Selamat menyambut hari malaysia yang ke-49 buat semua.
Bersesuaian dengan sambutan hari malaysia yang dibuat pada setiap tahun, menjadi kewajipan kita untuk menjaga dan mempertahankan perpaduan yang telah sedia wujud hasil daripada usaha titik peluh pemimpin2 terdahulu.
jika 31 ogos 1957 negara hanya terdiri daripada tanah malaya, tetapi pada 16 september 1963, ia terdiri daripada gabungan tanah melayu, sabah, sarawak, singapura dan brunei. cuma atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, akhirnya singapura dan brunei membawa haluan masing2 dan sehingga kini tinggallah semenanjung malaysia, sabah dan sarawak yang kekal dalam Malaysia.
Ayat permulaan entry kali ini agak patriotik. ia ada kaitan secara tidak langsung dengan keadaanku kini yang terdiri daripada aku dan kombinasi 2 ubat iaitu stocrin dan tenvir em. 3 unsur yang ada menjadikan aku sihat walafiat seperti sediakala dengan izin Allah dan ia akan berterusan sampai ke nafas yang terakhir.
Aku mungkin tidak dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan positif semenjak aku didiagnose sebagai PLHIV jika aku enggan memulakan rawatan HAART seperti yang disarankan oleh doktor. Oleh itu, persetujuanku secara sukarela tanpa paksaan daripada mana2 pihak untuk memulakan rawatan adalah sangat tepat dan bijak.
menjadi tanggungjawabku untuk menjaga dan memelihara agar diriku dan 2 jenis ubat yang aku makan sentiasa bersama walau di mana jua berada bagi memastikan kelangsungan kesihatan diriku yang terjamin. tidak boleh salah satunya hilang. yang pasti ketiga2nya saling memerlukan.
Aku juga perlu lebih berdisiplin dalam pengambilan ubat mengikut masa. Aku harus bersyukur kerana diberi pilihan yang terbaik memakan ubat hanya sekali sehari kerana ia memudahkan diriku menjalani ibadah puasa pada tahun2 seterusnya.
negara sudah 49 tahun bergelar malaysia, 56 tahun merdeka. itu dalam konteks kenegaraan tetapi dalam konteks aku pula, aku suda diisytiharkan sebagai PLHIV secara rasmi pada 25 NOVEMBER 2009, iaitu hampir 3 tahun lalu dan sebagai PLHIV aku memulakan pengambilan ubat HAART pada 11.September.2012, bermula pada tahun ini. dua tarikh bersejarah itu kekal dalam ingatanku sepanjang hayat.
Memasuki hari yang keenam, aku mula berasa semakin bertambah serasi dengan ubat2an yang aku makan. stocrin, dengar nama ubat ini mula2 aku jadi gerun sebab ramai yang cakap ubat ini memberikan side effect yang sangat kuat. memang ternyata benar kerana aku sendiri yang mengalaminya.
Sebagai seorang PLHIV, aku tidak boleh menjadi seorang yang tewas sebelum berjuang dan berpantang maut sebelum ajal. mengapa aku harus biarkan diriku dikuasai ketakutan yang melampau dengan ubat2an ini. tak kisahlah side effectnya mcm mana, aku masih tetap dapat bernafas, masih dapat melihat keindahan alam, masih dapat menghabiskan sisa2 kehidupanku bersama keluarga tercinta.
cuma kawalan diri sendiri itu amat penting. rakan2 positive worrior ada bersama2ku meneruskan perjuangan hidup walaupun keluargaku masih tidak tahu status diriku. itu sudah cukup buatku kerana kekuatan yang terpancar dari komuniti positive worrior banyak membantu diriku menghadapi onak dan duri sepanjang didiagnos sebagai PLHIV.
dunia hari ini menyaksikan kecanggihan sains dan teknologi dalam dunia perubatan. setiap masalah yang ada pasti ada jalan penyelesaian yang sesuai buat kita. jadi mengapa aku perlu takut sedangkan aku belum mencuba sepenuhnya.
pelbagai alternatif boleh dipilih dan itu adalah tugas doktor untuk memilih yang terbaik buat kita. aku belum tahu sejauh mana keserasian ubat stocrin an tenvir em yang telah kumakan kerana darahku perlu diambil dan dianalisis secara terperinci.itulah jawapan yang tepat kepada persoalan yang kuhadapi kini.
pada hari khamis ini aku bakal memulakan perjalanan yang panjang ke kota kinabalu. kerisauan ada juga sedikit kerana tubuhku masih dalam fasa permulaan menyesuaikan diri dengan ubat. namun, aku perlu mencuba.
aku tahu bukannya mudah memandu sejauh itu dalam keadaan bentuk fizikal muka bumi sabah yang bergunung ganang ditambah lagi aku yang kekadang berasa pening dan hendak rebah( mungkin kesan ubat). aku perlu berhati2. jika aku rasa tanda2 itu datang aku harus berhenti dan berehat. jika dah ok baru aku teruskan pemanduan. itulah percaturan yang aku buat demi masa depan diriku kelak
bukannya tidak ada cara lain yang boleh membantu. aku ada keluarga yang menetap di kota kinabalu dan mereka boleh pada bila2 masa saja datang menjemputku sama ada di lapangan terbang ataupun di stesen bas. namun aku kira itu boleh menyusahkan mereka. lagipun tentu mereka tertanya2 mengapa aku yang kelihatan sihat asyik berulang alik ke hospital.
selain itu, aku juga perlu memikirkan faktor kos. aku boleh menaiki kapal terbang dan menyewa kereta namun kosnya sudah melepasi RM500. gajiku bukanlah puluhan ribu, aku bukannya kaya raya pun. aku tau ukur baju di badan sendiri. jika aku memandu, kosnya tidaklah sampai rm200 ulang alik sebab kenderaanku jenis yang jimat minyak dan aku sentiasa pastikan penyelenggaraannya terjaga.
paling simple, tukar minyak enjin dalam sebulan pernah 2 kali aku ke bengkel untuk menukarnya. sepupuku yang kebetulan bekerja di bengkel berhampiran berasa hairan sebab aku kerap menukar minyak enjin. faham juga dia aku selalu jalan jauh.
aku perlu rehat yang cukup sebelum memandu agar tidak berasa terlalu letih. mujurlah pada kali ini cuti 3 hari la pulak termasuk hari isnin kerana hari malaysia jatuh pada hari ahad. ada hikmah semua ini buat diriku. aku tahu allah sangat sayangkan hamba2nya dan itulah yang dpt kurasakan. biar tidak dapat kasih sayang manusia asal dapat kasih sayang allah. apa guna kasih sayang manusia jika merea semua tidak ikhlas dan hanya untuk kepentingan mereka sahaja.
(hakikatnya aku memerlukan kasih sayang semua tapi biarlah ikhlas hu hu hu)
kebetulan juga aku dikehendaki menghadiri kursus berkaitan bidang kerjaku yang diadakan pada hari jumaat dan sabtu. bila aku merujuk tarikhnya, aku berasa lega kerana ia diadakan pada 28 dan 29hb ini iaitu selepas minggu aku temujanji dengan doktor untuk memantau fasa permulaanku dalam menjalani rawatan HAART. Alhamdulillah...
AzamAli,
ReplyDeleteHari khamis ke KK lagi...
Pengalaman saya siang hari kesan ubatan tidak ada, yang penting tidur awal untuk persediaan perjalanan jauh keesokan harinya itu. Cuma risau kalau cuaca dlm perjalanan panas atau terlalu sejuk boleh buat diri kita rasa mengantuk, perjalanan tu pulak berbelok-belokkan.
Apa yang boleh saya kata hanya perlu berhati-hati dan insyaallah saya doakan supaya selamat pergi dan balik.
Dan Selamat Hari Malaysia, kerana hari ini lah yang menyebabkan kita bersatu dlm sebuah negara, kalau tak tentu saya tidak kenal seorang yang bernama Azam Alikan.
Najmi;
ReplyDeleteterima kasih atas doa yang dititipkan. segala tips yang najmi ajar berguna buat saya. ukhuwah yang kita jalinkan sangat berharga dan kekal dunia akhirat.
Allah maha pengasih dan penyayang
ReplyDelete