Kehidupan tanpa rahsia bukanlah kehidupan namanya. Setiap hari aku selalu menemui situasi2 yang boleh dikaitkan dengan kerahsiaan. Dalam konteks hubungan sesama kawan memang kerap berlaku suasana bila seseorang cuba merahsiakan sesuatu perkara. Tidak semua boleh dikongsikan.
Adakalanya aku terfikir, berdosakah aku menyembunyikan status kesihatanku dari pengetahuan semua? Bagi aku, itu adalah hak dan privesi aku sendiri. Aku tidak mahu membahayakan diriku masa yang sama aku juga tidak mahu orang lain menanggung dosa.
Kenapa aku kaitkan dengan dosa? Memperkatakan mengenai maruah dan aib seseorang hingga menjatuhkan maruah orang lain sudah dikira dosa. Aku tidak mahu menyebabkan semua orang memperkatakan tentang diriku.
" Eh, engkau tau ke, rupanya anak Pak Salleh tu ada HIV..." "Yeke Gayah, amboi...aku tengok dia tu elok je perangai tapi kenapa tetibe plak dia ada HIV?" "Amboi Semah, bukan ko tak tahu, kan anak pak Salleh tu bujang terlajak, mesti dia tu........" CUT....( Pengarah terpaksa menamatkan adegan sebab tersilap dialog hu hu hu..)
Itulah antara babak yang mungkin terjadi. Aku tak mahu perkara seumpama itu berlaku. Cukuplah aku sendirri yang menanggung ujian ini berseorangan. Jangan kerana aku orang lain dapat dosa "free". Bagi aku mulia atau tidaknya kita di sisi Allah bukan melihat ada HIV ke takda HIV, tapi ketakwaan.
Allah tak pernah bagi jaminan orang takda HIV masuk syurga begitu juga sebaliknya. Aku perlu hadapi hidup seperti biasa dengan mengikuti rutin harianku yang telah diarahkan oleh doktor. Itu ikhtiarku untuk mengecapi kehidupan dan mencari keredhaanNYA. Tidak semestinya aku ada HIV, segala2nya berakhir.
Baru2 ini, pada 5 November, aku datang ke hospital untuk temujanji. Alhamdulillah, doktor mendapati keadaan diriku agak baik. Pemeriksaan yang dibuat memuaskan hatiku. Tidak ada sebarang kesan akibat ubat HAART yang aku ambil sebulan lepas.
Kesan yang aku rasai kini semakin kurang. Aku amat bersyukur dengan keadaanku kini. Harapan untuk hidup sempurna seperti insan2 lain semakin berbunga2 dalam dada. Aku ingin mencipta sejarah agar kehidupanku bukanlah penyesalan.
Aku diarahkan datang semula ke hospital pada 4 Februari 2013 untuk mengambil darah bagi mengetahui CD4 dan VLku yang terkini. Aku harap keputusannya membarangsangkan. Lama juga tempoh yang dibagi. Cuma bekalan ubat hanya diberikan untuk sebulan. Bermakna setiap bulan aku perlu dapatkan bekalan ubat baru untuk keperluan diriku.
azam good luck
ReplyDeletethank you AO for ur moral support
ReplyDeleteSlm ziarah... Betul, xsemua kita boleh share dgn org... Mslh kita masing2 xsama... Semoga kesihatan azam senantiasa baik2 saja...
ReplyDeleteTerima kasih Deena. semoga allah merahmati Deena sekeluarga ya :)
DeleteSalam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat HIV test secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5minit. Ketepatan 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Malaysia Medical Research (IMR). Test kit yang sama digunakan di klinik dan makmal yang menjalankan ujian saringan HIV. Penghantaran percuma dan discreet di seluruh Malaysia. Untuk order sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.
ReplyDelete