Thursday 28 June 2012

Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Pembawa HIV dan pesakit AIDS

Terlebih dahulu, AA nak ucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada blog AHP yang sebelum ini pernah memuatkan tajuk entri ini. Di kesempatan ini AA ingin mengimbas kembali maklumat berkaitan panduan pengurusan jenazah bagi pembawa HIV dan pesakit AIDS dalam blog AA pula.

Kematian suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah sampai masanya, seseorang tak kira pangkat, tua, muda, miskin dan kaya semua akan mengalami mati. Pelbagai cara kematian telah diatur olehNYA.

Mesti ada yang terfikir kenapa AA tiba2 plak menyebut perkataan mati? Adakah AA ni dah putus asa untuk meneruskan kehidupan lantaran dirinya sudah menjadi golongan PLHIV? Jawapannya tidak. Tujuan AA sekadar untuk mengingati saat2 kematian agar diri AA sentiasa beringat dan mengambil pengajaran. 

Semenjak AA menjadi PLHIV antara perkara yang menakutkan AA ( di saat mula2 mengetahuinya) adalah jenazah dimandikan dengan air bercampur klorox. Pertama kali AA tahu, AA seakan2 rasa tertekan dan tidak dapat menerima hakikat kerana ini adalah soal maruah dan melibatkan keluarga juga. mesti orang lain akan kehairanan sebab air mandian jenazah dicampur dengan klorox sedangkan sudah menjadi kelaziman ia hanya digunakan untuk tujuan membasmi kuman.

Lama juga AA berperang dengan perasaan lantaran perkara ini adalah hakikat yang mesti AA tempuh. Sebagai seorang manusia yang lemah, emosi itu tidak dapat AA sembunyikan. Macam2 perkara yang AA fikir hingga sampai tahap AA nak terjun laut dan macam2 lagi. Biar tak siapa yang dapat mengesan jenazah AA. Biar ia hancur dimakan oleh hidupan laut daripada berdepan dengan keadaan yang digambarkan apabila jenazah AA dimandikan dengan klorox. 

Namun sekarang AA sudah menerima hakikat tersebut. bak kata AHP "Kematian boleh berlaku dengan pelbagai cara dan dengan pelbagai penghinaan. Apa gunanya jika mati dengan penghormatan negara tetapi jiwa kosong tanpa iman."

AA hanya mampu berdoa dan bertawakkal apabila memikirkan soal kematian. Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya. AA perlu teruskan sisa-sisa kehidupan yang ada dengan hati yang sabar.....



GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN PESAKIT AIDS
Oleh: Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : Dari Blog Aku Hiv Positif
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM
Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang hidup ke atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu:
·         Memandikan
·         Mengkafankan
·         Menyembahyangkan
·         Mengkebumikan
Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital / Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah.

PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
 
KEMATIAN DI HOSPITAL
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada keluarga simati dan - notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Sekiranya keluarga simati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh diminta tetapi status HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.

KEMATIAN DI RUMAH
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.

AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan segera.

PENYELIAAN JENAZAH
Setelah notifikasi / pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut iaitu (i) Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki, (ii) Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan
PERINGATAN
Kakitangan Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta kaum keluarganya.

PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah yang diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan pengendali jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:
1) Pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin, sebaik-baiknya tidak melebihi 4 orang.
2) Pengendali jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya simati dan petugas / pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS.
3) Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.

PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH
  
PERALATAN
NOTA 
1) Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan "mask" disediakan berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
2) Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan sarung tangan.
3) Bancuhan kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks dibancuh dengan 9 bahagian air)

KEGUNAAN BALDI DAN BESIN
Baldi 3 buah
·          1 buah untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
·          1 buah untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
·          1 buah untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan

Besin 1 buah
·           Untuk merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10

MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk menguruskan jenazah di rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.
PERSEDIAAN TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali parit atau lubang untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat longkang atau parit bersimen. Inspektor Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan tersebut.
PERSEDIAAN TEMPAT MANDI JENAZAH
Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang tidak berkenaan. Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah. Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian mayat) pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang / lubang).

CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (sekiranya ada). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti virus AIDS.

Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
a) Apron plastik / baju hujan
b) 2 lapisan sarung tangan getah
c) Pelindung mulut dan hidung (mask)
d) Kasut but getah
Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti berikut:
1) Bancuhan kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah besin.
2) Kapas yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks (1 : 10).
3) Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks (1 : 10) selama sekurang-kurangnya 30 minit.
4) Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan larutan kloroks 1 : 10.
5) Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).
6) Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1 : 10.
7) Semasa memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.
8) Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.
9) Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.
10) Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu cendana.
11)  Jenazah dibilas dengan air larutan kloroks (1:100 pada bilasan terakhir).


MENGKAFANKAN JENAZAH
Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah berpandukan kepada panduan yang diterbitkan:
1) Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.
2) Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.
3) Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka / kudis pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastik atau dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah atau tiada luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.
4) Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan plastik.
NOTA
Keluarga terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya tubuh badan jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis / luka atau jenazah tidak mengeluarkan lebihan cecair, bendalir atau darah.

DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:
1) Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
2) Air mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan kloroks tanpa dicampur dengan air.
3) Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur klorida (chloride of lime) dan ditimbus.

SEMBAHYANG MAYAT
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.

PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN
Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Kapur Klorida (cloride of lime) tidak perlu ditaburkan ke dalam liang kubur.

PENGKEBUMIAN JENAZAH
Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah pencegahan jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan. Penggunaan sarung tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.

PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT / LAUT / UDARA
Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu terlebih dahulu kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan penyeliaan dan tindakan yang bersesuaian.

PERINGATAN – LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI SEMUA PENGENDALI JENAZAH
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap kematian. Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS tidak dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.

Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
1) Pastikan bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.
2) Memastikan pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis pada permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
3) Setiap pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastik semasa mengendalikan jenazah.
4) Sekiranya jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan percikan berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask dan kasut but getah diperlukan.
 

17 comments:

  1. Tahniah Azam,
    Sharing is caring.
    bahkan Azm boleh petik apa saja artikel daripada blog saya untuk perkongsian positif tanpa izin.
    yang penting kita sebar2kan info positif dan luahan hati kita kepada masyarakat dengan cara kita.

    berkenaan isu ini, saya paste kan kembali komen saya terhadap apa yang sahabat kita Naj Mi share di blog beliau:

    "Tahniah.
    Saya selalu ingatkan ahli keluarga supaya tak perlu fikir dan usah gentar kerana hina dan mulianya kita bukan di tangan manusia tetapi di tangan Allah.

    Kematian boleh berlaku dengan pelbagai cara dan dengan pelbagai sebab. Apa gunanya jika mati dengan penghormatan negara tetapi jiwa kosong tanpa iman."

    ReplyDelete
  2. AA, cara menguruskan jenazah PLHIV tidak menjadi perkara aneh bagi akak, yang dihisab bukan cara mandi tapi bekalan yang dibawa, Non PLHIV jangan merendahkan PLHIV, kita jangan ingat kita yang tidak gunakan air clorox senang kat sana. Akak harap Non PLHIV mesti bersikap terbuka, terima mereka samada hidup @ mati mereka sama seperti kita. Dun worry AA, Allah maha kaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah akak, terima kasih sekali lagi sbb sudi luangkan masa menjenguk blog Azam ni. inilah sebahagian dari rasa hati yg terungkap dengan kata2. semoga ramai lg insan di luar sn yg bersikap terbuka dan menerima golongan spt Azam dgn hati yg ikhlas.

      AA tahu AA jadi begini kerana nasib. inilah jln yg suda ditentukan utk azam. bukan sikit cabaran yg azam perlu tempuh.

      terima kasih akak..Azam ingatkan akak sama mcm pengunjung blog lain yang hanya tahu melemparkan kata2 sinis dan persoalan2 yang tak berhujung pangkal sehingga azam tak tahu cara utk jwb setiap persoalan yg ddtg bertubi2. yg azam perlukan d saat ni kata2 yg mengandungi seribu pengertian terhadap penderitaan yg azam alami kini dan akan dtg. moga kehidupan akak sekeluarga sentiasa di bawah inayah allah

      Delete
    2. Kl setakat nak bertanys, byk blog, books & etv on HIV, kl rasa benda tu tak ada faedah baik jgn buat. Bersahabat lebih baik rasa akak. Akakpun memang ada 2 org kawan PLHIV. Kami tetap kawan baik...

      Delete
  3. tu la akak, kdg2 ada di antara insan2 bertuah ini yg ada taraf akademik yg cukup bgs tp tak ambil peluang utk cari maklumat yg ada d mana2.

    ReplyDelete
  4. Tu yg saya risau.nak buat.wasit klu.mati.bakar terus at least keluarga xmalu
    saya jd takut skrg

    ReplyDelete
  5. Tersentuh hati sya. Jng merendah diri AA. saya pernah mengurus kan jenazah PHIV. Anda tau ape jadi seleps jenazah dimandi kan? Subhanallah.. Wajah jenazah berseri2. Saya tidak pernah memandang hina
    Pada persakit HIV. Pada saya setiap kesakitan itu allah beri pahala.

    ReplyDelete
  6. tersentuh hati mmbaca n3 ni wlpon sy kot yg pling lambat dpt info ni...bkn tntg pemandian jenazah..tp agk gusar dgn status kesihatan sy..sbb semua org akan mati...termasuk saya..cuma wktu dan cara nya adalah bbeza2..

    ReplyDelete
  7. Bagaimana jika kita tak tahu simati ada HIV.

    ReplyDelete
  8. Adik sy disahkan meninggal akibat meningeal enchapilitis with underlying RUD+VE,adakah itu bermaksud HIV +ve.Tp jenazah adik sy tetap dimandikan dan dikafankan mcm jenazah biasa.Adakah kami selamat dr jngkitan?

    ReplyDelete
  9. I am indeed very happy for my life; My name is Vargas cynthia maye, I never thought that I will live on earth before the year runs out. I have been suffering from a deadly disease (HIV) for the past 5 years now; I had spent a lot of money going from one places to another, from churches to churches, hospitals have been my every day residence. Constant checks up have been my hobby not until last Month, I was searching through the internet, I saw a testimony on how DR. Ben helped someone in curing her HIV disease, quickly I copied his email which is (drbenharbalhome@gmail.com).I spoke to him, he asked me to do some certain things which I did, he told me that he is going to provide the herbal to me, which he did, then he asked me to go for medical checkup after some days after using the herbal cure, I was free from the deadly disease, he only asked me to post the testimony through the whole world, faithfully am doing it now, please brothers and sisters, he is great, I owe him in my life. if you are having a similar problems just email him on (drbenharbalhome@gmail.com) or simply whatsapp him on: +2348144631509.He can also cure disease like Cancer, Diabeties, Herpes. Etc. You can reach me on email: vargascynthiamaye1995@gmail.com

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST