Rakan AzamAli.com.my

Tuesday, 10 April 2012

Katakan "tidak" pada si "busybody"

AA terfikir nak buat entry ini lantaran kekusutan fikiran yang AA hadapi. Sebelum ini AA berhati2 dalam pergaulan agar apa yang AA cakap tidak menyebabkan orang lain tersinggung. AA juga tidak suka menyentuh hal2 peribadi kecuali kalau diperlukan untuk berkongsi luahan hati ke hati.

Baru2 ini di tempat kerja AA seperti biasa dengan rutin harian. Waktu itu, tiba2 datang la pula dua orang hamba allah ni yang tidak semena2 cakap tentang hal jodoh. Ketika itu nama AA disebut2 dan dicanang2 depan kawan2. Entah ke apa jadahnya mereka2 itu bertindak seperti itu.

AA mula hilang sabar tatkala mereka seolah2 bertindak lebih sudu dari kuah. Seolah2 menjadi satu kemestian untuk mereka campur tangan dalam hal peribadi AA khasnya dalam hal jodoh.kalau sekali dua tak apa la ini tidak boleh dikatakan setiap hari. Tak cukup dengan itu, semua orang yang ada di situ dibabitkan dan nama AA dijadikan bahan topik perbincangan. Rimas AA dibuatnya.

kadang2 AA hairan dorang ni seolah dibayar gaji untuk menjaga tepi kain orang. dah la kerja cuma pandai mengarah2 tp bila dorang yang buat keja itu HAMPEH. Bila ada lawatan, masing2 dah jadi bangau oh bangau. tak gentelman langsung. entah di mana kelancangan mulut mereka, kebijaksanaan mereka menangkis setiap persoalan daripada pihak atasan?lenyap tanpa dpt dikesan.tp kalau menjaja cerita orang, idea mencurah2. kalau buat novel boleh penuh perpustakaan tun sri lanang tu dek novel2 mereka.

cukuplah AA dengan kehidupan yang ada sekarang. Ad bersyukur. malah AA takut orang2 yang cakapkan AA tu dah la status mereka adalah suami dan isteri orang, adakah mereka itu telah menunaikan hak dan tanggungjawab yang sepatutnya?bg AA lebih bagus kalau dorang tumpu pada kerja dan fmly masing2 daripada menjaga hal peribadi orang lain yang takda kaitan langsung dengan dorang.

Hari kiamat nanti, dorang tak kan dipersoalkan ttg hal orang yg dorang jaga siang dan malam. yang dipersoalkan adalah amalan yang mereka buat. AA rasa tak selesa langsung bila berdepan dengan orang2 yang suka menjaja cerita ni.


9 comments:

  1. samalah ao pun tapi ini sebahagian dr realiti kehidupan yang harus kita tempuhi.. semoga tabah selalu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. realiti yang perlu ditempuhi dengan bijaksana.

      Delete
  2. eloklah azam luahkan perasaan di sini daripada pendam sorang2. inipun terapi juga.
    sabar dan tabah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya AHP. itulah niat azam. terima kasih

      Delete
  3. Tempat kerja kalau tak da gossip mengossip memang tak sah. Seeloknya AA jangan layan nanti AA akan fikir yang bukan2 dan stress pulak nanti. Benda macam ni kat mana2 pun ada jangan cakap kat ofis aje kat sekolah pun boleh berlakukan. SABAR ya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Naj Mi. apa2pun pengalaman ni pahit bg AA.

      Delete
  4. Ingatkan orang perempuan jer yang selalu terasa hati bile ditanye bile nak kawin,rupenyer ader juga orang laki yang terasa...
    Lumrah la tu,kalau lambat kawin pon orang lain akan sibok tanyer,ble da kawin pula akan ditanya bila nak dapat anak...
    Sabar je la yer...orang laki kawin lambat takpe...kalau perempuan umur 30 tak kawin sure kena sindir2 dah...

    -tchr-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kata hati AA. tak tipu. wlu apapun semua ada rahsia yg haya diketahuiNYA

      Delete
  5. tabahkan hati je lah, sy pun hadap bende yg same, nak hari-hari sy ditanye oleh sorang abg bz body ni, bila nak kawen la, bla bla bla... hati sakit, Tuhan je yg tahu, bukan dia tahu masalah kite ni.. dia bz body hal sy sbb sy sorg je blom kawen, dia sendiri bercerai.. sy sikit pun tak pernah nak jaga sibuk hal orang lah.. kite manusia, bukan Tuhan.. nak tak nak , kene jugak hadap, sebab carik rezeki kn, ni dugaan utk sy. kadang rasa mcm nak berhenti kerja pun ada, sebabkan abg bz body ni... mulutnya,suka mengutuk belakang.. hadoiii

    ReplyDelete