan sebenar. Kena bijak menjalani kehidupan bila dah berjauhan dg famili tu ya... :)
ReplyDeleteterima kasih Naj Mi.
Deletehidup bersendirian di rantau orang adalah cabaran yang amat getir bagi demi mcm saya. demi menjaga maruah keluarga, AA rasa ia adalah jalan yang terbaik selagi di fikiran manusia masih ada lagi terselit perasaan stigma, judgemantal dan prejudis terhadap PLHIV.
Sabar yer AA.... apa pun tindakan yang AA ambil jgn mudah patah smangat. Kadangkala kita terpaksa korbankan diri demi kebaikan bersama. Sebagai ingat untuk saya dan juga semua..... menghindar atau menjauhkan diri dari sesuatu masalah kadangkala bukan jalan penyelesaian.... berhadapan dgn masalah melalui kebaranian juga kadangkala bukan jalan keluarnya, apa pun lalui seadanya apa pun yg tertulis... keputusan yang diambil adalah atas kewarasan fikiran sendiri.... itulah yg terbaik.... semoga AA terus tabah.
ReplyDeleteterima kasih WS.
Deletesentuhan idea WS menyentuh hati sy. terima kasih atas keikhlasan memberikan post dlm entri ini. sy amat hargai.
mungkin ini yang terbaik,, go go azam... good luck
ReplyDeletethanks AO
Deletebekalan utk sahabat:
ReplyDelete"“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah at-Taubah ayat 129
terima kasih AHP
DeleteSalam, AA.
ReplyDeleteharap semuanya baik2 ya. Insyaallah. Sy ada p bandar T 2 weeks ago. try called but no answer.... now, tau sudah :)
btw,hav a gud day everyday!!!
p/s: ada msa, jom p jln2 kt bandar T :) yela, mane tau AA dpt pindah nati. Insyaallah
Asrina-LD
insya allah bole.. AA akan call awk klu kebetulan AA otw ke hosp n berada di area LD no hp tu dah tak pakai lagi. setakat ni hnya blog ini n blog ahp tpt AA bersantai bersama rakan positive worrior
Delete