Thursday, 20 September 2012

HAART Azam hari kesembilan

perhatian; gambar sekadar ilustrasi sahaja.


Alhamdulillah, nampaknya aku rasakan tahap kesihantku semakin bertambah baik selepas seminggu aku mengambil ubat HAART. aku rasa semakin bertenaga berbanding sebelum ni. aku juga tidak mudah dijangkiti selsema dan demam walaupun aku terkena tempias hujan sepanjang hari kelmarin cuaca yang hujan saja sepanjang hari.


aku juga dapat rasakan kulit2ku semakin tegang hahahahahahaha... rasa yakin diri semakin aku rasai berbanding sebelum ini di mana aku masih percaya bahawa supplement2 tambahan mampu menjadikan aku lebih sihat. tetapi kali ini, aku mengatakan ubat HAART yg doktor bagi tu memang menakjubkan. aku raa diriku makin 'ganteng' hahahahahahahaha.... perasan padahal sedar2 la diri tu siapa oiiii... kau tu cuma hamba, yg kat atas sana tu sentiasa memerhati jadi jgn nak ckp2 besau ye....


aku hentikan sementara pengambilan supplemen yang aku biasa ambil sebelum ini. bukannya apa, aku cuma risau bahan2 supplemen itu boleh menjejaskan fungsi ubat HAART yg aku makan. aku akan bertanya pada doktor pada sesi perjumpaan isnin depan berkenaan supplemen2 yg boleh dan tidak boleh aku ambil bersama2 dengan ubat HAART yg aku makan nanti.


itu cuma apa yang aku rasa dan bukannya hasil dari laporan doktor yang akan melihat hasil pemeriksaan darahku yang akan diambil pada hari jumaat 21hb september ni. aku tak boleh terlalu rasa diriku sudah berada dalam zon yang selesa. 


namun, itulah caranya agar aku berfikiran positif agar aku tidak berasa susah hati mcm sebelum ni. untuk lebih melicinkan sesi temujanji dengan doktor nanti, aku akan cuba mengimbas semua yang berkaitan dengan kesan2 yg aku alami sepanjang mengambil ubat. aku juga akan ajukan persoalan2 yang boleh aku jadikan panduan. untuk itu, aku akan buat catatan ringkas dalam buku kecil ttg soalan2 yang akan aku kemukakan nanti. biasanya, sebelum jumpa doktor, banyak tu soalan nak ditanya tapi bila dah kena panggil dan berdepan dengan doktor, ada la tu yg dilupa.. 



5 comments:

  1. salam kenal. TQ sudi follow blog KA ye. Dah follow u juga 26 dan KA doakan yng terbaik for u ye . Jaga diri!

    ReplyDelete
  2. Salam saudara azam. Alhamdulillah malam td sy dah mula telan haart. Jam 10 telan tp jam 11 masih blom rasa effect. Sy siap blh pi beli burger lg. Kmudian bru sy rasa kepala berat, pening2 sikit n terhoyong hayang, bilik ni agak mcm bergerak sndri tp kesan nya x brapa strong. Sy msh boleh jln ke dapur minum air n tandas. Kmudia sy tertido smpi pg ni. Alhamdullilah jgk pg ni sy bgn tnpa sbrg rasa effect tu. Smlm sy practikkan apa yg saudara najmi nasihatkan, baca alfatihah selawat nabi n tidor mengiring ke kanan. Tp ini baru hr pertama tp xtau la esok2 nya. Hrp keadaan begini berterusan n sy boleh jalani hdp spt biasa wlupun tpaksa menelan ubat haart hr2. :)

    ReplyDelete
  3. keep up doing that wahai sahabatku.....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, maaf menyibuk, hehe. Tapi saya gembira sebab awak dah okay, maybe stocrin tu dah adapt dan awak rasa lebih sihat.

    take care k.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST