Friday 2 November 2012

Suka duka tahun ke-3 Pembawa HIV mengharungi hidup

Aku tidak menyedari rupa2nya sudah masuk tahun ke-3 aku hidup sebagai pembawa HIV+. Aku baru perasan hari ni lepas seminggu berlalu iaitu 25 November lepas. Ketika aku membelek2 entry yang terdahulu aku terbaca entry yang aku postkan pada tahun 2011. Lantas aku pun perasan rupanya2 sudah 3 tahun aku hidup dengan HIV.


Keadaanku masih juga macam dulu, tetap berstatus pembawa HIV+ cuma aku sudah memulakan rawatan HAART sejak hampir sebulan. Aku menyangka aku sudah menemui ajal tetapi rupanya masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan. Aku sudah ada komitmen sepanjang hayat iaitu menelan ubat Stocrin dan Tenvir Em, kombinasi 2 ubat HAART yang doktor beri padaku. Di samping itu aku tetap menggunakan blog sebagai cara untuk meluahkan rasa hati sebagai seorang PLHIV.


Secara jujur aku bukanlah seorang yang mahir berblog. Aku cuma tahu masuk ke mana2 blog yang aku "google" dan hanya jadi pembaca. Dalam hati ada juga terdetik perasaan untuk cuba membuat blog sendiri. Atas saranan kawan2 aku memulakan langkah membuat blog sendiri. Aku banyak belajar dari blog http://akuhivpositif.blogspot.com.


Tuan tanah blog itu cakap, aku ni ada bakat dalam penulisan jadi sayang kalau tak dimanfaatkan. Mula2 aku memang tak mahu berblog atas sebab kekangan masa. Namun aku ingin menyumbangkan sesuatu kalaupun tidak menjadi sukarelawan dalam mana2 pertubuhan berkaitan HIV dan AIDS, dengan adanya blog ini mungkin boleh jadi penyelamat ramai lagi insan yang senasib denganku.


Aku akui banyak yang aku dapat baik pengalaman dan macam2 lagi sepanjang menjadi "blogger". Aku juga berpeluang berkenalan dengan ramai orang baik PLHIV maupun NON-PLHIV. Selagi aku masih bernyawa, blog ini akan terus dihiasi dengan entry2 mengikut kemampuanku. Selepas aku pergi buat selama2nya, entah siapa yang akan meneruskan perjuangan menghidupkan blog ini. Ia akan sepi tanpa apa2 berita.


Bermula saat perkenalan dengan AHP, yang menjadi perintis kewujudan blog akuhivpositif, membawa kepada terjalinnya ukhuwah yang sangat bernilai dalam hidupku. Nama2 seperti Halim, Luka Rafieqa, Mael, Laila Isabella, Fareez Fauzi, Sharidan, Fariza ( non-PLHIV yang sangat supportif) dan Ayie mula kukenali dan masing2 bertemu dan bertentang mata buat pertama kali. 


Saat2 pertemuan itu walapun singkat tetapi membawa makna yang sangat besar. Ukhuwah yang kami jalinkan tidak tergambar dengan kata2 betapa keikhlasan mengatasi segala2nya walaupun tiada pertalian kekeluargaan. Hakikatnya, kami adalah insan senasib (kecuali yang NON-PLHIV tu le huhu ). Aku sangat rindukan pertemuan dengan mereka yang mula2 kukenali dulu. Entah bila masanya aku akan dapat menemui mereka lagi.


Aku dapat tahu salah seorang dari rakan2 yang pertama kali kujumpa sedang berjuang bermati2an menghadapi masalah yang aku dan kawan2 lain sedia maklum. Aku dapat rasakan betapa beratnya ujian yang dia alami. Hanya kesabaran dan keimanan yang mampu menjadi teman. Aku turut bersedih dengan keadaan yang menimpa dirinya. Aku sentiasa doakan agar dia sentiasa sihat dan dapat hidup dengan lebih lama.


3 tahun sudah berlalu. Saat2 pertemuan dengan rakan2 PLHIV amat kurindui tetap terpahat dalam ingatan. Bermacam2 ragam yang menjadi penyeri sepanjang pertemuan kami ketika itu. Namun ketika ini masing2 ada komitmen ditambah lagi jarak yang terlalu jauh dipisahkan oleh Laut China Selatan menyukarkan aku hadir bersama2 mereka. Namun aku tetap bersyukur sebab setiap hari kami dapat berhubung secara maya.


Kekuatan yang terpancar pada diri mereka membuatkan aku bangkit menjadi seperti hari ini. Aku percaya tanpa mereka aku tidak tahu keadaanku macam mana. Aku banyak mendapat sumber kekuatan dari AHP. Dia tanpa jemu melayan setiap persoalan yang aku hantar menerusi email. Tidak cukup dengan itu dia tidak jemu memberi respon dalam entry blogku. Aku mula rasa diriku mempunyai teman sebab sebelum ini aku rasa diriku keseorangan lantaran aku sedar diriku seorang PLHIV.


Selepas mengenali AHP, seorang insan tabah menghubungiku yang dikenalkan oleh AHP. Aku banyak belajar dari pengalaman hidupnya yang aku anggap seperti abangku. Siapa sangka dari raut wajahnya yang tenang rupa2nya dia menyembunyikan sesuatu berupa ujian yang maha berat. Dia salah seorang yang menjadi tulang belakang blog AHP. Kisah suka duka hidupnya banyak kujadikan iktibar untuk kehidupanku.


Mujur aku tidak berada di tempatnya. Allah tahu aku tidak setabah dan sekuatnya. Itulah keistimewaan Survivor AHP. Dalam diam aku amat kagum dengan kecekalan hatinya menghadapi ujian yang teramat pahit dan getir.  Lagu Alyah "Kisah Hati" menjadi santapan halwa telinganya. Pernah dia beritahu aku bahawa lirik lagu itu menggambarkan kisah hidupnya. Lambang kasih sayangnya yang tetap utuh dan teguh terhadap anak tunggalnya.


Bila aku menatap gambar anaknya yang comel, terdetik dalam diriku alangkah baiknya jika aku juga ada anak seperti dia. Apapun aku tidak boleh menyimpan harapan yang terlalu menggunung tinggi. Aku lebih tumpukan tentang tahap kesihatan dan komitmenku yang terlalu banyak. Benarlah kata Survivor AHP yang masih kuingat sampai sekarang, salurkan naluri kebapaan yang ada pada diri Azam kat anak2 buah dan adik juga pada sesiapa saja.


Seterusnya, insan yang kukenali ini berperwatakan ceria dan "happy go lucky". Dia yang kuanggap adik banyak berkongsi kisah suka duka denganku. Pernah menyatakan hasrat untuk datang ke Sabah sebab dia teramat rindukan tanah tumpah kelahiranku ini. Di bumi ini pernah jadi saksi dia dianugerahkan segulung ijazah. Insan itu ialah Mael.


Dialah orang pertama dalam komuniti AHP yang aku jumpa. Aku sempat meminta pertolongan darinya untuk membelikanku pencuci muka hu hu hu tau la kelam kabut punya pasal sampai aku tertinggal pencuci muka walaupun aku dah siap kemas beg untuk dibawa ke KL. Setibanya di LCCT KLIA, dia menjemput aku di sana. Dalam hati yang sangat berdebar2 aku tetap gagahkan diri sebab orang yang aku jumpa sama juga macam aku, insan senasib yang sama2 berjuang sebagai PLHIV.


Sepanjang perjalanan menaiki kereta, aku tidak banyak bicara. Kulihat hanya sahabatku saja yang sibuk berhubung dengan LR dan Survivor AHP yang sudah sampai lebih awal dari kami. Pusing punya pusing kami tersesat beberapa kali. Namun dengan kebijaksanaan Mael, kami dapat berjumpa dengan dua orang sahabat yang sudah lama menanti kedatangan kami.


Pertama kali bersalaman dengan LR dan Survivor AHP lalu kami terus menuju ke teratak LR. Alhamdulillah kami selamat sampai dan dipertemukan dengan 2 sahabat senasib. Menu Daging Asam Pedas LR aku akui tak ada tandingannya. Rugi siapa tidak dapat menikmati keunikan rasa menu yang dicipta sendiri oleh LR yang memukau jiwa. Sepanjang malam pula Survivor AHP dan Mael bergebang hingga hampir pagi. Aku pula terus tertidur keletihan walaupun sekali sekala aku terjaga dek suara dan gelak tawa Survivor AHP dan Mael yang memecah keheningan malam.


Detik demi detik berlalu. Satu persatu insan tabah dan kuat hadir di depan mataku. AHP, Fareez Fauzi, Laila Isabella, Ayie, Sharidan juga Fariza. Kami duduk semeja dan makan bersama2 sambil menikmati alunan lagu2 karaoke sempena majlis persandingan adik LR. Mujur takda dari kalangan kami yang menyumbangkan suara masa tu hu hu hu. Apapun itulah detik2 yang amat kurindui. Walaupun pertemuan itu tidak dirancang rapi tetapi impaknya tetap mekar di sanubariku. 


Selesai saja kami menjamu selera, kami terus berkumpul di kediaman LR. Rasanya pertemuan ini aku tak mau akhiri dengan perpisahan. Namun aku akur dengan ketentuan setiap pertemuan ada perpisahan. AHP dan Laila meninggalkan kami dalam keadaan cuaca mendung dan hujan seolah2 perpisahan hari itu ditangisi oleh alam yang menjadi saksi. 


Pada sebelah malamnya, kami sempat jalan2 ke ICity sambil cuci2 mata. Kemesraan yang terjalin membawa silaturahim yang murni. Insan bernama Fareez Fauzi, boleh dikatakan memiliki kehebatan luar biasa. Malam itu aku dan Mael dibuai keenakan. Kepakaran Fareez Fauzi memang tiada tandingan hingga aku tertidur. hu hu hu... Allah turunkan kelebihan pada Fareez Fauzi yang jarang ada pada orang lain.


Sepanjang 3 tahun ini banyak merakamkan suka dan duka kehidupanku sebagai pembawa HIV+. Sebelum ini aku kurang menghargai tiap detik kehidupan dan ia banyak berlalu begitu saja. Aku tetap bersyukur dengan keadaanku sekarang walaupun aku adalah PLHIV. Pandangan dari kaca mata seorang PLHIV memang jauh berbeza dengan pandangan dari kaca mata semasa aku masih non-PLHIV. Hakikatnya aku sentiasa berusaha agar kehidupanku lebih baik berbanding sebelumnya. Moga husnul khatimah berjaya kuperoleh. Insya Allah..





( Lirik lagu ini menyentuh jiwa dan sanubariku. Pada saat aku dilanda kejatuhan semangat, aku akan mendengar lagu ini dan cuba menghayati intipati liriknya)






6 comments:

  1. Saya doakan semoga Allah SWT berikan kekuatan semangat untuk Azam menghadapi ujian ini dan yang lebih penting adalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada Azam. Percayalah, setiap ujian yang Allah berikan dalam hidup ini kerana Allah hendak mengangkat martabat seseorang itu.

    ReplyDelete
  2. kuatkn semangat...alhamdulilah..

    ReplyDelete
  3. kepada eddy:

    terima kasih sbb promote. sy dah pernah cuba transfer factor. harga sgt mahal. sy tak mampu...

    ReplyDelete
  4. kepada azam ali..
    sy mendoakan agar saudara terus tabah dan kuat menghadapi segala rintangan..
    untuk pengetahuan saudara..saya baru sahaja membuat ujian rapid test sendiri di rumah selepas 3 bulan dari tarikh berkemungkinan berisiko dijangkiti HIV. alhamdulilah keputusannya negatif.. tetapi masih saya ingat ketika beberapa hari sebelum mengambil ujian tersebut.. mcm2 perasaan sy rasa. baru datangnya perasaan taubat dan insaf pada diri saya yang tinggi. dlm beberapa hari itu la baru saya faham dan rasa apa yg plhiv rasa..saya tak akan walau sesekali memandang hina dgn mana2 plhiv.dan kalau diberi peluang untuk berkawan dgn mana2 plhiv pun saya x kisah.kerana baru skarang sy faham bahawa darjat seseorang hanya diukur oleh Allah diatas segala amalan dan tingginya taubat seseorang.. kita semua bersaudara...

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST