Wednesday 12 September 2012

HAART Azam hari Pertama



Dlm keadaan pening2 aku masih gagahkan diri lagi untuk menaip dlm blog. Inilah kesan pengambilan HAART yg aku sebutkan semalam. Nasib baiklah ubat HAART yang aku makan ni cuma ambil sekali je dalam sehari kalau dua kali, tak taulah mcm mana... apapun aku tabik kat kawan2 yang mampu ambil 2x HAART dalam sehari.

Mula2 lepas telan ubat kesan tu belum terasa sempat lagi yeyeyeye... tp dalam hati tertanya2 adakah aku ni kebal.

Sejam berlalu, akhirnya aku mula rasa seperti berada dalam buaian. badanku terasa panas plak. mungkin kesan demam panas yg aku alami ditambah lagi dengan ubat HAART yg baru je aku mkn. Aku asyik melihat2 adakah sebarang perubahan kat mana2 anggota badanku sebab aku pernah terbaca tentang kesan pengambilan stocrin yang menyebabkan timbul ruam2 pada kulit. setakat ni belum ada lagi, yang ada cuma rasa pening2 saja.

sepanjang malam aku seperti tidur2 ayam je. rasa mual yang membuatkan aku tak dapat tidur nyenyak. Air hampir 4 gelas besar habis kuminum mujur aku tak terkencing di tempat tidur sebab terlebih minum.

Kalau diikutkan sepatutnya aku boleh dapat cuti sebab sebelum ni ada kawan2 yang  mulakan HAART dibagi cuti oleh doktor hampir seminggu. Tapi kes aku ni tak tau mana silapnya. Mungkin doktor pun terlepas pandang agaknya. Aku pula mungkin sebab terlalu gementar tatkala dapat melihat ubat2 stocrin tu dimasukkan ke dalam pelastik dan diserahkan kepadaku, akhirnya aku menjadi lupa untuk memberitahu doktor perihal cuti.

Pagi tadi bagun je dari tidur, kesan ubat tu masih ada cuma tidaklah seteruk mcm semalam. rasa pening ada tapi aku masih boleh kawal. tapi memang agak terkejut juga dengan keadaan yang pertama kali aku alami. pergerakanku di tempat kerja agak terbatas memandangkan aku masih lagi rasa pening. Rasa mual nak muntah pun ada aku rasa. aku tak tahu apa pula kesan yang akan aku alami seterusnya..

Terima kasih kwn2 yang sudi berkongsi luahan rasa dan pengalaman terutamanya kepada abg Pie, Survivor AHP, Camelia Sulaiman, Ash Ruff, Fareez Fauzi, Najmi, tak terkecuali kesemua rakan positive worrior.. bak kata org2 tua, saya budak baru belajar... maaf andai gaya bahasa kali ini tunggang terbalik..mungkin kesan pengambilan stocrin.. hu hu hu.. sekejap lagi azam nak telan 2 jenis ubat tu dan terus tidur...... Azam minta maaf ye kalau ada salah dan silap.. hu hu hu mcm dah nak p da ni..... doakan Azam selalu...sayang kamu semua...





12 comments:

  1. Tahniah,
    yang penting semangat untuk berjuang sihat. fokus untuk berfikir secara A, B, C dan D...

    tentang kesan seperti pening dan mual tu jangan risau. cuba elakkan makanan berminyak. untuk 'potong' pening cuba jus epal atau oren. bekal sedikit buahan2 begitu semasa berjalan jika diperlukan. atau sekurangtnya gula2 yang ada perisa yang membuatkan azam rasa kurang mual.

    segera tidur jika telah dapat tanda2 pening. minum air kosong dengan banyak sepanjang hari. tetapi jangan dekat2 nak tidur, nanti terkencing di tilam dibuatnya. hahaha...

    jika kurang selera, layankan sahaja. baguslah boleh diet sementara waktu. makan apa yang liur azam teringin dan selesa makan. saya dulu asyik makan buah2an masam hampir sebulan.

    cuti boleh diuruskan...pandai2lah. hihihi....memang azam tak sehat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kah ubat haart diambil waktu pagi?

      Delete
  2. good luck azam.. moga cepat serasi dengan ubat tu ya

    ReplyDelete
  3. salam azam.boleh tolong saya ke...saya nk ambik haard minggu dpan...tp takut la...sakit sangat ke pening tu??saya risau klu saya makan boleh ganggu kerja saya lpas 2 atau 3 jam lpas manakan ubat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk bincanglah dgn doktor yg merawat awk tu nanti...pening2 tu biasalah lama kelamaan ia akan berkurangan tp ia tgk org jgk. sy doakan kesan yg awk alami sementara je

      Delete
  4. kesan pening2 tu akan berlaku setiap hari ke sampai kita mati ke??atau hanya permulaan 2 or 3 minggu je pening2 kemudian dah takde lg or cam mana....sekarang ni dah berapa lama azam ambil ubat haard danmasih ade pening2 lg ker?kenapa de org makan 2 kali sehari dan ade yg makan 1 kali sehari...apa beza nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesan pening tu berbeza mengikut individu...ada yg akan alami pening2 di peringkat permulaan dalam seminggu lepas tu kembali seperti biasa. ada plak yang akan alami seumur hidup. awk kena tanya dgn doktor nanti jika kesan yg awk alami tu berpanjangan sbb hanya doktor yg tahu sama ada kombinasi ubat itu sesuai dgn awk ke tidak.

      sy ni mmg doktor dah bg ubat yg d mkn sekali sehari. jadi kira bersyukur jg sy. ada yg 2x sehari. apapun yg dibagi, awk kena mkn mengikut masa yg ditetapkan agar keberkesanan ubat tu dpt kawal virus dlm tubuh bdn awk n jadikan awk sihat.

      Delete
  5. saya nk tnya lg...saya ni cikgu...bermcm2 saya fikir....nk kijer pagi ke or sesi petang...sebb saya cadang nk ambik ubt pukul 10...masalahnya saya takut kesan haart semasa saya kerja...dan kebolehan saya disiplin mkn ubat...saya takut juga mkn ubat tu menyebabkan saya letih sampai tk mampu jalan tuk buat kije...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah sampai fikir mcm tu sekali.. yg penting awk kena disiplin mkn ubat ikut masa. setakat ni takde lg kwn2 yg teruk sampai tak dapat nak berjalan gara2 kesan sampingan ubat HAART. sy mula2 tu 2 hari pertama je teruk, tp sy paksa jgk dtg ke tpt keja. dlm keadaan mual dan pening teramat sgt, sy hanya mampu baring2 je. nampak sgt la kat bos keadaan sy yg perlukan rehat. so tak kan dorang takde hati dan perasaan kan bila nampak org2 bawahan dorang mcm tu?

      lg 1, kesan tu cuma sementara sj. awk jgnlah bimbang sgt.

      Delete
    2. mcm ni, klu awk ngajar sesi pagi, maknanya, jika awk mkn ubat tu jam 10 mlm, awk teruslah tidur.pastikan awk tak berjaga supaya kesan ubat yg awk mkn tu tak dirasai sgt. bila awk terjaga, awk mungkin alami sedikit kesan pening2 tu dah kiran ok. lepas dah mandi haaa ok la tu segar balik badan.

      klu ak mengajar sesi petang, bgs jgk sbb waktu pagi tu sebelum ke sekolah, klu takda komitmen lain, awk leh habiskan masa dgn berehat sblm turun mengajar. klu sy, sy prefer mengajar sebelah petang sbb kesan ubat tu dah tak ketara sgt banding klu mengajar pagi.

      Delete
  6. ini hari ke 5 saya ambil haart, still rasa pening lagi.tapi gagahkan juga untuk bekerja.apa yang saya dapat rasakan selepas saya ambil haart ni, saya rasa mengantuk sepanjang masa, rasa mual, rasa lemah, perut x selesa, kalau rasa lapar mula la rasa pening yang amat sampai nak tumbang..masyaallah, tuhan jek la yang tau..masih saya ingat pengalaman pada hari pertama saya dengan haart, rasa seperti dibuai2, mimpi ngeri silih berganti, masa tu terseksa yang amat..syukur alhamdulillah sekarang hari ke 5 semakin ok..hope kesan ni akan hilang x lama lagi, hidup mesti diteruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk dah makin serasi dengan ubat..jd skrng mesti tumpu sepenuh komitmen utk jaga masa makan ubat supaya tak tertinggal

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST