Tuesday 25 September 2012

Perlukah berterus terang dalam pengakuan borang pemeriksaan kesihatan?

24 September 2012, Temujanjiku yang pertama selepas makan ubat HAART. Kali ini aku datang agak lewat sikit dari kebiasaanya iaitu pukul 9:30pg. kulihat sudah ramai orang yang datang menunggu giliran di ID clinic hospital ini. Giliranku yang kelima belas rupanya jadi aku hanya perlu tunggu sehingga namaku dipanggil. Sempat juga staf jururawat mengarahkan untuk aku menimbang berat badan. Berat badanku pada masa ini adalah 71kg.


Sepanjang menunggu giliran, aku hanya tertumpu pada kaca tv yang menayangkan cerita tv 3. Ada beberapa orang pesakit yang tiba lebih awal dariku turut sama menonton tv bersamaku. ketika itu aku telah bersiap sedia dengan persoalan2 yang aku catat dalam buku catatan kecil. 


Di samping itu, aku juga ingin kemukakan beberapa dokumen berkaitan pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan kerajaan dalam skim SBPA dan surat rasmi berkenaan maklumat yang dicatat dalam surat kematian berhubung kes-kes kematian pesakit HIV/AIDS ( Jauh bebenor fikiran melayang kali ini).


Aku cuba menghubungi christoper, rakan baikku tetapi dia ada komitmen lain dan akan tiba ke hospital pukul 10:30. Dia juga yang menyuruhku membawa dokumen2 itu untuk dipanjangkan kepada pihak doktor. siapa tahu ia menampakkan sesuatu yang menggembirakan buat diriku dan orang lain kan. cuma sekarang aku masih dibelenggu persoalan berkenaan kewajaran seseorang menyatakan status penyakit HIV yang dihidapi dalam borang pemeriksaan kesihatan SBPA.


Aku terfikir sudah tentu ia membawa implikasi negatif di kalangan penjawat awam kerana status sebenar yang diketahui boleh jadi menyebarluaskan perasaan stigma dan prejudis yang begitu hebat sehingga menjejaskan diri penjawat awam terbabit. Bukan aku saja yang mengalami masalah ini ramai lagi di luar sana cuma kali ini aku perlu berani bercakap secara berdepan dengan doktor kerana aku ingin tahu adakah mereka boleh bertolak ansur jika aku tidak memberitahu status sebenarku dalam borang pemeriksaan kesihatan.


Belum sempat giliranku dipanggil oleh jururawat utk berjumpa doktor, christoper rakan baikku memanggilku. Rupanya dia baru saja tiba. Aku terus menunjukkan kepadanya borang pemeriksaan kesihatan yang pernah kuberitahu padanya. Lalu dia menyuruhku menunggu seketika sementara dia bertanya kepada Doktor Lee, salah seorang pakar  yang sudah lama berkhidmat kat id klinik ni. 


Tidak lama kemudian, dengan tidak semena2, Doktor Lee memanggilku masuk ke dalam bilik salah seorang doktor yang kebetulan sedang menanti kedatangan pesakit yang akan dikonsultasinya. Melihat respon doktor Lee yang agak baik membuatkan aku ringan mulut utk berbicara mengenai isi kandungan borang pemeriksaan kesihatan yang kutunjukkan kepadanya sambil menyatakan kerisauanku kerana di dalam borang tersebut ada ruangan yang aku sendiri perlu kemukakan pengakuan mengenai penyakit yang pernah dan sedang kuhidapi.


Aku hanya ingin kepastian, adakah boleh jika aku meletakkan tidak sahaja dalam ruangan HIV itu? Respon doktor tersebut tidak seperti yang kujangka. Menurutnya, sebagai kakitangan kerajaan, kita tidak boleh berselindung dalam memberi apa2 kenyataan dalam mana2 borang jika dikehendaki berbuat demikian. Dia sempat memberikan contoh bagaimana borang pengisytiharan harta perlu diisi secara telus. Katanya, aku tidak boleh pura2 menafikan kerana jika pihak kerajaan tahu statusku suatu hari nanti, ia akan menimbulkan masalah besar kepadaku. Jadi menurutnya, lebih baik aku mengatakan ia sahaja.

( Gitewwwww... nak katakan poyo nanti susah pula. Elok diam-diam saja. Diam bukan bermakna setuju. Terlalu ikut buku sangat. Bagi aku lah. )


Persoalan demi persoalan aku ajukan berkenaan jaminan yang aku peroleh jika aku berterus terang mengenai statusku dalam borang pemeriksaan kesihatan tersebut. Doktor tersebut dengan selambanya berkata, kamu tidak akan dipecat begitu sahaja kerana kamu sudah agak lama berkhidmat dalam kerajaan cuma dalam kes2 tertentu kamu akan kehilangan peluang utk menikmati kenaikan pangkat dan senioriti kamu akan dipengaruhi oleh status HIV kamu.

( Pulak dah... kalau tau macam ni bagus tak payah tanya kan.. Tapi bagus juga sebab sekurang-kurangnya tahu implikasi. Then, bertindak ikut kewajaran demi sebuah masa depan)


Itulah jawapan yang hampir menjadikan semangatku jatuh sekali lagi. Namun, ketika itu aku tidak berseorangan kerana aku sering meminta pendapat daripada rakan2 lain yang mengalami nasib yang sama seperti. Malah ada di antara tindakan mereka yang merahsiakan status ( menyatakan tidak ada hiv) disokong oleh doktor yang merawat mereka. 

Lain doktor memang lain la caranya. Kena dengan doktor yang terlalu "follow the rules" dan "Always refer to the book" @ "skema tak bertempat", bagi aku amat membosankan. Ini cuma pandangan peribadi aku saja, bukan niat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu ya. So please take note! 

Peraturan tetap peraturan namun alangkah cantik jika perikemanusiaan lebih membatasi segala-galanya. Even kat negara Palestin pun semua orang tau tentang erti pencabulan hak asasi manusia namun seolah-olah tak pernah diambil peduli tentang hak dan kedaulatan yang kononnya diperjuangkan oleh seantero dunia. Di mana perginya "rules"? Di mana perginya "regulations" dan yang sewaktu dengannya?. Jawapannya simple je, manusia dah semakin kurang menghayati erti perikemanusiaan.


Bagiku, walaupun aku ada hiv, tetapi aku mendapatkan rawatan di hospital dan aku diakui sihat oleh doktor yang memantau perkembanganku walaupun baru beberapa hari memulai ubat HAART. Aku tidak ada penyakit jantung, darah tinggi, hepatitis, TB dsb...cuma ada virus HIV yg menumpang di dalam tubuh badanku yang kini dilemahkan oleh ubat-ubatan HAART yang kumakan ssecara berdisiplin di bawah pemantauan doktor.


Jadi, mengapa insan seperti aku perlu berdepan dengan risiko terjejasnya senioriti dsb kesan HIV yang kini suda terkawal kesan rawatan yang kuterima? Aku bukannya seorang yang memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain utk membuat kerja kerja harian lantaran HIV ini. 

Jika dibandingkan dengan orang2 yang ada penyakit kritikal lain atau penyakit yang lebih mudah berjangkit, aku lebih berdikari malah mampu membantu semua orang dalam perkhidmatanku. Malah ada di kalangan kenalanku yang ada penyakit kritikal namun masih selesa di posisinya tanpa terjejas peluang perkhidmatannya.

Inilah isu-isu yang dihadapi oleh PLHIV. Nak kata ada unsur double standard rasanya keterlaluan pula. Yang nyata, diskriminasi, judgemental masih lagi ada di mana-mana even di kalangan para pengamal perubatan yang sudah punya pengalaman luas. Keadaan ini menjadi salah satu punca mengapa segelintir mereka yang PLHIV tidak mahu tampil untuk menerima rawatan.  


Rasanya semua doktor sudah tahu apa itu stigma, apa itu prejudis tetapi ada juga sebahagian daripada mereka yang sengaja meletakkan golongan yang memerlukan bantuan mereka berada dalam risiko stigma dan prejudis. Doktor yang diharap dapat memberi sokongan namun apa yang kukongsi dalam entri kali ini sesuatu yang agak sukar  untuk diperkatakan lagi.


Aku seolah2 putus harapan. Pendapat doktor Lee dalam isu ini ibarat "makan dalam" bagiku. Apalah dosanya penghidap2 HIV hinggakan mereka beerada dalam situasi yang boleh mengorbankan khidmat bakti yang mereka taburkan sekian lama tanpa berbelah bahagi.


Aku mula faham bagaimana karakter doktor Lee yang pada mulanya kusangka boleh bertoleransi dalam hal pengakuan tentang status HIV dalam borang pemeriksaan kesihatan.  Aku mula terfikir kalau semua doktor di Malaysia sama macam pendapat doktor Lee, aku percaya tentu ramai orang yang enggan malah terus mengelak untuk berurusan dengannya kecuali dah tiada pilihan lain. 


