Wednesday, 19 September 2012

HAART Azam hari kelapan


syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana masih memberiku peluang untuk meneruskan perjuanganku dalam hidup. 

Hari ini masuk hari kelapan aku mengambil dua jenis ubat HAART iaitu Efavirenz ( Stocrin) dan Tenofovir Em. Kombinasi dua ubat yang dipilih oleh doktor yang memantau perkembangan cd4ku seminggu yang lepas. semalam seperti biasa aku menelan ubat2an tersebut pukul 10 mlm sebelum tidur.


pada mulanya, masa yang dicadangkan pukul 9 malam tetapi aku mengubahnya memandangkan ia terlalu awal bagiku. jika aku memilih 9 malam banyaklah kerja yang aku tidak dapat sempurnakan untuk pekerjaanku keesokan harinya.


justeru aku telah memilih untuk makan ubat pukul 10 malam. setakat ini, aku rasa semakin sihat dan tidak mudah mendapat selsema dan demam. jika sebelum ini, aku kerap bersin dan selsema. tetapi semenjak aku ambil ubat HAART, aku dapati keadaan2 tersebut suda tidak aku alami. aku rasakan diriku sihat sesihat2nya. syukur pada ilahi yang memberikanku nikmat sihat. sebelum ini aku selalu saja alami masalah selsema dan demam.


selera makanku juga makin bertambah namun aku juga amalkan senaman ringkas setiap hari agar berat badan dapat kukawal. aku juga selalu menggunakan alat tekanan darah untuk aku ketahui sendiri tekanan darahku. jika sebelum ini, kadar bacaannya rendah tetapi kali ini naik sedikit tapi ia tidaklah sampai ke paras bahaya. masih di paras normal lagi.


esok adalah hari aku menempuh kembali perjalanan yang panjang ke kota kinabalu. aku akan memulakan pemanduan selepas sesi bekerja. kebetulan pada hari esok aku telah dilantik sebagai fasilitator program yang diadakan di luar jadi aku rasa aku boleh quit awal sebab ada 4 orang termasuk aku yang bersama2 menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. aku sudah maklumkan pihak urusetia bahawa aku terpaksa keluar seawalnya untuk memulakan perjalanan yang jauh.


blog ini mungkin akan senyap seketika selama aku berada di kota kinabalu dan ia akan kembali dengan entry terbaru sekembalinya aku dari sana. doakan agar aku selamat pergi dan balik. doakan agar tahap kesihatanku terbaik dan kombinasi ubat yang diberi tidak menjejaskan tubuh badanku serta dapat bertindak dengan berkesan mengawal virus yang ada dalam tubuhku.

4 comments:

  1. Alhamdulillah...moga lancar segaka urusan. Seronok membacanya. Jatuh bangun pkara biasa dlm hidup sama ada kita plhiv atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... ini kejayaan abg pie, kejayaan kita bersama dalam komuniti positive worrior..selepas ini akan lebih banyak lagi kejayaann yg kita tempuh bersama insya allah..

      Delete
  2. Salam. Terima kasih saudara menitipkan kisah pengambilan ubat HAART yg mana saya akan mula rawatan ni esok. Dengan segala kisah kesan sampingan dr pengambilan ubat ini sekuranhnya saya telah apa saja kemungkinannya. Saya juga disaran mengambil ubat HAART yg sama spt saudara di ambil malam jam 10. Saya hrp lepas ni kita dapat berkongsi cerita. Utk pngetahuan saudara saya juga penah menetap di sabah n kerap kali pulang ke sana berjumpa kluarga n sahabat, hrp suatu hr nnt dpt berjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymous;

      insya allah.... sy sgt gembira jika perkongsian dlm blog ini boleh manjdi panduan buat awk. wlpun ia lebih berbentuk luahan hati namun itulah luahan hati sy yg sebenar tanpa berselindung dan berpura2 maupun menyembunyikan hakikat kesan pengambilan ubat HAART terhadap diri saya.. sy doakan moga awk dpt menempuh perjuangan seterusnya dengan berani dan tabah. jgn mudah mengalah.

      Delete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST