Thursday, 1 November 2012

HAART : Info penting mengenainya

Bila bercakap ttg ubat HAART, sy percaya masih ramai lagi di luar sana yang masih belum tahu dan kenal tentang rawatan HAART.  Ada di kalangan rakan senasib seperti saya yang sudah tahu status sebenar tetapi masih lagi enggan menerima hakikat untuk memulakan rawatan HAART. Semoga paparan ini akan membuka minda dan hati semua tentang rawatan HAART.


Perkara yang anda perlu tahu mengenai ubat antiretroviral

HAART - adalah singkatan untuk "Highly Actice Antiretroviral Therapy" atau pun dikenali sebagai "Cocktail regime". Hanya kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral (daripada >2 jenis ubat).
Kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral di perlukan untuk keberkesanan yang optimal.


Kelas ubat antiretroviral


A) Nucleoside reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) / Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors (ntRTI) - NUKES

B) Non - Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTI) - NON - NUKES

C) Protease Inhibitors (PI)

D) Lain-lain, cth: Integrase Inhibitors



Ubat antiretroviral yang terdapat di Malaysia

A) NRTI : Didanosine , Lamivudine, Zodovudine, Stavudine, Emtricitabine
B) ntRTI : Tenofovir
C) NNRTI : Efavirenz, Nevirapine
D) PI : Indivadir, Ritonavir, Lopinavir, Saquinavir, Atazanavir
E) Integrase Inhibitor : Rategravir


Ubat kombinasi yang terdapat di Malaysia

  1. SLN - Stavudine + Lamivudine + Nevirapine
  2. Combivir - Zidovudine+Lamivudine
  3. Kaletra - Lopinavir+ Ritonavir
  4. Tenvir EM - Tenofovir + Emtricitabine


HAART akan dimulakan apabila

  • Pesakit telah bersedia untuk memulakan HAART (HAART perlu di ambil sepanjang hayat- Berkahwin dengan ubat)
  • Bila CD4 kurang daripada 350sel
  • pesakit mempunyai genjala penyakit AIDS walaupun bilangan CD4 tinggi.
  • Semasa mengandung.

Apakah CD4?
CD4 atau sel darah putih merupakan askar di dalam badan yang bertindak melawan jangkitan yang memasuki tubuh seseorang. Dalam pesakit HIV, Virus menyerang sel CD4 dan memusnahkanya. Dengan ketiadaan jumlah askar yang mencukupi badan terdedah kepada jangkitan lain.

Bagaimana HAART bertindak

Setiap kelas ubat antiretroviral bertindak untuk menghalang pembiakan atau pembentukkan virus baru. Apabila ini berlaku, bilangan virus HIV dalam darah akan berkurangan dan penyakit dapat dikawal.


kebaikan memulakan HAART

  • Akan meningkatkan sistem daya pertahanan badan dengan meningkatkan bilangan CD4.
  • Memastikan bilangan virus HIV dalam darah dalam paras paling rendah.
  • Mengurangkan risiko jangkitan opportunistik.
  • Meningkatkan kualiti hidup.
  • Memanjangkan jangka hidup.


Kesan sampingan yang mungkin berlaku

  • NRTI - muntah , loya, rasa kebas di jari tangan dan kaki.
  • ntRTI - cirit-birit, kegagalan buah pinggang.
  • NNRTI - ruam, pening, masalah hati.
  • PI - muntah, loya, masalah hati, kekuningan kulit, menyebabkan tau menerukkan penyakit kencing manis atau paras kolesterol.

HAART akan GAGAL bila

  • Ubat tidak dimakan dengan betul (lupa atau lewat makan ubat).
  • Mengambil ubat HAART bersama ubat tradisional / herba.
  • Mengambil ubat HAART bersama dengan arak atau ubat hipnotik(ubat tidur).
Virus HIV akan menjadi kebal kepada ubat antiretroviral berikutan cara pengambilan ubat yang salah.

Tips pengambilan ubat- ubatan...

  • Makanlah HAART tepat pada masa yang ditetapkan bagi menjamin keberkesanan yang optimal.
  • Gunakan 'alarm' telefon atau jam loceng sebagai peringatan untuk mengambil ubat.
  • Bawalah ubat-ubatan bersama sekiranya pergi melancong atau ke tempat kerja.
  • Selalu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi sekurang-kurangnya untuk 1 minggu sebelum bekalan seterusnya.sekiranya stok ubat tidak mencukupi, hubungilah klinik dengan segera.
  • Jangan ambil ubat tradisional atau herba dengan HAART kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan HAART.
  • Bertanyalah denga doktor/ pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang vitamin atau ubat -ubatan lain.
  • Sekiranya demam atau mengalami kesan sampingan ubat segeralah berjumpa doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat HAART sekiranya anda berasa tidak sihat meskipun setelah kembali sihat.
  • Hanya makan makanan dan air yang masak sepenuhnya.jangan makan makanan separuh masak (cth:telur separuh masak,kerang) dan ais batu.
  • Patuhi rutin ujian darah serta temujanji berjumpa denga doktor/pegawai farmasi sebagaimana yang telah ditetapkan.

Fakta penting mengenai HAART

  • Ubat HAART mesti diambil sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan.
  • Rejim pertama HAART adalah yang terbaik untuk mengurangkan bilangan virus HIV dalam darah.
  • Pengambilan ubat HAART amat penting pada masa yang tepat untuk keberkesanan HAART.
  • Bilangna sel CD4 hanya boleh diperiksa peningkatanya 3-4 bulan selepas memulakan HAART.
  • Sekiranya HAART dimulakna untuk pesakit dengan CD4<200sel, sesetengah sesakit akan bertambah teruk sebelum bertambah baik.Tetapi ini tidak bermakna HAART tidak berkesan.ini berlaku kerana sistem daya pertahanan pesakit sedang bertambah baik.
  • Semasa bulan ramadhan pesakit beragama islam tidak dibenarkan berpuasa dan perlu membayar fidyah.
*SUMBER UNIT AIDS/ STD JKN PULAU PINANG.

3 comments:

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST