Saturday 3 November 2012

Kebangkitan Pembawa HIV+ berusia 3 tahun

Aku ibarat seorang kanak2 yang berusia 3 tahun. Kenapa aku anggap diriku demikian? Sebabnya 25 November adalah hari aku didiagnose sebagai pembawa HIV+. Tahun ini aku sudah mengharungi 3 tahun kehidupan sebagai pembawa HIV+. Tempoh yang menyaksikan kebangkitan aku daripada menjadi seorang yang sangat "down" hingga mampu menjadi seorang yang "up" dalam semua perkara.


Tidak aku nafikan adakalanya aku juga mengalami saat2 kejatuhan. Lumrahnya seorang manusia biasa bukanlah mempunyai kekuatan setiap masa. Namun aku berusaha bangkit agar kehidupanku lebih baik dan positif. Kehidupan perlu diteruskan agar aku dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba allah sama seperti insan lain. Ujian yang aku hadapi aku terima dengan redha dan lapang dada.


Tak ada gunanya menangisi nasib diri sebab ia tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya ia akan menambahkan masalah. Sebaik2nya aku perlu berfikiran positif serta berpandangan jauh ke depan. Aku harus memperkayakan diri dan jiwa dengan meniupkan roh kerohanian agar aku dapat berdiri dengan lebih teguh dalam menempuh badai kehidupan.


Kini usiaku juga semakin meningkat seperti juga halnya tempoh aku menjadi PLHIV. Impak yang aku rasakan kini lebih banyak berpunca dari kehidupanku sebagai PLHIV walaupun usiaku kini sepatutnya lebih jadikan aku matang. Aku percaya kalau bukan takdir aku jadi PLHIV, aku masih lagi kurang matang dalam aspek sikap dan pemikiran. 


Aku pun tidak menyangka bahawa perkataan HIV yang selalu jadi bahan iklan di TV akhirnya menjadi darah dagingku. Sebelum aku tau aku adalah PLHIV, bila aku dengar saja Pasal HIV, aku terus bayangkan pasal kematian. Tak kurang juga aku pernah anggap HIV ni hanya ada pada orang2 jahat. Tapi bila diri sendiri sudah kena, barulah aku tahu langit itu tinggi dan rendah.


HIV tidak semestinya menggambarkan orang yang kena adalah jahat. Yang pasti boleh jadi ia datang atas faktor kacuaian dan kejahilan diri manusia itu sendiri. Tak ada siapapun yang sengaja letakkan HIV dalam dirinya, saja mau tengok adakah tahan lasak atau tidak hadapi HIV. Tak ada juga orang yang mau letakkan diri ke arah kebinasaan.


Aku sudah menerima keadaan diriku dengan seadanya. Cuma aku tidak tahu mcm mana jika keluarga dan kawan2 tahu status sebenarku. Tahun ketiga ini menyaksikan aku masih belum bersedia untuk memberitahu mereka. Hasratku tetap seperti dulu iaitu biarlah penyakitku ini hanya aku, doktor, nurse, rakan2 positive worrior dan ALLAH tahu.



( Lagu yang membuatkan aku menitiskan air mata selalu bila mendengarnya. Aku anggap kasih dalam lagu ini ialah HIV yang ada dalam tubuhku)


7 comments:

  1. Jangan la sedih, anggap HIV tu satu rahmat untuk sentiasa ingat kpd Allah.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an hidup Azam dipermudahkan dimasa depan...Cepatnya 3 tahun kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul najmi, tapi persiapan saya rasanya masih sifar. Moga kita semua di panjangkan umur.

      Delete
    2. Insya allah... seboleh2nya kita hidup dgn umur yg pjg dgn amal kebajikan. kita sama2 doa pada allah moga dikabulkan permintaan kita ya Najmi dan Mak Wardah

      Delete
  3. Azam bangga dgn anda. Kalau rasa memberitahu status sebenar tidak bawak kebaikan diamkan. Selalu doakan hidup kita semua dipermudahkan. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak wardah, buat masa ini hanya kwn2 yg senasib saja yang tahu status sy. pernah sy bgtau dgn abg angkat sy sblm ni. dlm entry terdahulu pernah sy ceritakan. malangnya dia bgtau plak kat fmlynya. azam rasa sgt terkilan sbb dia dah janji tak kan gtau kat sapa2.

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST