Rakan AzamAli.com.my

Sunday, 30 September 2012

HIV; Efek stigma dan prejudis,ke manakah aku mengadu?

Hari ini adalah hari yang teramat menceriakan dalam hidupku kerana baru2 ini pembentangan bajet yang dibuat oleh Perdana Menteri telah membawakan khabar gembira khususnya bagi diriku. Sebelum ini sudah banyak kos aku belanjakan dalam menampung perjalananku berulang alik ke kota kinabalu. Mujurlah pakai zzzzzzzzzzuuuppp aja kan huhuhuhuhu hujung bulan bayar je kat mesin.


Tambahan pula aku dan beberapa orang rakan sejawat bakal menikmati durian runtuh ekoran kenaikan pangkat secara timebased. Alhamdulillah. kukira itu sebagai satu petanda bahawa rahmat dan kasih sayang allah amat melimpah ruah. Allah maha kaya. aku bersyukur padaNYA.


namun di sebalik keriangan yang kutunjukkan masih terdapat satu lagi kebimbangan yang melanda diriku sejak mula2 aku didiagnose sebagai PLHIV dulu iaitu bagaimana penerimaan keluarga, rakan2 sejawat dan masyarakat bila mereka tahu aku adalah pembawa HIV.


Suka utk aku beritahu di sini, aku telah mendapat rawatan doktor secara teratur dan sistematik. Bukanlah bermaksud tahap kesihatanku aku sudah pernah sampai ke tahap teruk kesan HIV tetapi aku sentiasa dipantau oleh pihak hospital dan secara terancang diberi temujanji untuk mendapatkan feedback mengenai keadaanku yang telah memulakan rawatan.


Aku kira itu adalah sebagai satu bonus bagi diriku kerana jika dibandingkan dengan mereka di luar sana yang mendakwa diri mereka sihat tetapi tidak pernah sekalipun membuat pemeriksaan kesihatan. Adalah tidak mustahil jika si anu bin si anu yang kita dengar aktif bersukan tiba2 rebah di gelanggang badminton dan terus dikejarkan ke hospital serta merta. Lantas ajal telah menemuinya tanpa sempat mendapat sentuhan tangan2 jururawat dan doktor yang bertugas di hospital.


Aspek kesihatan aku sudah tidak perlu risau sebab ubat HAART yang aku makan ini aku rasa sesuai dengan diriku. Malah aku rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan diri jika dibandingkan sebelum aku makan ubat HAART ini. aku lihat ada perubahan luar biasa yang positif yang menjadikan diriku begitu berbeza jika dibandingkan dengan sebelum makan ubat HAART.


Jauh di sudut hati, aku masih lagi cuma mengumpulkan kekuatan untuk cuba menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku seandainya secara di luar kawalanku status diriku ini diketahui pihak2 tertentu. Tanpa sokongan sesiapa, inilah yang akan jadi tempat aku mengadu iaitu :


1)Rakan2 positive worrior

Aku tersenarai antara mereka yang terawal menjadi perintis kepada kewujudan komuniti positive worrior yang ada sekarang. sungguhpun aku jauh di sabah, namun aku sentiasa berasa dekat dengan rakan2 yang lain. 


Banyak sudah aku kemukakan persoalan, berulang kali suda aku mengadu di saat aku mula2 mengalami semangat yang sgt2 "down" dulu. kini aku akan terus mendokong perjuangan positive worriors dengan sedaya upaya yang ada padaku dengan cara yang sewajarnya.


Aku sedar kewujudan komuniti ini adalah hasil usaha dan idea abg Pie yang mempunyai blog sendiri. aku akui blognya antara blog yang terbaik dan sering kujadikan panduan.


2) Rakan senasib sesama blog

Setakat ini, aku aktif berblog dan salah seorang rakan blog rapatku ialah Najmi. Dia antara insan yang menjadi tulang belakang kepada keteguhan diriku sehingga kini bermula dari saat Stocrin dan tenvir em masuk ke dalam tubuhku sehingga sekarang. Dia banyak memberikan panduan kepadaku cara menghadapi efek2 awal akibat ubat HAART.

Aku berharap Persahabatan aku dengan lelaki misteri bernama Najmi hu hu hu hu tidak akan terputus kerana aku sangat memerlukan insan2 yang kuat,  tabah  dan berpengalaman seperti dia. aku ni baru setahun jagung, bak kata orang, masih lagi belum kenal erti dunia sebenar. masih belajar lagi erti realiti dalam kehidupan.


Juga tidak dpat kulupakan Abg pie yang menghubungiku ketika mula2 aku menelan ubatan HAART. Aku sangat hargai keikhlasan dan kemurnian hatinya hinggakan dia tergerak untuk menelefon dan memberitahuku apa yang patut kulakukan berkenaan HAART.


3) Rakan yang menyayangiku

Setiap insan ada naluri untuk disayangi dan menyayangi. bagi aku, ramai yang menyayangiku terutama rakan2 positive worrior seperti abg pie, luka, fareez fauzi, survivor ahp, camelia . mereka ni bagiku adalah  tunggak utama yang menjadikan aku tidak keseorangan apabila aku online kerana mereka jenis yang rajin membalas setiap msg yang kuajukan dalam group AHP. Malah adakalanya mereka yang bertanyakan padaku tentang keadaan diriku.. Alhamdulillah, masih ada insan2 yang memahami dan terus memahami.


4) Rakan Peer support yang amat supportive di QEH


Setakat ini, aku mempunyai seorang sahabat baik yang juga senasib dan sama2 mendapatkan rawatan di hospital yang sama. dia juga bergiat dalam program2 berkaitan HIV dan AIDS di Sabah. org yg kumaksudkan ialah christopher. 


walaupun berbeza agama dan etnik denganku namun dia tidak pernah meletakkan sempadan antara aku dengan dia. ini dapat kulihat dari kesungguhannya dalam membantuku dari segi idea dan sokongan moral.



5) Allah S.W.T


Itulah raja segala raja, kuasa segala kuasa. Aku sentiasa berdoa agar Aku mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Solat menjadi rutin harianku diertai dengan bacaan ayat2 suci sedikit mengikut yang kumampu. 

10 comments:

  1. Alhamdulillah Azam dipermudahkan segala urusan oleh Allah, semakin lama semakin byk aura positive azam meresap kpd kami pembaca. Tqvm azam for your sharing. Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      terima kasih atas doa yg Mak Wardah titipkan buat Azam.

      Delete
    2. Azam, sy juga baca blog najmi, byk yg saya pelajari, kenapa azam kata dia misteri? Bila baca blog dia rasa dia dekat dgn kitakan..memahami perasaan semua orgkan...now tulisan azam ada aura positif utk kami, tq.

      Delete
    3. mak wardah, sy katakan najmi seorang yg misteri salah satu sebabnya ialah spt yg mak wardah katakan itulah.

      seperkara lagi, najmi ni jenis yg tak exposed dirinya dengan sesiapa. apapun kita hormati hak privesinya dan kita berharap sentuhan2 jemarinya tidak akan terhenti untuk terus memberikan aura positif dalam diri setiap pembaca blog.

      Delete
  2. Tahniah za. Azam baik maka ramailah yg sudi menolong. Moga silaturrahim bawa ke syurga

    ReplyDelete
  3. pakai zzzzzzzzzzap tu pun kena berhati2, bayar kalau boleh bukan sekadar minima setiap bulan. Jika tidak hutangnya menggunung. errr..bercakap dari pengalaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, pernah ia hmpir mencecah RM3000, tp dah bayar langsai abis....

      Delete
  4. kenapa blog najmi tu blh access. semalam boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa blog najmi tu tak boleh access. semalam boleh

      Delete