Dalam entry kali ini, aku sengaja mengambil dua sumber yang berbeza namun memperkatakan isu yang sama iaitu berkenaan dua perkara; 1) HIV. 2) AIDS.
Dua pihak yang membincangkan isu ini ialah dari kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan insan berhati mulia yang menjadi dahan tempat bergantung golongan PLHIV, boleh dikatakan memberi sumbangan yang begitu besar dari segi menyelamatkan jiwa insan2 dari pelbagai latar belakang yang selama ini enggan tampil ke hadapan untuk menerima rawatan.
Mari kita baca dan teliti perbezaan antara kedua-dua sumber ini dan mengambil iktibar.
Setelah
lebih 20 tahun, penyakit HIV/AIDS telah menjangkiti seramai 33 juta
penduduk di dunia iaitu lebih kurang menyamai jumlah penduduk di
Malaysia. Tidak seperti di Thailand dan Singapura, penagih dadah
suntikan adalah antara risiko utama punca berlaku jangkitan HIV di
negara Malaysia ini.
Sehingga
2008, kes HIV terkumpul telah mencapai kepada 14,199 di Negeri Johor.
Kaum lelaki dan mereka yang produktif iaitu berusia antara 22-49 tahun
adalah majoriti mengidap penyakit HIV ini.
Walaupun tren jangkitan
wanita dan penagih dadah secara suntikan telah menurun, risiko jangkitan
melalui hubungan seks meningkat dikhuatiri menunjukkan paradigma
jangkitan HIV berubah kesan penggunaan dadah 'designer' seperti
amphetamine dan minat kepada kaum sejenis.
Kementerian
Kesihatan Malaysia menjalankan pelbagai program pencegahan, rawatan dan
kawalan HIV/AIDS bagi memastikan penyakit tidak dijangkiti kepada orang
yang belum dijangkiti dan mengurangkan morbiditi bagi mereka yang telah
dijangkiti HIV.
Perubahan tingkah laku berisiko perlu dihentikan atau perlu melakukan beberapa tindakan bagi mengelakkan diri dijangkiti HIV:
1.Tidak berkongsi jarum dan alat suntikan sekiranya sebelum ini ada berkongsi jarum bagi penagih dadah secara suntikan.
2.Menggunakan
kondom sekiranya sebelum ini tidak menggunakan kondom ketika melakukan
seks bagi pasangan seks yang tidak diketahui status HIV atau pasangan
seks adalah HIV positif.
3.Lakukan
ujian saringan HIV secara sukarela di klinik kesihatan sekiranya ada
melakukan tingkah laku berisiko: berkongsi jarum bagi penagih dadah
secara suntikan, tidak menggunakan kondom ketika melakukan seks bagi
pasangan seks yang tidak diketahui status HIV atau pasangan seks adalah
HIV positif.
Selain
saringan, rawatan yang ada di klinik kesihatan, kaunseling dan
pendidikan kesihatan yang efektif perlu diberi kepada pelanggan yang
berisiko dan masyarakat luar dapat mengurangkan stigma dan diskriminasi
terhadap mereka yang dijangkiti HIV.
Secara umumnya, semua orang berperanan dalam pencegahan penularan HIV. Antara langkah yang boleh diambil baik secara individu maupun kumpulan iaitu :
1.Mencegah transmisi HIV/AIDS dengan mengetahui cara penyebarannya.
2.Mengurangkan morbiditi dan kesengsaraan seseorang akibat penyakit HIV/AIDS ( berkaitan dengan membanteras stigma, judgemental dan diskriminasi di kalangan semua orang.
3.Menggunakan sumber yang ada sepenuhnya bagi membenteras penyakit HIV/AIDS.
4.Mempromosi serta bekerjasama dengan agensi peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa berkaitan HIV/AIDS.
Kredit untuk http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/modules/mastop_publish/?tac=27
Bagi memantapkan pengetahuan berkenaan isu HIV dan AIDS, maka dengan ini saya mengambil sumber daripada blog Akuhivpositif yang sangat lengkap dan boleh dijadikan panduan bersama.
Bagi saya, pengetahuan yang mencukupi sangat perlu bagi membanteras sikap diskriminasi, jugdemental dan stigma di kalangan sesiapa sahaja berkenaan isu ini.
HIV ialah akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya
virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka
yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu maka mereka dipanggil mengidap AIDS.
AIDS pula adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome.
AIDS sering
disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya TIDAK kerana AIDS
merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dihidapi oleh pembawa HIV.
Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).
JO
merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem
daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai
AIDS.
JO
hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa
sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak
dipanggil pesakit AIDS.
Contohnya
penyakit TB. Jika bukan pembawa HIV, mereka dipanggil pesakit TB tetapi
jika pembawa HIV, mereka dikatakan mengidap AIDS.
2. Setakat
ini HIV/AIDS memang tiada penawar (sembuh sepenuhnya) tetapi ianya
boleh dirawat sama seperti penyakit-penyakit kronik yang lain seperti
pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Melalui
rawatan yang betul, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang berkhasiat,
seseorang pembawa HIV mampu hidup lama dan sihat seperti insan lain
tanpa apa-apa masalah. Boleh dikatakan AIDS dapat dielakkan jika pembawa
HIV mendapatkan rawatan awal.
3. Rawatan
HIV terbahagi kepada dua iaitu rawatan Counseling dan Pharmacology.
Secara umum, rawatan utama Pharmacology adalah HAART.
4. HAART
adalah Highly Active Anti-Retroviral Therapy iaitu ubat antiretroviral
yang menghalang virus-virus baru terbentuk dan membantu sistem imuniti
berfungsi secara normal di dalam badan pembawa HIV/ AIDS.
Disebabkan
HAART adalah kombinasi dadah kartel, ianya memberikan risiko kepada
pembawa HIV untuk menghadapi kesan sampingan. Oleh itu makanan
berkhasiat akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah tersebut di
samping meningkatkan kebolehan tubuh menyerap ubat-ubatan. Makanan
berkalori tinggi seperti protien, karbohidrat dan senaman sangat
membantu.
5. Punca
jangkitan HIV disebabkan kerana individu gagal mengambil
langkah-langkah pencegahan semasa melakukan aktiviti berisiko. Contohnya
tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks dan berkongsi
jarum suntikan yang tercemar dengan darah HIV.
Sekalipun
seseorang individu aktif melakukan hubungan seks berbilang pasangan
tetapi masih mengamalkan seks yang selamat, beliau tidak akan
dijangkiti. Begitu juga sekiranya mereka menyuntik dadah (IDU) tetapi
tidak berkongsi jarum suntikan, anda tidak akan dijangkiti.
HIV juga tidak akan berjangkit melalui dadah jenis sedutan seperti ganja, pills seperti ecstasy dan lain-lain pills psychotropic dan cecair seperti ubat batuk.
6. Punca jangkitan HIV hanyalah melalui:
6.1 Perhubungan
seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana
berlaku pemindahan cecair badan seperti air mani, air mazi, bendalir
faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah
dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.
6.2 Melalui
darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan
yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.
6.3 Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.
6.4 Pemindahan darah / organ
OLEH ITU…
HIV
tidak akan berjangkit melalui sentuhan, bergaul, berkongsi makanan,
tandas, peralatan, bersukan, berpelukan, ciuman dan apa sahaja selagi
tidak melibatkan punca-punca di atas. Jadi kenapa anda takut dengan
pembawa HIV?
(Sebenarnya
setiap hari anda mungkin bergaul dan berkongsi peralatan makanan dengan
pembawa HIV di masjid, tempat kerja, majlis-majlis perkahwinan, di
kedai-kedai makan atau restoran)
7. Risiko
jangkitan HIV melalui ibu kepada anak adalah sekitar 30% tetapi jika
ibu tersebut mengambil HAART, risikonya hampir sifar kerana HAART mampu
menekan virus sehingga lebih rendah daripada 50 copies.
8. Virus
HIV adalah virus yang lemah cuma ianya sangat ‘tabah’ mempertahankan
diri, menggandakan diri dan bersembunyi di tubuh pembawa HIV. Ianya jauh
lebih lemah berbanding virus Influenza dan H1N1 yang boleh tersebar
melalui udara. Pembawa HIV sepatutnya pandai memanipulasi dan belajar
daripada ketabahan virus itu sendiri.
9. Sekitar
6% daripada darah yang digunakan di hospital adalah tercemar dengan
pelbagai jenis virus manakala 2.5% daripadanya mengandungi HIV.
Dapatkan
pandangan pakar sebelum anda menandatangani sebarang dokumen
persetujuan pemindahan darah dilakukan terutama bagi pesakit yang
mempunyai sistem imunisasi badan yang sedia rendah seperti pesakit
diabetes dan kanser.
Risiko
adalah pasti. Jika tidak, pihak hospital tidak akan meminta anda
menandatangani sebarang dokumen untuk akur tentang risiko sebelum
prosedur sesuatu pemindahan darah dilakukan.
Bagaimana ianya berlaku? Ianya berlaku apabila penderma mendermakan darah dalam tempoh window period (tempoh pengeraman) virus di dalam darah mereka dan jumlah virus masih di bawah 50 copies.
10. Jika
anda golongan berisiko, menghidap hepatitis, HPV dan sebagainya, jangan
sesekali menderma darah sebagai cara untuk mengetahui status kesihatan
anda.
11. Masalah
utama pembawa HIV dan masyarakat ialah kegagalan memahami HIV secara
tepat. Akibatnya berlakulah judgmental, stigma dan diskriminasi. Sikap
ini jauh lebih pantas membunuh pembawa HIV berbanding JO.
12. Kebanyakan
anggota masyarakat tidak sedar bahawa di sebalik pembawa HIV yang
mereka hukum dengan stigma dan diskriminasi itu, pasangan dan anak-anak
mereka yang tidak bersalah turut mengalami tekanan yang cukup dahsyat
akibat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini.
Mereka dipulaukan, hilang punca pendapatan, keyakinan diri dan sebagainya akibat kedunguan yang tidak perlu.
13. Punca
utama jangkitan HIV sekarang adalah melalui perhubungan seks termasuk
di kalangan isteri pembawa HIV yang tidak mengetahui pasangan mereka
mempunyai HIV. Bahkan jangkitan di kalangan surirumah lebih tinggi
berbanding di kalangan pekerja seks!
Adilkah penderitaan mereka kita tambah tanpa rasa bersalah?
14. Lebih
70% pembawa HIV/AIDS di Malaysia adalah umat Islam tetapi masih sedikit
golongan agama yang bersedia membantu pembawa HIV. Ujian terhadap
pembawa HIV adalah ujian terhadap seluruh umat Islam untuk menilai
sejauh mana kita membantu saudara seagama. Membantu mereka adalah
tuntutan Fardhu Kifayah yang sering diabaikan.
15. Terdapat
ramai pembawa HIV/AIDS yang perlukan bimbingan untuk bertaubat dan
kembali ke pangkal jalan tetapi dipinggir dan keliru akibat sikap judgmental
sesetengah golongan. Akibatnya ada yang gagal berubah daripada
kehidupan silam. Mereka dihukum dengan sejarah yang tidak lagi mampu
mereka ubah dan akibatnya ada yang mati di gereja!
16. Terdapat
hampir 100 ribu orang pembawa HIV di Malaysia dan purata jangkitan
setiap hari melebihi 10 orang merangkumi semua golongan anggota
masyarakat sama ada pelajar IPT, penjawat awam, profesional, ilmuan,
agamawan dan sebagainya.
Kredit khusus buat Blog Http://akuhivpositif.blogspot.com