Malas memikirkan hal tersebut, aku kembali menumpukan pada konsultasiku bersama doktor Shalini. Ternyata dia seorang doktor yang peramah dan baik hati. Aku berasa senang sepanjang berjumpa dengannya malah semua persoalan yang telah kutulis awal2 di kertas catatanku kesemua dijawab dengan memuaskan hati. Katanya, aku perlu elakkan makan spirulina kerana ia boleh mengakibatkan masalah hati. Ramai pesakit yang datang kepadanya dalam keadaan organ hati mengalami kerosakan akibat mengamalkan memakan spirulina. 


Terdapat beberapa supplemen yang dia cadangkan bagus untuk aku yang sedang mengambil ubat HAART. Antaranya ialah minyak ikan. Katanya ia bagus untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Kebetulan kadar kolesterolku naik sedikit bacaannya dan difahamkan ia adalah kesan ubat HAART yang kumakan seminggu lepas. Aku disarankan mengamalkan senaman agar lebih sihat. Kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak agar kadar kolesterolku tidak naik.


Masa makan ubat kuubah. Pada mulanya dicadangkan aku memakannya pukul 9 malam namun disebabkan pada sebelah malam aku perlu menyiapkan beberapa kerja berkaitan bidang tugasku maka aku menukar masa ke pukul 10 malam. Pernah juga aku makan lewat 3o minit. Doktor shalini menasihatkan agar aku jaga waktu makan ubat dan jangan sampai terlupa. Kesannya ia menyebabkan ubat tidak berkesan terhadap virus dalam tubuhku kerana daya rintangannya semakin meningkat.


Seterusnya, dia menuliskan preskripsi ubatan yang akan kuambil dibilik farmasi id klinik. aku mengakhiri perjumpaan dengan doktor dengan ucapan terima kasih sebelum beredar ke bilik farmasi yang berdekatan dengan bilik doktor. sampai saja di sana, kelihatan Mr wong menyambutku. Aku menyerahkan kertas preskripsi kepadanya lantas dia mengambil 2 kotak ubat iaitu stocrin dan tenvir em dan terus menyerahkan kepadaku diikuti dengan sedikit penerangan berkaitan dengan cara pengambilan ubat tersebut

 


12 comments:

  1. Ya apa sahaja pendapat pandangan kita kena tanya pada beberapa orang yang lain bukan hanya sekadar jawapan dari seorang individu sahaja yang kita terima pakai kan...

    "akan kehilangan peluang utk menikmati kenaikan pangkat".... ishhhh tak adil tu... rasa saya lah

    spirulina...dan beberapa suplement makanan minumanan lain bagi saya hentika bila kita sudah mulakan HAART, kalau yang belum tu boleh sahaja cuba .... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. najmi, pasti doktor awk ada sharing sesuatu semasa awk temujanji kn...share la kat sini ye

      Delete
  2. apalah kaitannya dengan kenaikan pangkat. kecualilah anda ponteng kerja dan buat kerja tak betul, tu tak kiralah hiv ke tak, sama je..tak layak naik pangkat.

    ReplyDelete
  3. Azam, dlm perkhidamatan prestasi tidak dinilai dari kesihatan seseorg tapi tahap prestasi perkhidmatan pekerja, harap azam ajukan perkara ini kpd LR, perlukan satu kaedah jelas dan telus dari segi penilaian, kesihatan tidak termasuk kevuali tidak hadir @ tidak dpt menjalankan tugas dgn baik. Bagi saya doctor yg azam jumpa tidak professionap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mak wardah atas komen yang diberi.

      Delete
  4. jadi abg telah berterus terang tentang status HIV dlm borang kesihatan SBPA?
    apa yg terjadi setelah itu?
    saya pun kakitangan kerajaan yang ( guru ) yang baru berkhidmat 2 tahun...disahkan positif HIV dua bulan lepas..NOV 2012...saya perlukan banyak pendapat terutama dalam hal2 kerjaya dalm perkhidmatan kerajaan lebih2 lagi memegang status HIV positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. firdausi_aier : jgn risau...sbpa dah ddimansuhkan..

      Delete
  5. salam...sy ingin bertanya adalah seorang kal penjawat awam(yg lulus temuduga) untuk jawatan kumpulan sokongan separa perubatan perlu menjalani ujian HIV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tidak...MC pun cuma yg biasa2 saja tak la sampai buat hiv test

      Delete
    2. Salam..jika ada pembaca yg boleh kongsikan bagaimana jika kita rahsiakan status dalam borang medical checkup kemasukan kerja kerajaan/JPA..Bagaimana dgn keputusan darah/air kencing plhiv undetectable dalam borang berkenaan. Terima kasih

      Delete
  6. Boleh saya tanya, jika berkeja hov terkini perlu declare atai tidak. Bolehkah di rahsiakan..

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST