Sunday 18 November 2012

Agen penyebab AIDS ( Virus HIV-1 dan HIV-2 )

AIDS : AGEN PENYEBAB( Virus HIV-1 dan HIV-2)

- Maaf, bahagian ini sangat teknikal.

Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Di antaranya ialah sel apakah yang yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan gejala seperti selsema di awal jangkitan? Di bahagian manakah di dalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisu limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)? 


Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus berada didalam keadaan rehat atau tidak aktif? Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaan klinikal pesakit menjadi AIDS? Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?.


Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuh manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif. 


Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh manusia. 


Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env). Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu, sementara HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx


Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yang dinamakan replication. Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan progeni yang mengandungi:
  • dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh nucleocapsid protin Gag;
  • enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase);
  • membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.

2 comments:

  1. Memang susah nak faham terutama bagi bdk2 baru nak tahu dan baru nak faham...Tapi bagus buat kita utk lebih memahami tentang hal ini kan...adoiii nak sebut perkataan2 tu boleh terseliuh lidah dibuatnya....Saya faham sekejap je lepas dua tiga hari dah tak ingat dan tak faham balik............huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. najmi,

      part ni kalau kita nak faham virus hiv bertindakbalas dalam tubuh badan seseorang yang dijangkiti secara saintifik. tak la penting sangat cuma untuk pengetahuan sja. ambil iktibar mana yg baik

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST