entah kenapa bila aku mula menaip entry kali ini aku dihujani rasa sebak dan hampir menitiskan air mata. aku cuba kawal diri agar tidak terlalu dikuasai emosi. kebiasaannya aku tenang saja bila menulis sesuatu dalam blog ini tapi tidak pula pada kali ini.
hari kedua aku makan ubat HAART, kesan yang kurasai tidak jauh beza dengan yang aku ceritakan kelmarin. aku ingin saja berbaring rasanya sebab rasa mual nak muntah tu selalu saja datang. rasa pening2 tu sudah semakin kurang sebab selepas mkn ubat smlm aku terus terlena mungkin sebab kepenatan.
aku terjaga seawal pukul 12:30 pagi. kurasakan ketika itu rasa pening2 teramat2 sangat. aku rasa seperti menaiki bot yang dipukul ombak badai besar. aku cuba berjalan hidupkan suis lampu untuk melihat jika ada kesan2 lain terutama pada kulit. terus terang itulah yang amat aku bimbangi sebab andai berlaku kesan sampingan pada mana2 anggota tubuhku, sudah pasti orang lain tertanya2 kenapa ia jadi begitu.
Aku akan sentiasa memerhati andai ada sebarang tanda2 ruam pada tubuh badanku. ingin saja aku meluahkan rasa hati tapi pada siapa..banyak yang mahu aku ceritakan. kerap saja aku merasakan ajal aku sudah semakin dekat. namun aku belum bersedia lagi..lalu bagaimana untuk aku mengatur segala2nya andai ajal itu datang. aku tak punya siapa untuk membantu diriku terutama hal2 tentang pekerjaan dsb..
lalu hanya pada Allah sahaja tpt aku mengadu. ibubapaku masih tidak tahu lagi aku sedang memulakan HAART. mereka cuma tahu aku tak berapa sihat. namun bagaimana pula nanti andai tanda2 itu keluar? aku malas lagi nak fikir..nanti dah la aku ni pening2, bertambah pening lagi dek tak dapat mengawal minda sendiri.
Aku akan sentiasa memerhati andai ada sebarang tanda2 ruam pada tubuh badanku. ingin saja aku meluahkan rasa hati tapi pada siapa..banyak yang mahu aku ceritakan. kerap saja aku merasakan ajal aku sudah semakin dekat. namun aku belum bersedia lagi..lalu bagaimana untuk aku mengatur segala2nya andai ajal itu datang. aku tak punya siapa untuk membantu diriku terutama hal2 tentang pekerjaan dsb..
lalu hanya pada Allah sahaja tpt aku mengadu. ibubapaku masih tidak tahu lagi aku sedang memulakan HAART. mereka cuma tahu aku tak berapa sihat. namun bagaimana pula nanti andai tanda2 itu keluar? aku malas lagi nak fikir..nanti dah la aku ni pening2, bertambah pening lagi dek tak dapat mengawal minda sendiri.
aku tidak tahu apa jawapan yang sesuai utk menepis persoalan2. yang ada difikiran aku cuma ingin jumpa doktor.. fuhhhhh... 500km lg beb... mana tahan oooo.... namun dalam hati aku berdoa yang baik2 saja buat diriku kerana aku yakin allah telah takdirkan ujian ini bersesuaian dengan tahap keimanan dan kemampuanku. itulah kata2 yang jadi pegangan aku agar aku tidak terlalu memikirkan kesan2 sampingan teruk HAART ( moga aku tak tergolong ke dalam kumpulan2 itu).
hari ini aku akan bekerja seperti biasa cuma aku akan berbaring saja nanti. akan kucari mana2 port tersembunyi yang strategik utk aku berbaring selepas aku menulis nama di buku kedatangan. lagipun sepanjang 3 hari ini tidak ada sesi yang melibatkan tugasku. ada hikmahnya pada tahun ini aku tidak tersenarai sebagai pengawas peperiksaan. jadi baki2 hari yang ada aku habiskan dengan rehat yang cukup.
sementara kawan2 sekerja yang lain aku dengar mereka sibuk mengatur jamuan sempena aidilfitri. tapi aku, aku meneruskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal ini. hari ni masuk hari kelima aku melaksanakannya. kelmarin aku hampir lagi berpuasa tapi aku masih lagi bimbang tentang kesan sampingan HAART dan rasa keletihan yang masih belum reda setelah menempuh perjalanan 9 jam dari hospital.
Salam Azam,
ReplyDeleteInsyaAllah semuanya kan baik2 saja, akak doakan semuga kesannya tidak secara fizikal, bertahannya, hati2 dan jaga diri baik2.
terima kasih MW....
DeleteSalam,
ReplyDeleteSemalam saya tak leh tidur kerana memikirkan bagaimana AA nak atasi masaalah AA berkaitan jarak antara hospital dengan rumah.
Jauh sangat tu.
Saya tahu AA mengambil ubatan di hospital yang jauh tu dan mereka beri pulak hanya sebahagian (bukan bekalan utk sebulan) bermakna AA terpaksa ke hospital lagi yang jauh tu dalam seminggu dua ni lagikan.
Bagaimana pula tentang ujian air kencing utk check buah pinggang (kesan dari Tenvir EM) dan darah yang perlu diambil setiap bulan seperti yang saya lakukan sekarang. AA terpaksa berulang alik kehospital yang jauh tu sendirian setiap bulan.
Bermakna AA terpaksa ke hospital setiap bulan hanya untuk ujiuan darah dan air kencing dan setiap bulan pula untuk mengambil ubatan yang dibekalkan. (hospital hanya membekalkan ubatan hanya setiap bulan sekali sahaja)
Nasihat dan pandangan saya yang tak bijak ni...AA cuba aturkan tarikh ujian darah dan air kencing sama dengan tarikh mengambil bekalan ubat, bermakna boleh buat kerja dua dalam satu.
Walaubagaimana pun AA masih terpaksa ke hospital yg jauh tu setiap bulan kan. Betul kan...
Satu lagi kalau terpaksa AA cuba suruh pihak hospital send ubatan melalui post sebab jarak rumah dan hospital sangat jauh, tak kan AA nak travel setiap bulan hanya nak ambil ubatan tersebut. Tapi cara ni dibimbangi ubatan akan lewat diterima pulak, tu yang takut tu.
Tapi saya rasa AA patut mengubah rawatan dan mengambil ubatan ke hospital berdekatan tempat tinggal AA.
Saya dulu pun rasa takut nak ubah tempat rawatan ke hospital dekat rumah kerana itu saya sanggup travel dari utara hingga ke Johor, kemudian kerana tak tahan saya tukar ke KL.
Jarak jauh campur dg kepenatan dlm perjalanan sikit sebanyak boleh mempengaruhi darah yang diambil dari tubuh kita pada ketika itu ...(rasa saya lah)
Dan oleh kerana saya masih tak berdaya travel ke KL, saya terpaksa stop dari menerima rawatan di KL hingga jatuh sakit.
Dan terpaksa menerima rawatan berdekatan dg tempat tinggal selepas keluar hospital, ya mula2 memang ada rasa takut mana tahu terserempak dg orang yang dikenali dihospital, memang ada jiran yang bekerja di hospital mana tahu takut dia tahu tentang saya...
tetapi alhamdulillah sudah hampir 3 tahun sepanjang saya ke hospital saya masih tak bertemu dg orang yang saya kenbali. Perasaan bimbang dulu bertukar menjadi semakin yakin.
Saya tahu AA bimbang dikenali rakan yang bekerja di hospital berdekatan tempat tinggal AA tu, tetapi AA boleh ke sana cuba memakai topi maybe pakai spek supaya idantiti AA tak terserlah bila AA ke hospital berdekatan tempat tinggal AA skrg. Satu lagi biasanya kat hospital kan ramai orang insyaallah orang tak kenal AA, doa padaNya selalu dan berserah....
Bukan apa saya pulak risau macam mana AA nak menempuh setiap bulan perjalanan yang jauh ke hospital tu hanya untuk mengambil ubatan dan temujanji, lain lah kalau AA dapat kebenaran mengambil stock ubatan utk beberapa bulan.
Apa pun terpulang buat AA buat keputusan... itu hanya pandangan saya sahaja, tentu ada yang tak betul tu... hanya AA yang tahu dan boleh buat keputusan.
Insyaallah segala kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Tak pa AA fikir dan ambil masa untuk mengubah cara dan lokasi tempat rawatan AA tu...Semoga dipermudahkan segala2nya :)
Sori kalau ada salah tulis hehehe... :)
Najmi;
DeleteAzam nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan kat azam. mmg btul apa yg najmi katakan tu, azam jg pernah terfikir laratkah aku berulang alik ke sana nanti.. azam akan fikirkan saranan yg najmi bgtau ye.. makaseh bebanyak sbb awk sgt2 concern kat sy wlpun kita x kenal lg
Najmi ;
Deletesbila sy terjaga kul 12:30 mlm, sy tak dpt tiddur lena... ntah kenapa.. fikiran sy asyik fikir mende2 yg pelik2 dan adakalanya sy fikir sy ni dah mati...mungkin ni kesan stocrin yg wat azam jd khayal... tak tau mcm mana nak kawal fikiran tu supaya azam dpt tidur balik dengan lena...azam rasa mcm tak cukup tidur je
Sebaiknya Azam sebelum tidur baca Al Fatihah dan 3 Qul, cuba tidur mengiring badan kanan dibawah alahhh macam tidur Rasulullah sebaiknya mengadap Qiblat... insyaallah mimpi2 tu tak menganggu dan yang pasti sebelum subuh AA akan terjaga untuk solat subuh... itu antara amalan saya. Satu lagi setiap kali sebelum telan ubat baca sekali Alfatihah, 3 kali selawat keatas Nabi dan bismillah lah dalam masa yang sama lintaskan dlm hati supaya kesan ubatan tu akan serasa baik dg tubuh AA. Insyaallah semuanya akan jadi baik nanti.... :)
Deleteazam, saya doakan awak tabah dan akan melepasi fasa ni dengan baik. Doa saya buat kamu. Walaupun saya nonplhiv, tapi terasa sebak dgn apa yang awak lalui, dan saya tahu mungkin hampir kesemua plhiv yang amik Haart lalui.
ReplyDeletesayu mata membaca coretan, sayu lagi hati yang mencoret.
Terima kasih DarkAngel a.ka Malaikatgelap..
DeleteAzam cuba hapai ujian ini sebaik2nya... itulah nasib azam sebagai plhiv.. apa boleh buat
sian azam..moga tabah
ReplyDeleteSalam abg najmi,
ReplyDeleteSaya nak bertanya pendapat. Saya disahkan HIV beberapa bulan yg lepas dan bakal memulakan HAART. Saya ada terbaca ubatan alternative yg boleh menyembuhkan HIV, saya sedar HIV tiada ubat nye smpi skrg tp x salah mencuba sebab semuanya dr Allah.
Masalahnya CD4 saya agak rendah, jadi saya kurang berani utk mencuba. Saya nak bertanya kalau saya ambil ubatan HAART sampai CD4 count saya tinggi kemudian stop kejap untuk melihat kesan ubatan herba dalam beberapa bulan mcm mana pendapat abg najmi.
Saya keliru, tp saya sememangnya mahu mencuba utk melihat keberkesaan dan kebenaraan nya. Saya akan cuba suarakan persoalan saya di kepada doctor nanti bila sebelum saya mengambil ubatan HAART.
Minta sangat pendapat abg najmi. Sejujurnya saya terima semua ni disebabkan kesalahan sendiri dan saya mmg berubah drastik selepas disahkan HIV.
Mmg pihak disana mengatakan ada yg sudah sembuh, itu yg yg saya nak memcuba melihat kebenaran dan keberkesanan dlm beberapa bulan. Kalau tiada apa perubahan saya akan kembali kepada ubatan HAART.
This comment has been removed by the author.
Delete