Dengan Nama Allah Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Kombinasi 2 ubat HAART seperti biasa aku telan diikuti dengan meminum air yang banyak sebelum aku terus lena dibuai mimpi. aku sudah takut untuk berjaga semata2 mahu melihat kesan yang aku alami seperti yang kulakukan pada hari pertama. tidak membawa apa2 manfaat buat diriku sebaliknya ia menambahkan rasa ketakutan kepada diriku akibat perubahan yang luar biasa pada diri. jadi seeloknya aku terus masuk bilik dan tidur agar apabila kesan ubat itu sudah berjalan aku tidak menyedarinya.
Sebelum tidur, aku sempat menyapu di bahagian betisku dengan krim balsem berwarna kuning utk mengurangkan kesan kebas2. ada juga kusapu sedikit di bahagian dada sebab aku masih lagi mengalami sakit dada sedikit. entah apa punca sakit dada yang aku alami. X-ray yang diambil tidak menunjukkan apa2 simptom penyakit. Doktor sendiri yang mengesahkan paru2 aku sihat. tapi entahlah kenapa dada aku masih kekadang terasa sakit bila aku menarik nafas dalam2.
aku terjaga seawal pukul 1:30 pagi. tiada suda kesan loya seperti yang kualami 2 hari lepas cuma adala sedikit rasa pening dan ia tidak seteruk pening yang kurasai sebelum ini. aku menuju ke bilik air untuk kencing. aku berasa lega kerana aku tidak lagi berasa terhuyung hayang yang teramat sangat kali ini.
selepas itu, aku baring kembali di tempat tidur dan cuba mengamati keadaan yang kualami. aku sudah tidak mencari2 kesan sampingan yang ada pada tubuhku atas nasihat rakan2 ia sebenarnya tidak baik untuk diriku. just let it go. hadapi dengan tenang. cuma yang aku ingat di saat aku terjaga kali ini aku telah mengalami mimpi yang susah untuk ditafsirkan.
mimpi tersebut bercampur2 pula. yang aku ingat, aku berada di dalam sebuah pesawat penerbangan ke satu destinasi dan pesawat itu sedang dirampas oleh penjenayah. Mimpi yang satu lagi, aku sedang berada di sebuah alam misteri di mana aku sedang dalam usaha untuk menyelamatkan sebuah kerajaan yang sedang mengalami masalah. masa depan kerajaan itu terletak di tanganku.....dot dot dot
cukuplah hanya sekadar mimpikan.. tapi seronok jugak mimpi pelik mcm itu daripada memikirkan perkara yang bukan2.
alhamdulillah, pada hari ini aku mula rasa bertenaga seperti dulu. Rasa pening pun cuma ada sedikit saja berbanding dua hari sebelum ini dan lazimnya berlanjutan bila aku terbangun dari tidur dan ia terus menerus aku alami sehingga ke tempat kerja. rasa mual pun sudah hampir tiada.
Apapun aku tidak boleh terlalu berasa selesa sehingga selesai tempoh 2 minggu yang diberikan. Darahku akan diambil dan diuji sama ada ubat HAART yang aku makan sesuai atau tidak dengan tubuh badanku. aku juga tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. apapun aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa kuat dengan ujian yang aku tempuh.
Ulangan komen saya seperti dlm entry sebelum ini,
ReplyDeleteSebaiknya Azam sebelum tidur baca Al Fatihah dan 3 Qul, cuba tidur mengiring badan kanan dibawah alahhh macam tidur Rasulullah sebaiknya mengadap Qiblat... insyaallah mimpi2 tu tak menganggu dan yang pasti sebelum subuh AA akan terjaga untuk solat subuh... itu antara amalan saya.
Satu lagi setiap kali sebelum telan ubat baca sekali Alfatihah, 3 kali selawat keatas Nabi dan bismillah lah dalam masa yang sama lintaskan dlm hati supaya kesan ubatan tu akan serasi baik dg tubuh AA.
Insyaallah semuanya akan jadi baik nanti.... :)
Kesan ni akan datang berulang, ada ketika AA tak rasa tapi kemudia kesan akan dtg balik, itu yang saya alami sebelum ini.... insyaallah lepas sebulan semuanya akan jadi okey...
Mudah2an semua akan berjalan lancar dan dipermudahkan.... :)
Najmi ;
Deleteterima kasih ya... azam akan praktik mlm ni
ok semakin bagus, alhamdulilah
ReplyDelete