Wednesday 3 October 2012

Orang2 HIV, ke manakah dan di manakah mereka tika ajal menjemput

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada allah kerana diberikan nikmat iman dan islam sehingga kini aku berada di bawah dua naungan entiti yang tidak dapat dipisahkan. umpama stocrin dan tenvir em yang aku makan sekarang la kan hu hu hu.... erm, apapun, dua ubat ini hanya asbab sahaja tetapi yang menjadi penentu kepada keberkesanannya semua bergantung pada ALLAH.


Rasa hati ini terpanggil untuk membuat satu entry khusus bagi golongan PLHIV yang menghadapi konflik penerimaan masyarakat yang masih lagi dikelabui stigma dan diskrimnasi. Aku menganggap isu ini sangat serius kerana ia melibatkan isu agama dan kepercayaan juga terheret sama.


Jika kita tanya, siapa golongan plhiv ini, rata2 mereka ini adalah golongan melayu dan beragama islam. Maknanya, mereka itu adalah saudara-saudara kita sebangsa dan seiman di dunia manakala di akhirat kita adalah sekelompok besar keluarga yang dikira susurgalurnya bermula daripada nabi adam sehingga ke generasi yang terakhir. 


Mengapa aku mengambil kira ia sebagai perhitungan yang penting? Kerana Allah akan menyoalsiasat golongan kelompok besar inilah an pada masa itu sudah tidak ada lagi istilah kau ada hiv aku takda.


Menyingkap peristiwa yang pernah terjadi di salah sebuah negeri di semenajnung malaysia, ini lantaran usaha seorang hamba allah yang begitu prihatin mengenai kewajipan dan hak sesama saudara seagama lantaran sebuah keluarga yang mempunyai seorang adik yang dijangkiti HIV dan dalam keadaan yang kritikal. 


Kisahnya begini, adik ni menghilangkan diri dari pangkuan keluarga tanpa diketahui apa puncanya. Lalu, beberapa minggu kemudian, pihak hospital menghubungi ahli keluarganya mengatakan bahawa adik tersebut telah terlantar tenat di hospital dan pihak hospital sendiri menyuruh ahli keluarga adik terbabit mengambilnya dari sana.



Kakak kepada adik tersebut mengambilnya pulang ke rumah. Dengan fikiran yang buntu, dia tidak tahu bagaimana cara untuk mengurus dan menjaga adiknya dengan baik sehinggalah ada pihak yang mencadangkan agar dia menghantar adiknya ke sebuah gereja.


Menurut kakak, mereka takda pilihan lain selain menghantar adik mereka ke sana kerana di Selangor tidak ada tempat yang dibuat oleh orang Islam. Ketika di gereja itu , mereka menjaga adik dengan baik. Mereka suapkan dia makan, jaga ubatnya, mandikan dia, sapu ubat pada badannya, Alhamdulillah banyak peningkatan dia. Dari diusung, sekarang dia sudah boleh berjalan seperti biasa.


Itu adalah antara kisah yang berlaku di balik tabir kehidupan golongan plhiv yang memerlukan pembelaan namun mereka menjadi mangsa akibat kurangnya ilmu dan kesedaran di kalangan ahli keluarga dan masyarakat mengenai peluang2 rawatan dan penjagaan yang sewajarnya kepada mereka yang menjadi mangsa.


Menyusuri kisah tersebut, hamba allah tersebut bersama beberapa orang rakan2nya telah mengambil inisiatif datang melaawat ke gereja terbabit. setelah mengadakan perbincangan bersama rakan2nya mereka akhirnya bertolak ke lokasi yang dituju.


Setibanya di sana, mereka disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

P7120288

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu,kesemuanya pembawa virus  HIV melihat saja kelibat mereka, hamba allah dan rakan2nya hampir menitiskan airmata, kesemuanya yang berkain pelikat menyambut mereka dengan wajah yang sedih dan sayu ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad.

P7120267


Hampir sejam mereka mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi

P7120246

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat. Selepas itu, berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan dengan tanpa rasa curiga

Sebagai orang Islam sebenarnya perasaan yang sangat tepat yang ada dalam diri pada ketika itu ialah sangat malu ketika berada di gereja berkenaan bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

petugas gereja sedang meniapkan ubat untuk para penghuni gereja



P7120296


Petugas gereja sedang menyiapkan ubat untuk para penghuni gereja. saudara2 kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas gereja tersebut.


Tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya


Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, hamba allah bersama rakan2 berjaya membawa keluar seorang lagi anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati

P7120270


Hamba allah dan rakan2 keluar dari gereja itu dengan perasaan yang berbelah bagi…kalau nak dikeluarkan semua anak Melayu di gereja itu, ke mana hendak di bawa mereka ini? Kalau nak biarkan pulak, takut akidah mereka akan terpesong


Ustaz Amin (no 2 dari kiri)


(Kredit kpd Ustaz Amin dan rakan-rakan..moga entry ini memberi kesedaran kepada kita semua bahawa janganlah kerana hiv, maka tanggungjawab kita sesama islam terhakis.kita lihat saja mereka yang bukan beragama islam, dapat menerima dan menjaga golongan plhiv ini ddengan baik walaupun jika difikir dengan logik akal memang tidak patut mereka dibebankan dengan tanggungjawab yang sepatutnya kita boleh lakukan...)

6 comments:

  1. Salam Azam,
    Tqvm for sharing, InsyaAllah keadaan makin berubah sekarang, Umum makin memahami dilema golongan ini, kita semua mesti membantu dengan cara kita masing2. Kalau lahirnya mereka mendengar kalimah suci Allah InsyaAllah pulangnya mereka juga dengan kalimah suci Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak wardah, semua orang berhak datang dengan kalimah suci dan pergi dengan kalimah suci tak kira dia adalah plhiv dan non-plhiv. moga kita pulang dengan kalimah suci itu nanti insya allah

      Delete
  2. sayang kan, pihak masjid tidak pula buat sedemikian.

    baca tu, malu memang malu.

    Saya pernah tinggal di sabah beberapa tahun, dan saya rasa saya boleh faham, kerisauan azam tentang akidah. Kerana walaupun kisah ini diselangor, yang saya harap telah banyak berubah seperti kata mak wardah, namun disabah, gerakan gereja amat kuat dan meluas,tidak seperti pergerakan ngo islam yang kadangkala sukar dicapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hakikat yang berlaku di sini dan di mana2 jua pun. iman yang rapuh senang2 menerima apa saja yang diberi termasuk kesanggupan menukar akidah dan pegangan.

      Delete
  3. jard tak paham lah kenapa ada segelintir manusia berfikiran macam itu?

    jard yg bukan PLHIV rasa sedih bila manusia normal dan sihat buat mcm tuh kat golongan yg betol2 memerlukan pertolongan..

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST