Sunday 22 April 2012

Dulu aku ******* kini masih *******

Dalam entri sebelum ini, AA sering saja mengungkapkan kata2 yang menggambarkan diri AA ni seorang yang jiwang and so on. Pada yang membaca blog ini, suka AA nak beritahu bahawa, insan PLHIV seperti AA terlalu berhati2 apabila ingin meluahkan sesuatu khususnya kepada rakan2. Kalau nak cakap, kena tengok dulu kawan tu jenis mcm mana orangnya supaya tak menyesal di kemudian hari. sapa tahu kot2 dia tu jenis wartawan melodi atau pemberita CNN ke, abis la AA.

Blog ini AA wujudkan untuk AA jadikan sebagai dairi untuk AA meluahkan apa jua yang terpendam di hati. sekali sekala ada juga Aa selitkan dengan peristiwa2 yang Aa lalui dalam kehidupan AA. Siapa tahu ajal datang menjemput akhirnya blog ini hanya akan tinggal nama sahaja. Tiada lagi entri terbaru yang dipaparkan dalam blog ini. Kalau blog AHP, AA yakin sangat ramai yang boleh meneruskan perjuangannya yang suci itu.

Dipendekkan cerita, AA baru saja menerima kiriman email daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia berasal dari negeri yang sama dengan AA. Status sudah berumahtangga dan kemungkinan besar kerjayanya juga sama dengan AA. Sekarang dia sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. 

Memandangkan AA amat sibuk dengan tugas AA tidak sempat meluangkan masa membuka email. AA baru perasan kawan baru itu mengirimkan email kpd AA pada hari jumaat minggu lepas. AA cuma dapat membaca emailnya pada hari isnin. Moga dia dapat mengerjakan ibadah umrah dengan tenang dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
AA teringin juga mempunyai kenalan2 dari rakan senasib yang berdekatan dengan AA. Tidak seperti rakan2 di Semenanjung, mereka sentiasa mengadakan pertemuan yang memberikan kesan yang begitu mendalam dari segi semangat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih positif dan kuat. Di negeri AA memang ada golongan plhiv ini tetapi rata2 mereka masih mempunyai perasaan takut untuk berjumpa sesama plhiv.

Tidak boleh juga salahkan mereka kerana masing2 ada alasan yang tersendiri untuk bersikap begitu. Maklumat dari peer support AA mengatakan bahawa ada di antara PLHIV di sini yang tinggal di kawasan yang sama dengan AA tetapi mereka enggan menonjolkan diri. AA pun mcm tu juga sebenarnya. Buka senang mau meyakinkan masyarakat ttg isu PLHIV ni, skarng ni masih ramai lg yang berfikiran jumud, bertindak tanpa ada ilmu yang cukup di dada. Seolah2 PLHIV ini sehina2 manusia di dunia ini.

Teringat masa mula2 AA hadir perjumpaan dengan rakan2 positive worrior hujung tahun lepas tu. Berdebar2 d hati tuhan ja yang tahu. rasa mcm nak suruh ja pilot tu balik ke KK tapi AA kuatkan semangat je. Alhamdulillah, rakan2 positive worrior mmg baik2 dan sporting. Kalau tak jadi datang hari tu memang tak dapatlah menikmati saat2 indah bersama rakan2 positive worrior. Masa tu Aa lupa yang Aa ni adalah seorang PLHIV sbb terlalu happy berada di kelompok rakan2 yang menerima diri AA seadanya. syukur sangat



7 comments:

  1. Again,saya org yg pertama yg komen,hopefully will b da last...
    AA,so sori yer kalau terasa hati dgn komen2 saya sblum ni...
    Tiada niat mengguriskan hati org lain,lagi2 org yg kite tak kenal...
    Ttg kwn alam maya tu,walaupon dia da berumahtangga,tpi dia ikhlas nak kawan ngan AA,kawan je la...mgkin dia memahami hidup awak dan supportive sprti AO..(AO:sori mentioned ur name,jgn marah,AO, i luv ur spirit)
    Apepon gud luck AA in ur future life dan saya minta maaf juga ape saje yg buat AA terasa hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terasa hati sikit pun. komen ja la apa yg patut dikomen. bak kata org, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

      Delete
  2. sebenarnya azam boleh menjadi pencetusnya di sebelah sana. buat support grup ala2 kita,boleh kita connect utk saling support. terdapat beberapa org sahabat daripada sbelah sabah yg berhubung dgn saya dan pernah hadir workshop bersama. mereka sangat perlukan komuniti

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak buat mcm tu tp atas kekangan masa dan faktor jarak. sebenarnya kewujudan blog ini secara tak langsung menjadi titik permulaan kewujudan support group bagi malaysia timur. namun setakat ini masih belum ada yang tampil untuk berkongsi rasa walaupun tidak dinafikan kewujudan mereka di sini memang ada.yangt terbaik itu hanya allah sahaja yang tahu.

      Delete
    2. Kalau terasa sebok Azam buat aje yang termampu asal jgn sebok sampai tak sempat nak senamrobik , penjagaan cara pemakanan bermutu demi imun sistem yang jitu dan terbaik. Demikian juga kena cukup rehat dan cukup tidur.

      Orang mcm kita ni dah tak boleh mcm dulu lagi atau nak bertangguh ataupun berleka2 , kita kena rajin bangun membuat. Dalam pada itu sentimen kesihatan perlu ada.

      Muah , muahhhh , sayaaaaaang Azam.

      Fareez Fauzi

      Delete
  3. terima kasih atas nasihat yg berguna... moga ia memberi manfaat buat semua. jazakallah khair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure , kami sayang Azam.

      Nnti klau ke hospital dan buat checking cd4 jgn lupa khabarkan ya , antar sms pun cukup.

      Fareez Fauzi

      Delete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST