Friday, 27 April 2012

Pagi Jumaat yang berkat;sekadar coretan hati

AA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Jika tanpa belas ihsanNya belum tentu AA berkesempatan menghirup udara segar di kampung halaman. Terasa hayat ini makin lama makin menghampiri titik penghujungnya. Memang tidak dinafikan setiap hembusan nafas itu semakin mendekatkan diri kepada kematian cuma tidak pasti tinggal berapa kali jumlah hembusan nafas, denyutan jantung, langkah kaki sebelum diri menghadap yang maha esa.

Itulah realiti kehidupan. Tidak ada yang kekal lama. Kehidupan bagai sebuah fatamorgana yang nampak seolah2 air yang mampu menghilangkan dahaga seorang pengembara di padang pasir namun hakikatnya ia adalah bayang2 cahaya matahari yang menipu.

Namun tidak semua kehidupan itu membawa natijah yang tidak baik khususnya terhadap diri AA sebagai seorang PLHIV. Semenjak mengetahui diri adalah seorang PLHIV banyak dugaan yang telah AA harungi. Antara dugaan yang paling hebat ialah berdepan dengan diri AA sendiri yang tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam hal ehwal PLHIV ini. Semua dugaan itu menjadikan diri AA semakin kuat dan matang menghadapi permasalahan berkaitan PLHIV ini.

Benarlah sabda Nabi, jika inginkan dunia hendaklah dengan adanya ilmu, jika inginkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan jika inginkan kedua2nya hendaklah dengan ilmu. AA amat bersyukur kerana dipermudahkan usaha AA untuk belajar sendiri tentang selok belok penyakit yang dianggap berbahaya ini. Ternyata penyakit ini tidaklah seteruk seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang jika mengambil langkah rawatan awal. selebihnya diri sendiri perlu kuat dan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. 

Yang penting banyakan berdoa ke hadrat ilahi kerana hanya doalah satu2nya senjata yang dibekalkan kepada AA sebagai hambaNYA. Paling kurang pun doa yang memohon kebaikan didunia dan diakhirat. itulah doa yang selalu AA pinta tatkala hati dirundung duka. kena beringat selalu di mana jua berada walau apa jua keadaan, gembira duka dsb doa tetap dipanjatkan kpdNya.

 

2 comments:

  1. insyaAllah sabahat2 kita sentiasa bersama memberi sokongan dan berkongsi ilmu zam...

    ReplyDelete
  2. :-) rasa sangat seronok bila ada rakan2 yg turut sama mengharungi ujian ini bersama2.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST